Category Archives: makan makan

Makan Makan di Haven Restaurant,Look Out Point

Salam 1Malaysia

Ramai yg dah tahu atau ada juga yg dah pergi ke restaurant ni bukan…Actually restaurant banyak dapat liputan dari media massa seperti tv dan newspaper,tak kurang juga dengan review dari blogger2 di internet

Kini tiba pula giliran aku buat review pasal restaurant ni

Ok first things first…lokasi..alamatnya adalah di

Lot 1A & 1B
Pusat Pelancongan Menara Tinjau

Jalan Ampang – Hulu Langat,
43100 Bukit Langat, Selangor

No tepon; (Anan) 0162323999

Kalau korang tak tahu jalan mcmana nak pergi… Continue reading

Tweet
Share
DSC_1377

Salero Negori..

Restoran Salero Negori merupakan salah satu restoran yg sentiasa saya kunjungi atleast 3 bulan sekali,makanan kat sini mmg kena dengan tekak saya dan isteri.Mungkin ramai yg bersetuju dengan saya jika korang pernah makan kat restoran ni..tak silap saya restoran ni ada beberapa cawangan tp saya selalu pergi yg kat Subang Jaya yg beralamat di

Cawangan Subang Jaya
No 139 Jalan SS 15/5 A,
47500 Subang Jaya
Disini korang boleh pilih lauk2 dan mereka akan panaskan dan hidangkan

Antara masakan masakan yg menjadi kegemaran saya disini antaranya adalah gulai tunjang,daging salai masak lemak,ikan keli bakar dan beberapa lauk lagi.Restoran ni kalau kita dine in korang kena pilih lauk dulu dan kemudian dorang akan panaskan dan akan dihidang kan setelah selesai dipanaskan.Konsep sebegini mmg cepat dan korang tak yah la nak tunggu lelama utuk menjamu selera.Ala.. lebih kurang restoran nasi campur la.tetapi yg ni kita boleh panaskan lauk sebelum makan

Antara masakan disini:-

Gulai Tunjang

Daging Salai Masak Lemak

Aksi saya dan isteri sebelum makan

dan ini pula selepas makan..LICIN!!!

Oh ya satu lagi yg perlu saya highlight kat sini adalah disini ada satu minuman yg susah nak jumpa kat tempat lain iaitu Teh Botol..Teh ni dari Indonesia keluaran SOSRO dan rasanya agak berbeza sedikit dari teh biasa dan yg pasti ianya mmg sedap

Teh Botol

Manakala hiasan dalaman restoran ni pula ianya banyak menggunakan elemen elemen antik sebagai hiasan

ce tengok gambar di bawah ni

Rumusannya disini saya bagi 4 bintang kepada restoran ni..makanan sedap dan environment juga selesa

Apa apa pun tepuk dada tanya salero

Tweet
Share
DSCN0461

Jalan Jalan Buka Puasa @Chakri Express,Alamanda

Dah jadi rutin me and my wife akan berbuka puasa atleast sekali dua kat buffet2 terpilih..This year we all try Chakri Express di Alamanda,Putrajaya

Jom baca pengalaman kami disana

Overall saya suka environment dia yg tidak terlampau ramai manusia(saya jenis yg tak leh bersesak sgt) same goes to my wife.Kalau korang mcm saya gak boleh layan tempat ni,dan yg menarik..kawasan ni telah dipasang khemah khas sempena ramadhan buffet,so nampak lebih menarik dan lebih selesa.Dari segi harga pula ianya tak mahal dan tak juga murah.RM43.90 campur campur…(RM43.90++ la tu….)

Makanan yg dihidangkan boleh dikatakan agak memuaskan,ini berdasarkan apa yg saya makan tempohari la,sebab tak semua makanan yg saya makan..yg saya ingat mee hoon tomyam dorang agak terlalu masin and the rest seperti satay,dessert kuih muih,ikan bakar dan sireh siam tu mmg best dimakan..

ni la yg saya maksudkan dgn sireh siam tu..korang pernah makan tak?

—————–

Yg special juga adalah kat sini ada persembahan muzik tradisional bagi menceriakan suasan berbuka anda

Rumusan:- Kalau korang ada duit extra boleh la try,sebab ianya biasa2 je.. makanan kat bazaar ramadhan pun ada yg lebih sedap dari makanan kat sini actually.Tepuk dada tanya selera dan jadilah pengguna yg bijak…

Sign Off!!

Tweet
Share