Mungkin ramai yang dah tahu dan mungkin juga ramai yang tak tahu cerita disebalik sesi fotografi ini.”4 jam Membisu”..(memang benar statement tu)Terlebih dahulu post ni bukanlah untuk menyinggung mana mana pihak cuma berkongsi pengalaman sajer
Sesi foto ini adalah untuk majalah URTV bersama wartawan Joha Ahmad,pada awalnya sessi ni adalah untuk cover URTV telah dijalankan di Sungai Congkak kalau saya tak silap la..Juru make-up pula dibuat oleh juru make-up tersohor Zul Fadli
Saya sampai pagi ditemani oleh PR saya manakalah Datuk Siti Nurhaliza ditemani oleh Ayie-abangnya,sampai sajer kami di lokasi kami terus mendaki anak tangga yang agak tinggi juga untuk ke lokasi penggambaran yang dikelolakan oleh jurugambar Jefri Iran
Apabila sampai jer Zul Fadli make-up kan saya dan Datuk Siti, dan setelah habis make-up Zulfadli memberi beberapa pasang baju untuk saya dan Datuk Siti..Baju baju yang diberikan kepada Datuk kebanyakkannya mendedahkan bahagian betis beliau dan juga kelihatan agak jarang,beberapa helai baju telah direject oleh beliau dan ini menimbulkan sedikit ketidakpuashatian kepada Zulfadli dan Joha,kerana hampir kesemua baju telah direject dan ini mungkin membantutkan sessi foto untuk cover.
Manakala Datuk Siti pun saya tengok macam nak menangis dek kerana baju2 yang tidak sesuai dari pandangan beliau.Mengikut Zulfadli baju2 tu agak senteng(nampak betis) pasal nak sesuaikan keadaan di lokasi iaitu di kawasan air terjun.
Setelah berbincang cara baik Siti akhirnya bersetuju dengan beberapa syarat(yg saya tak pasti apa dia)dia akhirnya mengenakan 3 pasang persalinan-(dalam gambar)
Lepas tu kita pun mula la shoot..saya rasa agak kekok untuk pose kerana tak begitu mengenali Datuk pada waktu itu di tambah pula abangya Ayie ada kat depan memerhatikan kami ..fuhh memang tak selesa,saya ni pulak jenis yang susah nak bercakap ngan orang jika orang tu pun susah nak bercakap macam saya lagi lah saya tak bercakap ..last2 kami diam jer..yang sibuk memeriahkan suasana adalah si Joha dan Zulfadli yang memberi arahan pose2 yang nak dilakukan
Setelah hampir 4 jam kami pun selesai dan ternyata Joha memang tak berpuashati dengan sessi tadi,dan sebelum bersurai dia sempat berbisik pada saya kebanyakn gambar tak ‘meriah dan tak meletop’ mungkin takkan jadi cover.
Selang beberapa minggu ianya disiarkan hanya satu mukasurat jer seperti yang anda lihat tu.
Selepas dari sessi foto tu kedengaran desas desus yang Datuk Siti tak akan bergambar dengan artis lelaki ,pada saya ini adalah salah satu tindakan tegas beliau dalam menetukan hala tuju kerjaya beliau dan keputusan yang diambil itu nyata memberi impak yang baik kepada kerjaya insan seni bernama Datuk Siti Nurhaliza ni.Saya respect la kat dia pasal dia berani menyuarakan pendapat mengenai pakaian yang harus dipakainya walaupun dia masih baru dalam bidang seni pada waktu itu
Jadi begitulah sedikit sebanyak coretan mengenai cerita disebalik gambar saya bersama biduanita seni tanah air Datuk Siti Nurhaliza
p/s Baru baru ni nak dijadikan cerita saya akhirnya bercakap juga dengan beliau semasa dia pulang dari Umrah bersama suaminya Datuk Seri Khalid,beliau telah naik kapal dimana saya bertugas ketika itu dan saya lah orang yg serve bagi makan kat dia dan sebelum keluar kapal dia sempat menegur “Abang da tak nak nyanyi balik ker?”..jawapan nya ..anda sendiri la jawab heheheeh
Share
heheheeh..sape2 pun bley tlg jawab soalan datuk ct tu..huhu..saya minat sgt2 ngan datuk ct tu, mcm sy minat kump umbrella..tp ble la bley jumpa ngan 2 top artist dalam carta sy ni ye huhu..anyway, kalo abg jumpa dia agy, kirim salam ye hehehe..
tq sya..atas komen awak..apa2 pun kalo ada rezeki nnt jumpa la yer..
yeap..insya-Allah..i’ll be waiting..for that moment hehe..it’ll be the best day ever in my life hehehe..
Insyaallah
yep..nanti abg zarul wat la gathering..juz yg biasa2, xyah grand2 dulu huhu..mcm nanti hafiz hamidun kot nk wat gathering kt KL Sentral..kalo abg bley wat kat situ, senang ah kitorang nk gi huhu..rmai je student upm yg minat umbrella hehe..
oh yer ker ..insyaallah saya akan pertimbangkan nnt saya bincang dgn budak2 Umbrella yg lain k
yeay!!! bestnye kalo jadi..tp kalo wat ujung minggu bley ah..xpe2, xkesah tu, yg penting pluang tu ade, ble2 pun x kesah..hmm..terima kasih abg zarul…
ntah abg nih.. cepat ler wat comeback.. adoyai letih mak tunggu.. hihi
eh sekarang bukan da come back ker ni..
semua kwn2 bleh tolong jwbkan utk siti bg pihak zarul hahaha
errmmm ‘gathering’ buatlah zarul… zue tungguuu=)
Zaman2 comel abg Zarul dan Siti.
comel ker?kuikui
At-least abg dpt pengalaman dr situ.. semoge abg akan teros tabah dgn asam garam dunie artis, jgn serik.. kami sentiase mendoakan yg terbaik buat abg & Umbrella
haha..suke ah tu..ade org ckp dy comey haha..
zaman ct comey & abg zarul yg hensem..
tq
Pingback: minyakwangi
heheheee.. kaalu dulu abg zarul top dct org baru nak kenal now abg zarul da low profile lak.. hehee… but still respect Vokal abg zarul yang hebat tu.
itulah yg dikatakan roda kehidupan setiap manusia punyai nasib yg berbeza
jawabla abang nyanyi dalam kabin sekarang ne
hahah tu lah jawapan yg saya bagi kt dia…tapi jawab dalam hati je lah hehehe..
Zarul Umbrella recently posted..Lagi Kisah Gambar Aku Dgn “Si Dia”
Salam.
Sya pertama kali komen sini.
Abg zarul masa sesi photo kat atas ni memang tak sembang apa2 ke dgn DCT.
pst: Gambar kat atas tu nampak sangat kedua-duanya malu..hehe
Mekar recently posted..Mengidam Mee Siput
Memang kami tak bercakap sepatah pun..
wah kiranya bro bertuah la dpt bergmbr ngan datuk siti utk majalah?hehe. xjd cover pun xpe jnj ada dlm magz
shoutvoc recently posted..Tips Memilih Tayar Kereta
Saya numpang tuah DCT jer huhu
mcm tak caya aje.. sepatah pun tak bercakap… tp iyelah kan.. masing2 tak kenal. ct pulak masih baru…
apa2 pun ct mmg baik dan peramah orangnya… zarul pun begitu.. kalau tak sure tak singgah kat blog x glamer ida tu.. hehehe.. tq yea atas kunjungan…
tp nape bila jumpa yg last tu.. jawab dlm hati aje… hehe…
mmg kami tak nah borak walaupun selepas tu kami ada berduet utk HMI
begitu pantas masa berlalu, dah belasan tahun tapi masih ingat lagi…
tak per lah tak cakap dengan siti di sana tapi masih boleh bercakap dengan siti disini…hehe
sweetkurma recently posted..Bersuamikan Si Chili Padi….Sedih…!
hehhehe salutt dengan cara DCT..mesti doubleIS suka kalau terserempak dengan bro nehh…hahahhahaa
assalamualaikum zarul….kedua2nya mesti kekok nak bergambar bersama2 n masa tu pun zarul n Dato Ct pun masih baru lagikan…:)
Beruntunglah Bro dapat pengalaman macam ni..
Betul tu.. Saya setuju.. Kita kena menghormati keputusan yang dibuat oleh Datuk CT untuk tidak bergambar dengan artis lelaki.. Walaupun pada ketika itu Datuk CT masih baru dalam dunia hiburan..
Anuar recently posted..Karnival Kerjaya Dan Keusahawanan Graduan 2012
Tindakan Datuk Siti tu betul .. Dia seorang artis yang betul2 jada pride & prinsip .. Sy suka dy sbb pkaian yg d’pragakn sopan & tdak t’dedah .. Personalitinya pn mrendah dri wlwpn dia sgt popular ..
*Bru tahu abg Zarul ada blog .. Memang minat gila kat Umbrella , smpai skrg dgr lgu Ramalanku Benar Belaka .. Suka sgt .. =)
Niena Sofea recently posted..Segmen : Pencarian Bloglist December by Niena Sofea
oh baru tahu ceta ni…hehehe….abg bukan masih nyanyi lagi ker
mase tu dua2 masih baru dlm industri. tambahan plak bujang so tak heran la masih malu2 lagi.. ape2 pun, harap sukses kedua2nya..
hahaha..comelnyeee
jeff recently posted..Gangnam Style reachs 1 Billion YouTube Views