Datuk Yahya Sulong Yang Semakin Uzur dan Dilupakan

Kekadang saya amat sensitif dengan berita artis artis veteran yang sakit dan terbiar dari pemerhatian masyarakat,benar kata pujangga seniman ni ibarat sebatang lilin menerangi kegelapan orang lain,ketika sihat ramai yang memuja ketika duka ramai yg buat tak endah.Saya menyeru kepada korang kenanglah jasa jasa seniman seperti Pak yahya ni selagi beliau masih ada

Saya tabiklah pada Karyawan kerana sudi menjenguk Datuk Yahya dan memberi sumbangan sebanyak RM2000 kepada beliau,tapi kalau kita lihat kehidupan Datuk melalui gambar2 ni mmg amat menyedihkan ..dahlah tak payahlah saya citer sedih2 panjang2,korang baca berita penuh dari mstaronline ni

 

Petikan dari mstaronline;

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak veteran, Datuk Yahya Sulong, 84, berada dalam keadaan uzur sehingga kadangkala menjadi pelupa serta berperangai seperti kanak-kanak.

Isteri beliau, Datin Alisah Ali, 64, berkata, Yahya akan menyelongkar dapur dan laci untuk mencari sesuatu tanpa tujuan pada tengah malam dan gemar keluar dan masuk sambil mengunci rumah.

“Saya beritahunya supaya jangan mengunci pintu rumah jika dia hendak keluar sekejap kerana takut apa-apa berlaku dan saya tidak mempunyai kunci penduanya ketika itu.

“Saya tidak dapat tidur lena kerana bimbangkan kesihatannya,” luah Alisah ketika ditemui di rumahnya di Pangsapuri Seri Perak, Bandar Baru Sentul, Rabu.

 

Yahya dikunjungi Biro Pemuzik Profesional, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan).

Ia turut dihadiri, Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez dan Pengerusi Biro tersebut, Aznan Alias serta rakan artis seperti Radhi Khalid dan Nassier Wahab.

Dalam kunjungan itu Karyawan memberikan sumbangan berupa cek sebanyak RM2,000 untuk rawatan perubatan beliau.

Menurut Alisah, suaminya mengalami asma, sakit jantung, sukar bernafas malah baru sahaja dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) seminggu yang lalu.

Katanya, Yahya sebelum ini sudah dua kali dimasukkan ke Hospital Ampang tetapi terpaksa ditukarkan ke HKL ekoran kos pengangkutan untuk dia ulang-alik menjaga suaminya itu yang tinggi.

 


Tweet
Share

3 thoughts on “Datuk Yahya Sulong Yang Semakin Uzur dan Dilupakan

  1. gedek

    When i look at Datuk Yahya Sulong, he really looks like my late father..i miss u so bad abah..sob..sob…sedeyyy sehh..

    Al-fatihah to my abah.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge