Dunia Blogging Aku…

Sejak saya berblog ni banyak juga lah saya dok ngendap2 blog2 femes,dan mengikuti kisah kisah blogger blogger yg kaya raya kat Msia ni seperti RedMummy,BeautifulNara.Proudduck,.Saya ni mula2 nak berblog kononnya utk berbisnes online jer ..tapi memandangkan isu tu agak limited,bagi saya..so saya lupakan ajelah niat nak teruskan blog tu..so ada ler dalam  2 tahun  zarulumbrella.com ni terbiar begitu jer tanpa update blog.

So apabila saya mula nak giat aktif semula nyanyi so saya gunakan website ni sebagai platform untuk mendekati audience saya yg dulu pernah menyokong saya dan Umbrella.Dan dalam masa yang sama,saya letaklah iklan Nuffnang tu,tanpa niat apa2 pun..juz letak jer,sebab melaui pengalaman berblog sebelum ni mmg agak susah nak commit dalam berblog ni,maklumlah nak kena pandai curi2 masa nak menulis,mana nak kerja lagi,mana nak layan isteri,anak lagi..fuhh mmg nak kena dedicated dan commited,,kata omputih..

Bila saya berblog ni baru lah saya tahu,ada antara blogger kat Msia ni yg betul2 buat duit dgn blog..ada yg sampai mencapai pendapatan sebanyak 6 angka dalam sebulan hasil dari iklan2 di blog mereka..fuhh mmg terkejut jugaklah saya.Ya..!! mmg saya da tahu sebelum ni,boleh buat duit dengan blog,tapi tak sangka plak boleh sampai ke 6 angka..banyak tuuuu!!..kalah gaji sesetengah manager dek!!!!

Yang membuatkan saya tambah terkejut,apabila mengetahui yg blogger ni kebanyakkannya surirumah dan blog mereka hanyalah menceritakan kisah hidup mereka seharian sahaja.Wahh senang hidup korang kan..hanya menulis blog dengan bahasa pasar je buat duit ribu riban sebulan..pastu boleh tumpukan pada keluarga dan yg paling penting tak yah nak mengarung jalan jamm kt KL ni nak ke tempat kerja,takyah buang duit isi minyak dan tol..aduh jelesssss sehhhh!

Namun begitu blogger2 ni bukan sekelip mata jer buat duit banyak2 mcm tu..makan tahun jugak ler,,,update blog paling kurang satu post tiap2 hari,..pada saya ni yg payah sebenarnya..kena betul2 commited dan sentiasa mencari idea utk tatapan pembaca setia blog dorang..kerana pembaca blog adalah pelanggan mereka..bila ramai pembaca maka hit akan tinggi ..so ini lah punca datangnyer duit yg banyak2 tu masuk akau dorang

Kalau nak bandingkan dgn saya ni mmg tak terlawan ler..blog baru 2 bulan setengah..post2 pun tak der ler sehebat mana,trafik pun ala kadar jer ..hit apa lagi lah.Apa2 pun saya tak kisah sebenarnyer..saya niat nak berblog ni cuma nak merapatkan silaturrahim dengan kenkawan2 serta peminat peminat saya jer(tu pun kalau ada)—hehe ayat propa ..tak boleh belah..

Walaubagaimanapun saya agak bangga jugak la dgn pencapaian saya dr segi jumlah post di blog ni..i managed to post atleast 1 post per day..huhu..tapi kekadang tu terlepas gak dalam 2-3 hari..tapi saya cuba sedaya upaya bayar balik post2 tu ..kalau terlepas 2 hari tak der post maka hari ke3 tu saya henjut sampai 3 post sehari..dan lagi satu ‘tabung’ Nuffnang saya tu da mula bertambah..ermm mmg mngejutkan,walaupun tak sampai dengan nilai sekotak rokok,tp ok aper..better then nothing kan…

Jadi sebagai pengakhir kata pada post kali ni saya nak ucap terima kasih banyak2 kepada pembaca2 setia blog saya ni..kerana sudi melawat dan membca serta mengomen di blog buruk saya ni…dan jangan serik yer..teruskan sokongan korang..Chaiyok!!

Tweet
Share

6 thoughts on “Dunia Blogging Aku…

  1. Redmummy

    yes
    u can do it
    kena dedicated
    start tarik readers baca
    specially u selalu travel gunakan cerita pasal travel blog
    sure ramai orang buat reference

    nanti nuffnang pun kencang :)

    turun klcc nnt roger
    num kopi

    Reply
    1. Zarul Umbrella Post author

      aduh malu la saya RM..saya ni tahap suka2 jer blogging ni tapi kalo tgk yg RM buat $$ dengan Nuffnang mmg terbeliak biji mata saya..apa2 pun betul cakap u yg kita kena dedicated to our blog..berblog bukan kerana duit insyaallah duit akan dtg..tu prinsip saya..kawan saya pun ada cakap pasal travel blog ni..dia cakap saya boleh tapau senang2 je blog jenis mcm ni..nnt kalau ada masa saya pun nak minum dgn RM ni..nak korek rahsia blogging..nnt add saya kat FB http://facebook.com/zarulhusin
      tq :-)

      Reply
  2. amirahnadiah

    abg nk tny skit abt the Nuffnang…cm ne nk ltk iklan Nuffnang kat blog ye. sy pun br je nk brjinak2 dlm blogging ni..bl bc blog other bloggers especially RedMummy & abg, timbul plak mnt nk brblogging ni..as you say, we must be committed and dedicated..that’s important

    Reply
  3. Mak Dara

    betul3 nak berblogging ni kena komited kan… bukan senang nak jadi blogger kan.. But like ur blog.. kemas dan entry2 yg menarik..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge