Eksklusiviti Seorang Selebriti

Bercakap mengenai topik sebegini pada aku ianya sangat subjektif, pada sesetengah artis yang sudah matang dan sudah establish eksklusiviti ini menjadi perkara yang signifikan

Kenapa perlunya eksklusiviti ini kepada seseorang artis/selebriti?—OK Jawapannya: Eksklusiviti adalah status – Artis ibarat sebagai sebuah produk atau jenama.Bila seseorang artis tersebut mempunyai kredibiliti dimana kerja seni artis itu diterima/diiktiraf ramai atau artis tu telah berjaya bertahan lama dalam industri, maka nama/jenama mereka turut menerima pengiktirafan, bila mana diiktiraf maka taraf ekslusiviti artis itu juga meningkat. Bila dah naik, artis tu secara otomatik menjadi jenama yang mewah dalam industri. Bila dah mewah maka kita lihat lah perbedaan kedai jenama LV dengan kedai jenama X, distulah letaknya eksklusiviti seseorang artis

Pun begitu walaupun artis tu masih baru dan masih belum mempunyai apa2 kejayaan dalam industri mereka sebenarnya boleh buat diri mereka menjadi eksklusif dengan menitik beratkan soal penampilan serta ketrampilan sewaktu menghadiri pelbagai acara, persembahan atau majlis2 rasmi.Pendek kata penampilan tu biar nampak mcm artis. Dan bilamana acara yang melibatkan peminat artis kena jaga gerak laku,senyum selalu walaupun panas atau sejuk dan jika tidak dapat memenuhi kehendak peminat, menolak dengan tutur kata yang elok dan sebagainya.

Dari sudut media sosial pula pada aku, ianya amat penting bagi seseorang artis untuk menghebahkan maklumat mengenai karier mereka terutama artis baru, atau artis lama yang baru nak buat comeback (ehem ehem), pun begitu ianya juga perlu dipantau atau disaring setiap post atau upload agar apa yang dipublish itu nanti tidak menjahanamkan eksklusiviti beliau sebagai seorang artis atau selebriti.Kadang kala kekerapan muncul di media social juga boleh menambah nilai eksklusiviti seseorang artis tu, pun begitu kekerapan yang melampau mungkin akan membuatkan peminat jemu atau jelak dan ini mungkin boleh ‘menurunkan’ eksklusiviti mereka

Pada aku at this moment  i just make it simple .. memang kadang kala aku titik beratkan namun kadang kala tidak, ikut kesesuaian majlis atau acara

Hal ini juga kadang kala boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan peminat yang rata2 ingin ‘berdampingan’ secara in-person bersama artis kesayangan beliau..Yang menjadi mangsa adalah selalunya pengurus artis/PA , yg sering dituduh lebih sudu dari kuah. Korang kena faham antara tugas rasmi pengurus atau PA adalah menjaga hak eksklusif artis atau majikan mereka.Peminat kena faham kalau artis tu berjalan merewang merata2 selepas habis buat persembahan so tak nampaklah macam artis kan!

Kesimpulannya disini setiap artis perlu ada nilai nilai eksklusif agar mereka tidak digelar sebagai artis cap ayam, pun begitu ianya mestilah terkawal agar perkara ni tidak membantutkan perjalanan karier seseorang artis tersebut

p/s aku menulis ikut pemahaman aku so kalau ada yang tak betul atau terkasar dalam artikel ni aku minta maaf awal2

Tweet
Share

9 thoughts on “Eksklusiviti Seorang Selebriti

  1. akubiomed

    Peminat zaman sekarang finatik agak lain macam. Kalau yang bujang pantang artis diminati didampingi atau berpisah mesti ada yang marah-marah dekat kawan tuh.
    akubiomed recently posted..Tapis kentut dengan seluar dalam high techMy Profile

    Reply
  2. abangensem

    Same goes to me Bro #BajetRetis
    abangensem recently posted..Wordless Wednesday : Cerita Lucah 2014My Profile

    Reply
  3. maszull

    assalamualaikum zarul…kalau ada artis yg melebih mmg x suka…biarlah jadi seperti diri kita sendiri janganlah terlalu over di atas pentas…berkemungkinan ada yg suka dan ada juga yg x suka ….oleh itu kenalah jadi artis yg ada kualiti yg baik…kemana2 pun peminat pasti suka…:)
    maszull recently posted..Wordless Wednesday # 410….Legoland Water ParkMy Profile

    Reply
  4. Azman Ismail

    Dalam kepala peminat, dapat bergambar, bersalam sudah cukup, lain dari tu adalah dianggap bonus antara artis dan peminat.
    Azman Ismail recently posted..BurungMy Profile

    Reply
  5. hazman aka species1980

    Tapi macam jumpa kat public place biasa senyum jee… kalau jumpa kat event tu baru nak meet in person…
    hazman aka species1980 recently posted..HAZMAN vs FOOD – Restoran Al Zahara NILAI (Arabian Food)My Profile

    Reply
  6. rahimah

    Artis yang pandai jaga kredibiliti dan pandai mengeksklusifkan diri memang orang akan hormat.
    rahimah recently posted..Beli Prepaid Dapat Insuran Percuma ( Part 1 )My Profile

    Reply
  7. titan

    bukan senang tu nak ada nilai eksklusif tu..
    titan recently posted..Seminar Hartanah Abang Ensem.My Profile

    Reply
  8. yumida

    aah kan..ramai yg fanatik sgt dgn artis
    nak layanan special
    tp ade gak peminat yg baik, setia…ermmmm…
    ekslusiviti pd seseorg artis bergantung pada dirinya sendiri..dalaman n luaran
    yumida recently posted..Custom Made Sticker KeretaMy Profile

    Reply
  9. Noor Azrinna

    Pada saya, peminat ni bila dapat jumpa artis, dapat ambil gambar berdua cukuplah !
    Noor Azrinna recently posted..Perlukah Iron Selepas Kehamilan ?My Profile

    Reply

Leave a Reply to titan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge