Festival Kenyir 2013 Part 1

Pada 17 Mei yang lalu aku dan Najwa Latiff bertolak dari KL ke Terengganu dengan menaiki pesawat MAS tepat jam 8.20am

Aku ditemani adik ipar aku merangkap PA manakala Najwa atau lebih mesra dipanggil Wawa ditemani oleh kakaknya dan pengurusnya Azahari.kami selamat tiba di Kuala Terengganu jam 9.15am dan setibanya kami disana,kami disambut oleh penganjur dari KETENGAH dan RTM..dan yang paling best sepatutnya Ally AXLs bersama sama aku dan Wawa dalam satu flight tapi dek kerana miscommunication si Ally tidak bersama sama kami, kelam kabut lah si Ody dari RTM menelefon sana sini mencari si Ally, nasib baik semuanya dapat diatur semula dimana Ally akan ambik flight pada sebelah petang

photo-2

Bersama sama salah seorang kakitangan KETENGAH yang tak sabar2 nak ngambik gambar ngan Wawa, dengan2 aku sekali terbabit hahaha

Setelah semuanya settle maka kami bertolak ke hotel penginapan kami

IMG_6522

Hotel Prinzpark, Kuala Terengganu bilik 321

Dalam pukul 3 petang kami bertolak ke Kenyir dengan van dan perjalanan mengambil masa selama 1 jam 45 min

Sesampai saja di sana kami buat soundcheck dan nengok2 stage, sesudah itu kami  ditempatkan di salah satu kediaman VIP bersama sama dengan ramai lagi artis artis lain seperti Saleem, Rahimah Rahim, Jefrydin, Imuda dan dj2 dari Nasional FM dan Klasik Fm, sementara menunggu untuk buat persembahan jam 9 malam

Dalam perjalanan ke tempat show yg terletak kira kira 100 meter dari kediaman VIP kami tu tetiba kawasan tu ‘blackout’ so kami dok terperap la dalam van selama lebih kurang 15 min, pastu baru la letrik datang balik

Dalam 9.30 kami start, dimulakan dengan Ally Axl, kemudian Najwa dan aku. Aku nyanyi lagi 3 buah lagu iaitu ‘Penyesalan, Bukalah Hatimu dan Ramalanku Benar Belaka.

Sambutan menggalakkan ramai yang turut sama menyanyikan lagu Ramalanku Benar Belaka, mmg sporting habis org org Kenyir

IMG_6497

IMG_6516

 

Tweet
Share

13 thoughts on “Festival Kenyir 2013 Part 1

  1. rozuan

    bestnya =D. selalu ke abg zarul ke Terengganu sebelum ni?
    rozuan recently posted..RADHI TERSINGKIR | MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA 2 EPISOD 22My Profile

    Reply
  2. Cik Lily Putih

    bestnya… suka wawa dia comel…
    Cik Lily Putih recently posted..Semalam Di Kota SingaMy Profile

    Reply
  3. Alin Marlini

    mesti best….
    Alin Marlini recently posted..Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar DenaihatiMy Profile

    Reply
  4. Suziana San

    ramalanku benar belaka…salah satu lagu yg diteka adalah “Penyesalan”…

    Reply
  5. nazray

    wah ade najwa latif, please next time sampaikan salam saya pada dia :D hehe ( maaf lama tak berkunjung )
    nazray recently posted..Tutorial | Jailbreak iOS 6.1.3 menggunakan redsn0w.My Profile

    Reply
  6. akubiomed

    Seronoklah peminat bro Zarul. Dapat mereka melepas rindu menatap wajah penyanyi pujaan mereka.
    akubiomed recently posted..Drama king di Acer & Intel “PLAYsure Redefined” PartyMy Profile

    Reply
  7. Seri Jelita

    Hi abg Zarul! Saya suka baca tulisan2 abg terutamanya ttg tips myanyi. Boleh tak bagi komen dengan dendangan saya di you tube Seri Jelita dan harap abg dapat emailkan pendapat kepada email saya. Sekian.

    Reply
  8. kak ina kl

    alhamdulliah ..sekarang ni kamu makin di kenali dan bakat kamu kembali di hargai..tahniah zarul

    Reply
  9. sha

    lama benar sha tak jenguk blog zarul ni… anyway still support dari jauh..masa di seminar buat duit baru2 ni sha nampak zarul di kaunter pendaftaran tapi tak larat nak pegi camwhore dgn zarul pd hal bukan jauh pun tempat duduk sha…. hahaha
    sha recently posted..Wordless Wednesday : No Camera PleaseMy Profile

    Reply
  10. Izzuddin Fauzi

    Kim salam kat Najwa boleh… Hehehehehe…
    Izzuddin Fauzi recently posted..Awek Aku Neelofa, ex-Aku Yoona SNSDMy Profile

    Reply
  11. fiezaradzi

    wah, meriah le malam tu ye..

    cantik juga hotel tu, tak sangka kat kenyir dah macam ni..
    fiezaradzi recently posted..Kaitan Penyu Dengan Labah-labah & Pesawat Dengan Kereta KebalMy Profile

    Reply
  12. maszull

    assalamualaikum zarul….penyanyi otai2 pun ada yer mesti seronokkan…:)
    maszull recently posted..Entri Hari Lahir Istimewa Dari Teman BloggerMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge