Hari ni nak share sikit pasal keluhan salah seorang dari ahli keluarga aku yg tertipu dengan scam yg dimaksudkan dengan tajuk entry kali ni.
Semoga dengan cerita ni korang boleh ambik iktibar
Baru baru ni sedara aku ni telah menerima satu panggilan telefon yg mendakwa wakil dari salah sebuah syarikat insurans di Malaysia (masa telefon beliau memperkenalkan diri sebagai wakil syarikat insurance sahaja TANPA memberitahu nama syarikat) setelah kenalkan diri beliau tanya kat sedara aku ni..“saya dapat tahu encik ni baru beli insurance kan? boleh saya tahu insurance dr syarikat mana yg encik beli?”…..so sedara aku ni tadi lantas menjawab ” Saya beli dari Prudential”
Selepas tu org tu tadi membalas “Ok encik, saya dari Prudential sebenarnya yer,ingin membuat satu promosi mengenai skim insurance yg encik telah ambik tempohari yer..kami ada menawarkan pakej untuk upgarde skim ni utk mendapatkan kelebihan(…bla…bla…bla….”) …dan utk itu encik hanya perlu membayar sejumlah RM250 sahaja utk setahun utk dapatkan pakej yg dimaksudkan
Setelah mendengar hujahan2 yg menyakinkan dari wakil insurance yg konon2 dari Prudential tu,maka sedara aku ni yg br 1st time amik insurance telah bersetuju utk upgarde kan skim insurance beliau dan telah bersetuju utk membayar sejumlah wang yg diminta,setelah bersetuju,wakil insurance tadi telah transfer call kepada supervisornya(konon2)
Semasa bercakap dengan supervisor tu sedara aku ni telah meminta no kad debit Maybank beliau oleh supervisor tu utk membuat pemotongan wang sebanyak RM250 seperti yg diberitahu sebelum itu..Setelah membuat pemotongan nnt mereka akan menghantar polisi insuran ke alamat sedara aku dalam masa 7 – 14 hari dari tarikh pemotongan
Setelah selesai semua pertanyaan mengenai hal2 berkaitan maka mereka pun menamatkan perbualan telefon tersebut
Selang sehari,pihak bank menelefon sedara aku tadi utk membuat pengesahan samada ingin membenarkan pemotongan sejumlah RM250 dari akaun beliau dan tanpa fikir panjang dia pun benarkan.
Sehari lepas tu pula beliau check transaction di Maybank2u dan mmg benar ada trnsaksi disitu atas nama “HLB Takaful”
Sedara aku ni tanpa merujuk ejen insurance nya yg sah tu tadi,telah dari sehari ke sehari dok menunggu surat hitam putih atau polisi yg dimaksudkan dari pihak berkenaan sehinggalah hari ke-8 dia rasa mcm tak sedap hati lalu buat call kepada pihak yg berkenaan (iaitu pihak yg offer upgrade tempohari) dan malangnya panggilan ke no telefon bimbit tu tidak dijawab setelah berpuluh2 kali membuat panggilan.
Sedara aku ni tadi bertambah gabra lalu menghubungi ejen insuransnya yg sah dan menceritakan hal yg terjadi,bertambah malang lagi apabila diberitahu oleh ejen beliau yg pihak Prudential tak pernah ada buat offer sebagaimana yg didakwa…
Jeng Jeng Jeng!!!!!
Terduduk sekejap sedara aku tu dan tanpa melengahkan masa beliau terus menghubungi pihak bank utk batalkan kad debit beliau dan membuat kad debit yg baru utuk mengelakkan pemotongan seterusnya oleh pihak yg tidak bertanggungjawab
Berdasarkan dari pengalaman dan cerita sedara ku ni beberapa garis panduan perlu dititik beratkan utk mengelakkan dari hal seperti ini terjadi
1.Jangan sesekali percaya dengan panggilan sebegini lebih2 lagi panggilan dari no talian telefon bimbit,jika dapat panggilan dari no talian tetap ..kaji dan siasat empunya milik no terbabit
2.Jangan sesekali memberi no kad debit Maybank anda kepada seseorang yg diragui
3.Jika anda beli insurans,pastikan segala hal berkaitan pemotongan atau apa saja berkaitan dengan insurans anda,sila rujuk kepada ejen sah anda sahaja
4.Zaman sekarang jgn senang percaya dengan org yg kita tidak kenali,kaji dan siasat dahulu sebelum membuat pembayaran samada di offline dan juga online
5.Jangan cuba dedahkan insurans yg korang langgani jika ada panggilan telefon yg bertanyakan hal sedemikian,jika panggilan yg asli mereka seharusnya tahu ..tak perlu nak soal2 kita pulak..
Sekian,harap bermanfaat buat semua
Share
terima kasih bro dengan nasihat tu.memang aku banyak kali jugak aku dapat panggilan2 macam ni.memang malas nak layan…
p/s: bro kenal tak dengan cikgu che wil?anak dia kirim salam.dia mengajar 1 sekolah dengan aku.dia kata bro ni anak murid ayah dia…
eh kenal sgt la bro..kirim salam balik kat dia ngan bapa dia yer..masa dorang kecik2 saya selalu lepak kat umah cikgu Che Wil
haha…tu la.dia bagitau selalu ikut masa bro jadi atlit dulu.katanya dulu atlit lompat jauh dengan lumba lari,kan?
dahsyat la bro…
bahaya ni,…..thanks 4 da info,…..
Huhu mn ader bro,sy biasa2jer,jaguh kg jer
haha…merendah diri pulak :p
memang licik betul sindiket diorang ni ya. Sentiasa mencari mangsa
Yup sy tak pernah dgr pasal scam mcm ni actually,ada sket terkejut la
Memang selalu sangat dapat panggilan daripada syarikat insuran, tapi selalu beritahu tak berminat.
Baru-baru ni banyak kali daripada nombor hp. yang katanya dari cimb. Dah beritahu tak minatpun hari lain, orang lain pula telefon dengan perkataan yang sama.
i biasa dapat panggilan macam ni.. i biar je die habiskan bebel.. then cakap sorry.. tak berminat.. then letak fon.. haha.. kejam kan?
saya pun selalu tp jarang yg nak minta no kad debit ni