Ni nak citer pasal kejadian yang berlaku keatas saya semasa di Buenos Aires..bukan nak burukkan nama Argentina tapi inilah hakikatnya..bandar ni terkenal dengan pencopek atau penyeluk saku dan penyeluk bag tangan/bag galas dsb.
Untuk makluman saya kehilangan 2 biji handphone yang bernilai hampir RM500..walaupun tak banyak nilainyer tapi kejadian macam ni memang buat saya sengal/bengang ..saya rasa kalo kena kat korang pun korang bengang jugak kan..
Handphone tu saya letak dalam beg galas yang saya tutup tapi mmg boleh seluk masuk dalam tanpa membukanyer..dan saya tak terfikir pasal nak kena seluk ..saya pergi letak hp/wallet my wife dan mineral water dalam beg tu..It was lucky jugak pasal wallet my wife tak di rembatnyer..kalo tak tak tahu lah..mmg bertambah sengal la jawabnyer..Saya realize yang hp saya di curi semasa kami nak pulang ke hotel..masa bila dicuri tu saya tak pasti tapi saya yakin dorang rembat masa kami nak melintas jalan ..sbb waktu ni mmg orang ramai berhimpit2 berhenti tepi persimpangan jalan sementara tunggu lampu trafficlight
Jadi moral of the story jika anda ke sini atau kemana saja pastikan keselamatan anda dan barang barang anda dijaga rapi,semoga percutian anda lebih menyeronokkan tanpa apa apa kejadian yang menyengalkan
..seterusnya layan la gambar gambar sekitar Buenos Aires dibawah ni
sculpture bunga ni amat unik pasal dia pun macam bunga hidup..kalu tghari mcm ni dia kembang dan bila malam dia kuncup
Yang ni pulak kawasan taman dekat dengan Bunga besar tadi..ada org merendek pulak tu..nampak tak?kalo tak nampak pandai2lah cari..hehehe
Yang atas ni adalah gambar sebuah pekan kecil yg jadi tumpuan pelancong dikenali sebagai “Caminito”.Disini banyak bangunan2 lama yg dibina dari kayu dan diwarnakan dengan pelbagai warna2 terang menjadikannya amat ceria sekali.dan sini juga ada banyk kedai2 souvenior dan restoran2 dan persembahan live tarian Tango
Berhampiran dengan Caminito ni ada sebuah stadium yang dinamakan Stadium La Boca…merupakan sebuah kelab bolasepak yang pernah disertai oleh Raja Bolasepak Argentina iaitu Diego Maradona,nama kelab tu adalah Boca Juniors
Sebuah kedai cenderamata Kelab Boca Juniors di Caminito
Pemandangan waktu pagi dari bilik hotel kami..
Menara jam bersejarah di tengah2 bandaraya Buenos Aires..juga diambil dari bilik hotel saya
Itulah saja buat hari ni..kejap lagi saya akan ke Amsterdam, kerja..so maybe esok dan lusa saya takkan update my blog ni.
Harap Maklum
Share
wahhhh besttt,…nak g amsterdam,…..nak ikuttttt,…..amsterdam best kan,…suka sgt,..lama dah tak pegi sana,…
hahaha jom ikut dok dalam bag saya hahaha jgn marah yer gurau jer
jom,..saya siap dah ni,…tp muat ka beg abg zarul tu,…tak kisah la abg zarul,..bab gurau2 ni,…hidup ni kena bergurau jugak baru hepi kan,..eh!!! saya dah siap ni,…jom,..nak amek saya kat mana ni,..hehhehe,..
hahah i like