raya

Kenangan Raya Di Zaman Artis

Semasa zaman artis saya dulu salah satu kenangan yang tak dapat saya lupakan adalah semasa buat persembahan LIve di RTM 1 pada malam raya 1995 dimana masa persembahan saya cedera akibat kemalangan jalan raya (jatuh motor) sehari sebelum persembahan

Ceritanya lebih kurang begini,saya dan Umbrella dapat undangan dari RTM 1 utk buat persembahan hiburan iaitu HMI malam raya,so sebelum show Live tu seperti biasa kami diarahkan RTM untuk buat rehearsal selama 5 hari berturut2 sebelum persembahan Live.Pada masa tu saya bawak kapcai jer ulang alik dr rumah saya di Klang masa tu ke RTM utk tugasan tersebut,entah macamana sehari sebelum persembahan semasa dalam perjalanan untuk ke RTM kat area PJ berhampiran ofis bangunan Avon tu,handle motor saya telah di langgar dari belakang oleh seorang hamba Allah mana saya pun tak tahu sebab dia belah mcm tu jer lepas langgar saya,dek kerana di rembat dari belakang secara tak semena mena saya terbabas di bahu jalan seorang diri..

Akibat dari itu saya alami luka teruk di bahagian betis dan juga tumit..lepas tu saya sambung perjalanan saya ke RTM dan sampai di sana PR saya bawak ke Klinik Ashvini di Bangsar untuk mendapatkan rawatan ‘dressing”.

Saya skip rehearsal hari tu dan masa Live show tu saya gagahkan juga memakai kasut walaupun sakit luka yg masih belum kering tu berdenyut denyut..fuhh mmg sakit tak hengat nak lagi nak kena nyanyi lagu rancak “Bukalah hatimu” pulak tu..

Itulah antara kenangan raya yg saya kira sampai sekarang masih segar dalam ingatan.korang bagaimana? tentu ada kenangan masing2 kan..

Sign Off

Tweet
Share

3 thoughts on “Kenangan Raya Di Zaman Artis

  1. delaila marsha

    mesti semua ada kenangan kan,…saya punya kenangan,…bila baju raya saya ,.dah ler 2 hari lagi nak raya baru siap,…bila nak g amek kat kedai tu,..tailor dia cakap sorry sbb baju kurung sutera saya dah terkena iron panas,…abis berlubang,..apa lagi,…nek mengamuk pun dah tak guna benda dah jd,…last2 tailor tu bg saya satu baju kurung raya dia untuk saya,….memandang kan saiz saya tak besar,..kira ok la kan,..tp raya tahun tu tak puas hati sbb tak dapat pakai bj raya sendiri,….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge