Memang Terkena Pun..

Ini nak citer pasal gambar wordless wednesday semalam tu, sebenarnya memang aku terkena pun..kat dalam rancangan Frust Gila siaran Astro Warna yang disiarkan setiap Isnin pukul 10 malam

Kejadian berlaku di Paradigm Mall sekitar 2 bulan yang lepas, ketika aku dan anak dara aku sedang bersiar2 di sana, tetiba di approach oleh seorang mamat ni yang mengatakan yang beliau sedang mengumpul tandatangan untuk petisyen menghapuskan penggunaan telefon bimbit

Aku pada mulanya memang tak setuju dengan petisyen sebegitu memandangkan telefon bimbit merupakan keperluan dan lagi satu kalau nak dihapuskan pun nanti apa kata syarikat2 pembuat teefon bimbit?

Setelah dipujuk dengan pujukan yang mencurigakan oleh si mamat ni maka aku pun sign la..masa aku sign tu boleh pulak dia nyanyikan aku lagu Ramalanku Benar Belaka, macam perli aku pulakkan..cheh…

Setelah beredar dari situ selang beberapa meter aku di datangi oleh seorang mamat ni dan mengatakan yang aku telah diprank untuk satu rancangan terbitan astro dan minta aku bagi detail dan tandatangan untuk kelulusan siarkan wajah aku di tv.

Jadi begitulah ceritanya..jom tgk video keratan

Tweet
Share

9 thoughts on “Memang Terkena Pun..

  1. Ezlinda Hisam

    Hehe.. Cm mane perasaan lepas terkena?
    Ezlinda Hisam recently posted..Muhasabah CintaMy Profile

    Reply
  2. zuan

    hehe nasib baik sporting je layan
    zuan recently posted..#KUM2013: Konvensyen Usahawan MuslimMy Profile

    Reply
  3. akubiomed

    Memang propa ganjil dah. :-)
    akubiomed recently posted..Juadah berbuka pilihan bulan RamadhanMy Profile

    Reply
  4. Anuar

    Tak sangka Bro Zarul boleh terkena kali ni… ;)
    Anuar recently posted..Cikgu Hafis dan Najib Asaddok antara usahawan Internet yang patut anda kenaliMy Profile

    Reply
  5. maszull

    assalamualaikum zarul….wah !! terkena jugakali ni yer…:)
    maszull recently posted..Asyik Kerja Memanjat Jer…My Profile

    Reply
  6. irfa

    itu ok lah lagi
    kdg ada prank yg mcm x masuk akal
    mcm kena culik (oleh zizan dan aaron aziz tu)
    irfa recently posted..Ramadhan 15: Berbuka Bersama Adik-AdikMy Profile

    Reply
  7. radiomalaya

    hehe terbaik la bro..jnji jgn kerek layang orang sudah..kalau terkene kan nmpk cool je.
    radiomalaya recently posted..Rahsia Yang Ada Dalam WindowsMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge