Nak Tahu Bagaimana Aku Kurus (Part 2)

Untuk pengetahuan korang plan diet aku memang mudah dan jumlah kalori dianggarkan diantara 1300 – 1500kcal sehari

Contoh Plan Diet yang aku amalkan

Sarapan – Bijirin cornflakes/Muesli dengan susu rendah lemak , low fat yogurt dan kopi susu low fat tanpa gula

Snek pagi - Pisang 2 biji atau 2 keping roti germa gandum dgn mentega kacang

Makan tengahari - Nasi (segenggam) bersama dada ayam ATAU ikan goreng ATAU ikan bakar, sedikit kuah dan 2 jenis sayuran atau ulaman, minuman hanya air kosong ATAU teh o limau kurang manis

Snek petang - 2 biji buah pisang ATAU epal /buah2an lain

Makan malam - Muesli/cornflakes dengan susu rendah lemak ATAU roti germa gandum dengan mentega kacang ATAU dada ayam dengan salad

Snek malam – Segelas susu rendah lemak

Manakala contoh senaman aku adalah tak lain tak bukan hanyalah berjogging atau berlari sekitar kawasan rumah ataupun di gym,

Berlari atau berjogging ni pada aku agak ekonomikal kerana korang tak yah nak belanja duit bulanan utk fee gym, hanya ke gym bila waktu hujan sahaja.Modal utk berlari hanya sedikit iaitu hanya beli kasut dan sedikit baju dan trek sukan

Kebiasaanya aku berlari diwaktu petang tetapi jika bnyk urusan di waktu siang aku akan berlari pada waktu pagi sebelum keluar rumah, dan jikalau bekerja aku akan ambil masa berlari didalam gym dihotel  tempat aku singgah bermalam

Selalunya aku akan peruntukan sekurang2nya 30 min hingga sejam untuk larian tanpa henti dengan kadar kelajuan 70% – 90%(mengikut kadar denyutan heart rate) dan aku akan pastikan membakar sehingga 550kcal untuk setiap sessi

Untuk capai tahap fitness sekarang ni aku tak de lah boleh terus berlari selama setengah jam, pada mulanya aku lari antara 10-15 min je lama2 aku cabar diri untuk pergi lebih jauh dan jauh dan jauh sehinggalah ke 15km (paling jauh setakat ini)

Secara ringkasnya itulah kehidupan aku sehari hari dalam misi memburu berat badan idaman, yang hanya pada asalnya aku target 68kg je tetapi turun terus sehingga 65kg

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan

Tweet
Share

3 thoughts on “Nak Tahu Bagaimana Aku Kurus (Part 2)

  1. akubiomed

    Abang Ensem perlu iku diet pemakanan yang diberikan tetapi sebelum itu perlu tahu keperluan kalori. :-)

    Reply

Leave a Reply to eyriqazz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge