Nak Tahu Bagaimana Aku Kurus?(Part 1)

Ramai yang bertanyakan kepada aku diFB,Twitter dan Instagram, bagaimana aku boleh kurus mendadak sejak akhir2 ni, nak terangkan secara detail kat laman sosial agak terbatas ruangannya maka hari ni aku nak share serba sedikit apa yang aku lakukan untuk hilangkan 5 kg dalam masa hampir 2 bulan

Sejak dari penghujung September, aku memulakan plan diet berdasarkan apa yang telah aku baca melalui ebook ebook Kevin Zahri.Setelah habis membaca banyak benda baru yang aku belajar.Rupa rupanya tak lah susah mana pun kalau kita tekad dan sungguh sungguh utk turunkan berat badan.Pucuk pangkalnya ada niat serta kesungguhan.

Perkara pertama sebelum korang nak mulakan program diet ni, kita perlu tahu yang diet dan senaman adalah program yg berpanjangan seumur hidup, ianya satu lifestyle, korang tak leh 3 bulan diet dan selepas itu terus ‘lupa diri’ makan tak ingat dunia.Dan barang diingat juga yang 70% penurunan berat badan adalah melalui corak pemakanan dan 30% lagi adalah melalui senaman atau sukan

Nak turunkan berat badan ni juga kita mesti ada ilmu, sebab itulah aku sarankan agar korang beli lah ebook atau buku atau rujuk diinternet mengenai cara cara dan plan plan diet yang betul

Langkah pertama yang aku ambil untuk turunkan berat badan adalah dengan memahami konsep pengeluaran dan pengambilan KALORI(kcal) .Untuk hilangkan berat badan kita perlu ujudkan kalori defisit dimana kalori keluar lebih bnyk dari kalori masuk.

Selepas itu aku buat pengiraan berapa keperluan kalori harian aku (DCR-Daily Calorie Requirement).Pengiraan ni amat penting utk korang tahu berapa banyak kalori yang korang perlukan sehari, agar nanti kita senang bajet makanan yg kita ambik cukup2 shj tak lebih tak kurang, konsep macam duit gaji korang dapat tiap2 bulan,  kalau dapat 100 korang belanja 100 je lah tetapi kalau korang belanja 120 korang dah ‘hutang’ 20, ..’hutang’ = ‘berat badan bertambah’

Macam kes aku, DCR aku sehari adalah 2400kcal,  untuk menurunkan berat badan dalam purata seminggu 1 kg aku perlu kurangkan 1100kcal sehari, bagaimana?1100kcal yang perlu aku kurangkan tu aku bahagi kepada dua, iaitu 550kcal aku bakar melalui senaman dan baki  550kcal lagi tu aku kurangkan dari pengambilan makanan aku sehari.Jumlah kcal setelah ditolak 1100kcal = 1300kcal sehari 

Kalau korang nak lebih detail lagi aku syorkan korang beli ebook Kevin Zahri Turun 5kg dalam 5 minggu

Nak tahu bagaimana plan pemakanan aku setiap hari dan jenis senaman yang aku lakukan?? Tunggu dibahagian ke 2!!

 

 

Tweet
Share

8 thoughts on “Nak Tahu Bagaimana Aku Kurus?(Part 1)

  1. hafiz hafizol

    oo e-book kevin zahri la puncanya bro kelihatan kurus, segak dan taf sekarang ye.. haha

    Reply
  2. akubiomed

    Ada beli ebook dari Kevin Zahri tahun lepas dan ada juga menghadiri seminar beliau.

    Reply
  3. Cik Yaya

    salam zarul.. =)

    menarik..nak tahu juga lagi..sbb yaya pon sama, start mgurangkan berat bdn dgn pgiraan kalori..bnyk ambil information dari sususejat.com dengan blog kevin jugak..hasil?lumayan..berapa bulan je turun hampir 16kg..! kira kalori yg diambil je kot.. ;p

    Reply
  4. Farisya Anastasyia

    FA dah kurus.tapi info ni sgt menarik utk dikongsi bersama rakan2 yang lain :)

    Reply
  5. Hafiz Rahim

    Makin hensem bro ye..awet muda tu. Gua pun nk kena exercise la ni. Hehe
    Hafiz Rahim recently posted..Mood Kelaut? Blogrrr?My Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge