Entry ni lebih kurang mcm komplen cara lembut saya pada Pos Malaysia,semoga dapat diperbaiki mutu perkhidmatan..Baru2 ni saya ke satu pejabat pos di salah satu daerah di Negeri Sembilan.Pejabat Posnyer kecik je..kaunter ada la dalam 4 biji..satu untuk jual setem,satu lagi parcel dan dua lagi utk kaunter pelbagai
Saya sebenarnye nak renew lesen kereta jer..sbb tak kuasa nak ke JPJ jadi saya renew je kat Pej Pos..Tetapi saya mengambil masa yg agak lama sampai 1jam utk sampai ke giliran saya..Org mmg ramai dan kaunter hanya ada dua..Setiap sorang pelanggan pulak bilnyer bertimbun2..saya tak salahkan staff pasal dorang da tip top..tp tu lah setakat 2org mana mampu dorang nak handle berpuluh2 customer tu.. ye dok
Jadi disini mintaklah Pos Malaysia ambik tindakan..tambahkan kakitangan especially waktu2 hujung2 bulan ni kan..upah pekerja sambilan pun ok..Cepat sikit ..tak yah la nak beratur panjang..
mmg ramai..tgk la tu…
hanya 2 kaunter dibuka pasal ada 3 staff je yg saya nampak..sorang lagi break
Saya tu hari nasib baik pej pos tu dok ada dalam Giant Hypermarket..boleh g merewang jap..kalau tak mmg saya balik la jawabnyer.
Bukan setakat saya je komplen ni..ramai yg komplen actually.. that’s y saya post entry ni..Kesian tgk makcik pakcik yg da tua2 tu duduk menunggu lama..sampai yg ada da tak tahan lama sgt menunggu terus balik jer ..
Saya nasib baik mmg tak de hal lain..kalau tidak..mmg taklah..
p/s nasib baiklah ada online bil payment thru maybank2u..tak yah susah nak menghadap situasi ni tetiap bulan..tp kesian nengok pakcik2 makcik yg tak mahir menggunakan sistem perbankan online ni..
p/s/s next year renew lesen online je lah
Sign Off!!
Share
saya rasa perkara ni berlaku kat semua tempat la abg zarul,..kat area saya pun sama,…org ramai,…tp kaunter,..1-2 yg buka,…mcm abg zarul jugak saya byk pakai online,..tp klu benda yg terpaksa ke pejbat pos,..kena pegi la jugak,…kdg2 tgk mcm tak der sistem,..masa tu mula la membebel,..”nasib aku tak jd ketua pos kat sini”,……klu tidak,..hmmmm tau la apa aku nak buat kan,..kan,..kan,….
baru baru nie gi jejak kaki kat pos office.setuasi yg sama di dua lokasi berbeza.dua tempat sy gi.dua dua sama.
2 perkara normal…. ada 10 kaunter tp buka nya 2 atau 3… pas tu ada lak staff drg yg terhegeh2 wat keje.. bl org dh ramai, mula lah drg nk naik angin x semenggah… kira andin drg jer customer ramai, hbs angin kita yg dok tgg lama ni dia x pikir lak…. ehhhh terbebel lak kt sini, sori ya bro hahahaha :p
Mmg pun
betul2 syo pon prnh alami nya!!!
assalamualaikum…
sy mengucapkan terima kasih kepada zarul umbrella kerana memberi komen yg berani ttg syarikat kami..saya norasyikin,salah seorang kakitangan pos malaysia di negeri sembilan…disini saya ingin menyatakan bahawa kami sebenarnya bukan berkerja dengan lembap,tetapi kami cuba buat dengan cepat dan terbaik untuk pelanggan kami..ada masa,line jpj,asb tiba2 jd perlahan dan terus tiada line walaupun pelanggan sudah ramai yg beratur dan menunggu,…sebenarnya kami tidak sampai hati untuk menolak pelanggan kami,. dan kami tetap cuba tunggu sehingga line ada kembali sehinggakan pelanggan semakin ramai yang beratur panjang. Saya sgt kagum dan terharu dgn tuan ,dan pelanggan yang lain kerana sanggup menunggu sehingga nombor giliran tiba. ini membuktikan bahawa, semua pelanggan telah memberi kepercayaan kepada syarikat kami..kami akan terus berusaha dan membaiki kelemahan2 kami..Cadangan dari tuan, saya akan kemukakan ke pihak atasan..tuan jgn risau, kami akan tetap berusaha buat yang terbaik demi pelanggan kami..terima kasih tuan Zarul.
assalamualaikum zarul..yer la lain kali online je lg senangkan x payah beratur menungu giliran….kekadang terpaksa juga lalui situasi yg begini..:)
Perkara biasa ni Bro, saya sendiri pun kerja kerani pejabat pos. Memang seksa la bagi yang kerja kat kaunter pelbagai nih, banyak nak kena ingat, borang bertimbun2, kena ingat kod2 lagi, ada sesetengah urusan melibatkan banyak step. dulu ingat kacang je, sekali dah rasa, fuhh… Sengal. ;D
Paling xbest macam yang cik @norasyikin bt ibrahim katakan, bagi pembayaran bil celcom realtime, renew insuran kenderaan/nyawa, jpj, asb kalau dah line tak bagus, berkurun tunggu loading.. Paling sengal bila di luar talian, pc terpaksa direstart. Ada sesetengah urusan kadang2 terpaksa dibatalkan, macam renew roadtax, tapi gagal cetak/print. Sampai pernah gak customer marah2 gara2 benda macam nih. Tapi nak watcamne, bukan salah kitorang line tiba2 diluar talian.
Dan untuk pengetahuan semua, pasal tunggu no. giliran terlalu lama, bukan korang sebagai pelanggan je rasa ianya satu beban, tetapi ianya juga satu beban bagi kerani yang bertugas. Sebabnya, boleh baca kat sini:
http://pejabatpos.com/2012/11/07/kenapa-perlu-mengambil-no-giliran-apabila-hendak-berurusan-di-pejabat-pos/
saharol recently posted..Selamat hari jadi ke-22!