6a3cf_hot_babe_motorcycle_3941565018_8b42ac9c08

Post Lawak Minggu ini

Sempena pagi Isnin yg memalaskan ni..(i think) ye ker?? aarrgghh korang mesti malas la kalo hari Isnin ni kan..

Ni nak bagi ubat kat korang agar lebih ceria di pagi ini,,citer ni saya ambik dr blog rakan saya dan merangkap PA tak rasmi dan juga merangkap jurugambar saya dan pernah juga menjadi penyanyi simpanan kump Umbrella iaitu bro Boni

Jom layan but make sure kena senyum dulu sebelum baca tau..

Harap korang semua sihat hendaknya.Kalau yang rasa demam ke,sakit kepala ke,aku ada satu tip untuk mengelakkan demam tu lebih melarat.Petua dia senang je.Rebus tulang  selangka 3 ekor ayam dicampur dengan tulang buku lali 3 ekor kambing .Lepas air mendidih terus buang air rebusan tu.Kemudian,kunyah periuk tersebut sehingga habis.Hahaha.(Aku dah pernah cuba dan kemudiannya dengan secara drastik kepala aku dibedil bertalu-talu menggunakan garfu oleh mak aku sebab merosakkan periuk beliau).
Hari ni aku nak cerita kejadian yang menakutkan tentang kerjaya aku sebagai seorang ‘Mat Despatch’.Kejadian berlaku bulan lepas.Aku mendapat satu tugas untuk membuat ‘name card’.Sudah menjadi kebiasaannya,aku akan minum jus strawberi dulu untuk menjana tenaga tambahan sebelum aku pergi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang ‘Mat Despatch’ yang berkaliber.Tapi entah macam mana aku boleh tersalah teguk.Aku terteguk jus perapat.Mula-mula memang gabra.Tapi dengan semangat membara dan kental,aku abaikan je perkara tu.Risau juga kalau-kalau keperibadian aku yang ganas ni akan bertukar menjadi keperibadian Siti Nurhaliza.Selepas bersedia,aku terus membelah jalanan menuju ke destinasi.
Menjadi tabiat aku juga,aku akan berhenti bila lampu isyarat menunjukkan lampu merah.Nyawa tu sekali je,jadi aku tak nak sia-siakannya.Biasanya kalau berhenti tu,aku akan pandang ke sana ke sini untuk menghilangkan kebosanan.Lagi-lagi lampu isyarat yang lama.Tiba-tiba,aku terperasan sorang awek omputih menghampiri aku.Aku semakin ‘neves’.Takut kalau-kalau dia mengorat aku.Aku belum bersedia lagi untuk berumah tangga,lagi-lagi dengan orang asing.Namun aku tegapkan iman aku untuk menghadapi godaan-godaan itu.Secara tiba-tiba terdengar suara halus gemersik yang indah membelah kesunyian.
“Sir,can u please give me direction to Dataran Merdeka?”,awek omputih tu bertanya.
Aku semakin cuak.Peluh jantan memenuhi dahi dan seluruh rongga punggung aku.Aku menggigil kesejukan walaupun pada masa tu matahari tegak terpacak atas kepala.Dan secara menggilanya aku meraung dan meronta-ronta di atas motor.Aku menjerit-jerit dalam bahasa orang asli Timur Leste sambil berlari anak di atas motor.Dan tak semena-mena aku melihat awek omputih tu berlari lintang pukang meninggalkan aku.Aku rasa lega yang teramat dan terus memecut motor meninggalkan ‘black area’ tersebut.
moral of the story : Itulah pentingnya ‘English Education’.Hakhakhakhak
p/s kalau nak layan post2 sebegini bleh la klik blog si Boni ni di http://bonijll3.blogspot.com/
Tweet
Share

7 thoughts on “Post Lawak Minggu ini

  1. delaila marsha

    hahahaa,…awok setuju sgt,..itu la pentingnya english education,…jgn harap pandai nak melawa aje kan,…..

    Reply
  2. maszull

    assalamualaikum zarul….hahahahaha buat gelak je pagi2 ni bila baca lawak ni…best jugakn pagi2 dah gelak boleh buat org ceria…..:)

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge