photo11

Practical Drill – Bukan Setakat Berwajah Hensem dan Cantik

Alhamdulillah selesai sudah kursus 2 minggu aku ni..Semua exam pun lulus dengan cemerlang chewah…

Sebagaimana yang aku janji dalam entry beberapa hari yang lepas aku nak citer pasal practical drill yang perlu aku lalui sebelum melayakkan aku diiktiraf sebagai crew dalam kapal A380

Jom aku ceritakan sedikit secara ringkas apa kah latihan2 practical tersebut..

Ada 4 practical drill

Yang pertama adalah terjun slide (gambar)-Latihan ini bagi membiasakan crew untuk terjun semasa berlaku kecemasan atau pendaratan cemas ataupun pesawat terhempas didarat atau crashland

Latihan memadam api dan berjalan dalam asap tebal-Latihan ini bagi melatih anak2 kapal jika berlaku kebakaran kecil didalam pesawat manakala latihan berjalan didalam asap tebal pula bagi membiasakan crew agar tidak panik jika berlaku kecemasan atau kemalangan sewaktu  pesawat terhempas dan berlaku pula kebakaran besar dan asap tebal

Latihan berenang – Latihan ini bagi melatih anak2 kapal supaya dapat mengawal keadaan jika pesawat membuat pendaratan cemas di atas air atau dipanggil ditching.Setiap anak kapal dilatih agar dapat menolong penumpang dan mengawal mereka dengan baik semasa didalam air

Dan latihan terakhir adalah latihan pintu atau dipanggil door drill – Latihan ini bertujuan melatih anak2 kapal supaya tahu mengendalikan pintu pesawat samada di waktu operasi biasa atau sewaktu kecemasan(crashland/ditching)

Latihan ini agak penting dimana sewaktu kecemasan tempoh minima untuk anak2 kapal membawa keluar semua penumpang tak kira berapa ramai jumlahnya adalah 90 saat sahaja, dan pengetahuan setiap anak kapal terhadap pengendalian pintu pesawat amatlah kritikal sewaktu kecemasan.Selain mengawal pintu setiap anak kapal juga dilatih untuk bersedia dengan apa jua keadaan cthnya jika berlaku kerosakan keatas pintu, apa yg perlu mereka buat, atau jika berlaku kebakaran diluar pintu apa yg perlu mereka buat dan beberapa kemungkinan lagi..semuanya dilatih

Dan bila dah selesai semua latihan itu maka tamatlah kursus untuk tahun ini dan latihan2 ni perlu aku buat setiap tahun

Tweet
Share

20 thoughts on “Practical Drill – Bukan Setakat Berwajah Hensem dan Cantik

  1. KiD

    aku nak buat filem laaa.. tajuknya… 90 SECONDS….

    amacam??? hehehehe
    KiD recently posted..Ramainya orang ONLINE!My Profile

    Reply
  2. remyhazza

    kena buat balik semua latihan tu ye bro??? oic…sebab kapal baru kan……..
    tapi takpe…pengalaman yg dulu2 dah ada…..

    Reply
  3. Anuar

    Tahniah Bro.. Kerana berjaya menamatkan kursus ini dengan jayanya.. Rupanya bukannya senang nak jadi Permugara/Permaugari ni.. ;)
    Anuar recently posted..RM1435.00 + 1g Emas 999 untuk dimenangi di Blog Coretan AnuarMy Profile

    Reply
  4. Izwan

    tengah on going training jadi krew kapal terbang rupanya bro zarul sekarang.
    bila confirm jadi krew ni?
    good luck ye. ;)
    Izwan recently posted..Mudahnya Menjemput Rezeki Allah, Kita Perlu Usaha!My Profile

    Reply
  5. anif

    Tahniah kerana sudah lulus exam! :D Tentu menarik dapat berkhidmat dalam pesawat A380 yang baru!
    anif recently posted..Nyamuk Sekarang Lebih Pintar?My Profile

    Reply
  6. arelan

    uish…dah lama jadi krew pon still kena gak eh training sme ni?ke memang tiap2 tahun kena?cambest je.
    arelan recently posted..MaJLiS ReSePsiMy Profile

    Reply
  7. akubiomed

    Didalam situasi kecemasan tidak sempat kacak dan cun. Apa yang penting adalah untuk menyelamatkan diri dan menjauhi risiko. Tanniah kepada bro kerana lulus dan kompeten. :-)
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – # pandangan kosongMy Profile

    Reply
  8. onlajer

    Taniah aku nak jugalah main- main gelongsor tu hehe
    onlajer recently posted..3 Blog Pilihan TerbaikMy Profile

    Reply
  9. jue jaynee

    abg ni penyanyi umbrella ye?

    betul lakan…minat sesanget ngan umbrella
    jue jaynee recently posted..Bloglist Jue JayneeMy Profile

    Reply
  10. abangensem

    Ceh.. Gua ingat lu nak citer pasal gua.
    abangensem recently posted..Ugutan Terlampau : Sekadar CadanganMy Profile

    Reply
  11. sweetkurma

    alhamdulillah selesai sudah
    sweetkurma recently posted..mampukah hawa hidup sendiriMy Profile

    Reply
  12. donnyien

    Hello bro Zarul,

    Tahniah saya ucapkan kerana berjaya menamatkan krusus sebagai crew dalam kapal A380. Bertambah lagi ilmu yang bro perolehi. syukur.
    donnyien recently posted..6 langkah membantu anda berhenti merokokMy Profile

    Reply
  13. maszull

    assalamualaikum zarul…tahniah2 kerana berjaya menamatkan kursus itu dgn cemerlang semoga sentiasa berjaya dlm kerjaya yer…:)
    maszull recently posted..Ajari AkuMy Profile

    Reply
  14. Mummy Akmar

    Tahniah..dah selesai..
    Tak dapat bayangkan kalau realiti mcm citer “turbulence” tu based on true story..

    Tapi dulu ada dengar aircraft singapore yang terbakar, tayar tersangkut dengan concrete, sorang crew je yang menyelamatkan penumpang. Yang lain menyelamatkan diri sendiri. “dengar cerita jelah dari kakak ipar, tatau kesahihannya”

    Apa2 pon tak sanggup keadaan ini. semoga selamat lah yer..
    Mummy Akmar recently posted..iPhone 5 Gadget ImpianMy Profile

    Reply
  15. hazman aka species1980

    Hurmm…. GAMBAR DALAM KOLAM RENANG takde bro… ahahahahha….tetiba je nak jadi trainer kat situ….
    hazman aka species1980 recently posted..Menu Hidangan ETIQA Masterchef Malaysia 2My Profile

    Reply
  16. ohcikgu

    macam seronok aje wat drill nih. hehe..
    ohcikgu recently posted..Rekod pertemuan Malaysia vs Thailand dalam kejohanan Tiger Cup, AFF Suzuki Cup dan Sea Games dari 1996 hingga 2012My Profile

    Reply
  17. Nadya Putri

    menarik juga ya jadi crew pesawat,
    training nya sangat menarik :D
    selamat ya bang Zarul.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge