Puisi – Raslan dan Potret Raslan

Salam,

Baru sekejap tadi aku menonton filem Bunohan di chanel 480 Astro…Memang menarik citer ni namun aku kira sesetengah org mungkin susah nak faham secara total apakah yg ingin disampaikan oleh suteradaranyer,termasuklah aku hehehe.Selepas selesai tonton aku masih tertanya2 apakah maksud sebenar citer ni,terus aku masuk google dan search dan aku dapat jawapannya..so fahamlah sikit lagi citernya..

Dah habis baca review dari blog yg telah aku google mengenai filem Bunohan tu tadi aku tertengok akan satu puisi dalam entry blog tersebut

Aku suka dgn puisi ni dan saje nak share ngan korang

jom baca…dah habis baca komen apa yg korang faham dari puisi ni

Raslan hanya nampak warna hitam.
Raslan dengar bunyi pintu dihempas.
Raslan buka ikatan mata.
Raslan di dalam sebuah bilik, dikelilingi dinding konkrit.
Raslan berjalan ke arah pintu kayu.
Raslan mahu buka, tetapi pintu kayu itu tiada tombol.
Raslan tolak pintu kayu itu, tetapi pintu kayu itu tidak berganjak.
Raslan lapar.
Raslan toleh dan nampak sebuah meja makan.
Raslan sentuh siling rata di atas kepala.
Raslan membayangkan siling itu runtuh, tetapi siling itu tidak runtuh.
Raslan ke meja makan.
Raslan duduk.
Di atas meja ada sebiji telur ayam
dan sebiji cawan kaca.
Raslan mahu kupas kulit telur, tetapi kulit telur itu
keras seperti konkrit.
Raslan ketuk telur ayam dengan sudu besi.
Sudu besi bengkok.
Raslan hentak telur ayam pada bibir cawan kaca.
Cawan kaca pecah.
Raslan hentak telur ayam pada bucu meja kayu.
Meja kayu patah.
Telur ayam terlepas dari tangan Raslan,
jatuh ke atas kaki,
‘Adoi!’
Raslan sakit.
Dan marah.
Raslan ambil telur ayam di atas lantai, kemudian
lempar sekuat hati ke arah pintu kayu.
Raslan membayangkan pintu kayu itu roboh, tetapi pintu kayu itu tidak roboh.

Raslan ke pintu kayu.
Ada sebuah lubang kecil,
bersaiz sebiji telur ayam.
Raslan skodeng ke dalam lubang.
Ada seorang lelaki sedang skodeng.
Lelaki itu berpakaian seperti Raslan.
Raslan terkejut.
Raslan skodeng lagi.
Ada diri Raslan sedang skodeng pada pintu kayu.
Raslan toleh belakang.
Ada lukisan potret seorang pemuda pada dinding konkrit.
Pemuda itu berpakaian seperti Raslan.
Pemuda itu pandang Raslan.
Pemuda itu Raslan.
Raslan takut.
Raslan ambil kain alas meja, tutup potret tersebut.
Raslan kembali ke pintu kayu, skodeng lagi.
Kali ini Raslan tidak nampak apa-apa,
selain warna hitam.
Raslan hampir gembira.
Tetapi warna hitam menghilang.
Raslan nampak Raslan sedang skodeng pada pintu kayu.
Raslan toleh belakang.
Kain alas meja di atas lantai.
Potret Raslan senyum.
Raslan marah.
Raslan berlari ambil kain alas meja dan tutup potret Raslan.
Raslan berlari ke pintu kayu.
Raslan skodeng.
‘Kah Kah Kah!’
Raslan pusing belakang.
Kain alas meja di atas lantai.
Potret Raslan ketawa.
Raslan marah.
Raslan ambil garfu di atas serpihan meja patah.
Raslan cucuk kedua biji mata Raslan di dalam potret.
Raslan cucuk banyak kali.
Garfu besi bengkok.
Pancuran air keluar mencurah-curah.
Raslan masih cucuk banyak kali.
Raslan tidak lapar.
Raslan amuk.

Bilik itu dibanjiri air mata potret.
Kerusi dan meja kayu terapung.
Paras air mata cecah dada.
Raslan tarik nafas.
Raslan sabar.
Raslan berenang ke pintu kayu.
Raslan skodeng ke dalam lubang bersaiz telur ayam.
Raslan hanya nampak warna hitam.
Raslan gembira.
Dan sedih.
Raslan sudah tidak ada kawan.

Raslan menangis.
Siling dan dinding konkrit sedih lihat Raslan sedih.
Siling dan dinding konkrit menangis.
Kerusi dan meja kayu sedih lihat siling dan dinding konkrit sedih.
Kerusi dan meja kayu menangis.
Sudu dan garfu besi sedih lihat kerusi dan meja kayu sedih.
Sudu dan garfu besi menangis.
Hanya pintu kayu tidak sedih.
Pintu kayu keras hati.

Paras air mata cecah hidung.
Raslan tahu bahaya untuk terus menangis, tetapi Raslan terus menangis.
Paras air mata cecah siling.
Raslan mati lemas.
Pintu kayu sedih lihat Raslan mati lemas.
Hati keras pintu kayu jadi cair.
Pintu kayu roboh.
Air mata mencurah-curah keluar meresap ke dalam pasir pantai.
Ombak mengusung tubuh Raslan,
bersemadi ke dalam lautan.

Telur ayam yang dilempar Raslan
ada di atas pasir pantai.
Kulit telur ayam yang keras seperti konkrit itu
menetas.
Raslan keluar daripada telur ayam itu.
Raslan bersyukur.
Dan berdoa.
Mujur Raslan tidak dimakan Raslan.

Ridhwan Saidi

kredit to Binfilem.Blogspot.Com

Tweet
Share

20 thoughts on “Puisi – Raslan dan Potret Raslan

  1. zuan

    sungguh mendalam.. penat zuan cuba kupas… adakah ia menceritakan mengenai raslan yang dipenjara atau ditahan seseorang lain yang kejam?

    Reply
    1. boni

      hahaha..ke situ perginya.. rasanya puisi ni lebih kepada penceritaan tentang sifat seorang manusia. Kalau tak salah, dia berubah dan berhijrah daripada kehidupan yang gelap atau tak baik kepada kehidupan yang lebih baik.. <– ni kalau tak silap.. sebab puisi ni sangat mendalam maksudnya dan setiap orang berbeza pendapatnya

      Reply
  2. maszull

    assalamualaikum zarul…kalau ada yg dah tengok cite ni mesti faham ngan isi puisi ini menarik juga…:)

    Reply
  3. madammondoq

    mak aii.. pening pulak i baca puisi dia tu.. adoiiii….
    madammondoq recently posted..Terima Kasih Jek Ke??My Profile

    Reply
  4. Nieza Hamzah

    puisi ni agak mendalam maksudnya….best baca….tp sukar nk tafsir maksud dia….(^___^)

    Reply
  5. Nurul

    X mendalam sangat dengan puisi.. sayangnya..
    Nurul recently posted..Bila kesabaran terujiMy Profile

    Reply
  6. Nieza Hamzah

    Sape yg blh jelaskn maksud puisi raslan dan potret roslan nie….?? (^__^)
    best gak citer dia walaupun bnyk sangat nama raslan…rasa2nya ada x yg faham maksud puisi ni….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge