Citer ni mmg straight forward,maksud aku tak susah nak faham,jalan citernya pun senang kita nak ikut.
Penuh dengan aksi, dan yg penting citer ni ada kelainannya tersendiri terutama dalam aksi boxing robot yg belum pernah kita tengok kat mana mana
Citer ni ada sedikit “kacukan” atau inspired dari citer Transformer sebab penggunaan CGI efek utk robot robot dalam citernye tetapi digarap dengan cara tersendiri oleh pengarahnya
Disamping aksi, pengarah juga tidak melupakan unsur emosi dan komedi yg juga turut diterapkan dalam penyampaian cerita ini
Sinopsis
Citer ni berlatarbelakangkan tahun 2020 mengisahkan seorang pesara tinju iaitu Charlie Kenton(Hugh Jackman) merupakan seorang yg looser dalam kerjaya baru beliau sebagai seorang operator peninju robot,disamping tu dia ni banyak hutang so pada satu hari,rezeki datang bergolek disebabkan oleh hak penjagaan anaknya (yang tak pernah beliau bela sebelum ni),anaknya itu dituntut hak penjagaan oleh adik bekas isterinya(merupakan isteri kepada seorang milionaire)
Charlie telah bersepakat diluar mahkamah dengan suami kepada adik bekas isterinya itu utk melepaskan hak penjagaan dengan bayaran sebanyak USD100,000 ttp dengan syarat Charlie dapat bersama anaknya itu utk tempoh beberapa bulan
Hasil dari duit 100k tu tadi Charlie membeli robot baru yg bernama Noisy Boys.Berkongsi minat yg sama anaknya Max Kenton juga turut mengikut bapanya dalam setiap perlawanan tinju robot yg disertai oleh bapanya sehingga pada suatu hari robot bapanya si Noisy Boy tu telah kalah teruk dan memaksa Charlie utk ke satu tempat pengumpulan besi2 buruk robot utk cari besi nak buat robot baru.
Semasa disana anaknya Max telah hampir terjatuh kedalam longkang besar namun beliau telah diselamatkan oleh sebuah robot dimana baju Max telah tersangkut kat tangan robot yg tertimbus bersebelahan longkang besar tadi
Disebabkan itu Max beriya2 utk mengambil robot yg telah menyelamatkan nyawanya tu td ke rumah namun dihalang oleh Charlie,tetapi Max yg degil tetap menggali dan membawa pulang robot itu ke rumah
Walaupun robot itu adalah robot generasi kedua (G2) namun ianya mempunyai kelebihan yg tersendiri…Apakah kelebihan itu ? Korang kena g tengok lah sendiri
Recomandation
Aku rekomen dan dijamin best…4/5 bintang!!!
Share
hmmm,..mcm menarik jer ni,…
hadoooi.. ramai yang kata best. tapi kid lum sempat lagi nak tengok.. dari Johnny English lagi.. huwaaaaaa…
sama la bro.aku lama dah tak layan movie ni.sejak dari isteri aku mengandung lagi.walaupun dah 4 bulan anak aku lahir masih lagi belum layan wayang.huhu
sekali sekala layan panggung ngan wife pun best gak
layan jugak dengan wife sebelum ni cuma anak sekarang baru je 4 bulan.awal sangat nak bawak ke wayang… :p
Aku rekomen dan dijamin best…4/5 bintang!!!
Wow..mestiii tgkkk
mesti tengok satisfaction guaranty
wah.. bila lah i nak layan citer ni… nak bawak danish pi tengok sekali..