Sejarah Tertubuhnya kumpulan Umbrella (Episod Terakhir)

Umbrella - 1995,Dari kiri Isnin,Rizal,Saiful dan aku,Duduk -Hafiz

 

Salam

Ok terima kasih kerana korang sudi lagi baca episod seterusnya ni..dah final episod dah ni..

Joom baca..

Setelah aku berfikir semasaknya maka aku dengan  nekadnya dan dengan muka tak malunya aku menelefon Saari utk bertanyakan tentang hal perkembangan album Umbrella especialy bab penyanyinya tu

‘Hello bang…apa kabo?” sapa aku menerusi telefon pejabat aku kat MPK..masa tu tak mampu lagi pakai hp Motorola(model paling cool waktu itu),Saari jawab “Ok…” Aku pun tanpa melengahkan masa terus bertanya “Penyanyi Umbrella yg baru dah jumpa ke bang?” ..dan jawapan Saari buat jantung aku gugur kejap…’Sorry la bro..aku dah dapat dah penyanyi baru dah..kata nak sambung study apa citer??”..tanya Saari pada aku dan aku menjawab ..”Tak jadi la bang”..walhal hakikatnya takde pun aku nak sambung2 study hehe..

Haaaa baru padan muka aku ..dulu org bagi tak nak ambik dan sekarang baru nak terhegeh-hegeh..Sentap jugaklah aku waktu tu..dapat satu pengajaran dalam hidup,jangan disia2kan peluang yg ada depan mata walaupun peluang itu tidak kita minta atau tidak kita usahakan,sebab kemungkinan peluang yg datang tu adalah once in ur lifetime

Jadi dgn yg demikian hidup aku teruskan seperti biasa – bekerja dari 8am-4.15pm tiap2 hari di bahagian Perhubungan Awam di Majlis Perbandaran Klang..keja aku  hari2 handle complain pasal sampah,anjing liar,longkang tersumbat,jalan berlopak,pembakaran terbuka dll

Umbrella 2011

Selepas seminggu aku dikejutkan dgn satu panggilan dari Saari,…”Rul jom masuk balik Umbrella, esok malam start record  kat King Studio PJ..boleh??”YESSSS!!! fuhh gembira bukan kepalang aku waktu tu..seluruh department aku gempar dgn pekikan..mau tak terkejut depa tu.aku jerit sekuat hati tanda kepuasan tahap maksima yg aku alami waktu itu hahahah..nasib baik boss aku tak de waktu tu

Jadi keesokan harinyer tu aku pun ke King Studio dan disitu lah buat pertama kalinyer aku jumpa dengan semua ahli2 Umbrella yg lain seperti Isnin(keyboard),Rizal(bass),Hafiz(gitar) dan Saiful selaku pemain drum yg dah pernah aku kenal sebelum ni.Mengikut citer Saiful,ahli2 Umbrella ni dipilih melalui ujibakat kecuali Isnin yg mana beliau sebelum tu pernah mengiringi kumpulan Ukays sebagai pemain keyboard undangan…

Umbrella 2012 Bakal Beraksi dgn album baru tidak lama lagi

Dan menurut Saiful pula nama Umbrella tu dipilih sebab Saari nak kekalkan huruf ‘U” sepertimana  Ukays..so konon2nya U tu bawak tuah ler agaknyer..dan kebetulan tgh Saari dok fikir2 nama yg bermula dgn huruf U kat dalam studio, tetiba hujankat luar  dan Saari tidak ada payung utk ke kereta nye utk megmbil barang ..so dari situlah lah nama Umbrella muncul…

Setelah record satu lagu kami telah tandatangan kontrak dgn Mekar Production dan dibawah Matahari dan BMG sebagai pengedar serta syarikat yg bertanggungjawab mempromosikan album kami.Dalam 10 lagu yg diberi kat aku aku cukup tertarik dengan 2 lagu iaitu Bukalah Hatimu dan Ramalanku Benar Belaka (RKBB)dan ternyata lagu tu mmg bawa tuah kat kami,berbaloi rakam lagu RKBB  tu sampai demam2 aku dibuatnyer

Setelah siap sepuluh rakaman dan mastering maka muncullah album pertama kami dalam awal tahun 1995 yg berjudul “Seribu Rahmat” yg berkonsepkan pop latin dan album ni telah terjual sebanyak 80,000 unit dan telah dianugerahkan Cakera Platinum oleh pihak syarikat BMG

Ok begitulah citernya serba ringkas(namun sampai 4 ep) citer bagaimana tertubuhnya kumpulan Umbrella ni..dan terima kasih kepada korang semua yg sudi baca dan juga komen..aku amat2 menghargainya..

Tweet
Share

39 thoughts on “Sejarah Tertubuhnya kumpulan Umbrella (Episod Terakhir)

  1. JAI

    Fuhh cerita yang menarik..memang layan. Bagi gua kenangan yang cukup menarik sekali.

    Reply
  2. KiD

    giler lama dah kan bro… pop samba tuh!!
    KiD recently posted..Tunai, Vaucher AEON, Ebook SEO dan Jersi Panthera TM untuk dimenangi!My Profile

    Reply
  3. YinTeing

    Wow, just discovered your blog. Umbrella was one my favourite groups- dengan lagu “Ramalanku Benar Belaka” and “Bukalah Hatimu”. Hari ini terfikir untuk membuat terjemahan English to the song “Ramalanku Benar Belaka” when I discovered your blog.
    Would keep visiting back again.
    YinTeing recently posted..Kiosk selling cute baby clothesMy Profile

    Reply
  4. azmanisma

    hohooh….bro baru tau citer sebenar nya thanks bro!
    azmanisma recently posted..IluminatiMy Profile

    Reply
    1. Nurul

      tulah kan.. lain sangat..
      Nurul recently posted..Alhamdullillah semuanya berjalan dengan lancarMy Profile

      Reply
  5. Afzan

    uihhh…banyaknyer dugaan & cabaran de-Umbrella. Sekurang-kurangnya ada la modal nak dijadikan kenangan kan….

    Reply
  6. Nurul

    Wah akhirnya.. tahu sudah kewujudan kumpulan Umbrella..
    Good luck Abg Zarul & Umbrella… ;)
    Nurul recently posted..Alhamdullillah semuanya berjalan dengan lancarMy Profile

    Reply
  7. maszull

    assalamualaikum zarul…wah begitulah ceritanya ye bagaimana kumpulan Umbrella ini ujud….tahniah ye sbb lagu “Ramalan ku benar belaka”mmg best skali….:)

    Reply
  8. Ezad Skytech

    seronok baca entri ni walaupun ada 4 part…rupa2nya mcm tu sejarahnya…hee…mesti takkan lupa sampai bila2 kan kenangan semua ni..:D

    Reply
  9. idasm

    hehe… best jugak bc entry kisah umbrella ni 2 entry sekaligus.
    org kata.. kalau dah rezeki tak ke mana kan. mmg boleh bygkan mcmn zarul menjerit kegembiraan tu.. sampai semua terkejut time tu.. hehe..
    tahniah!!!

    Reply
  10. penbiru

    ehehehehe…rambut belah tengah..tak tahan!!!..hehehehehe..

    ye lar..masa tu nama saari amri cukup terkenal.lagu2 ciptaan dia mmg mantop.tapi segalanya berubah selepas dia eksiden..sentuhan seninya dah jadi kurang berapi..kan?..

    Reply
  11. Juan

    laaa dah abis dah, kena ada prekuel ngan sekuel nih citer nih
    Juan recently posted..Resepi Ayam Masak MerahMy Profile

    Reply
  12. titan

    hoho..sampai memekik dibuatnya. haha..
    titan recently posted..Digi Awards vs Cabaran SEO Lelaki KacakMy Profile

    Reply
  13. akubiomed

    Bro bernasib baik diberi peluang ke 2 kerana tidak semua orang dapat peluang tersebut.

    Reply
  14. Anuar

    Hurmm.. baru tahu langit tu tinggi ker rendah.. hehehe.. gurau jer bro..

    Walau apapun.. Tahniah lah dekat Bro dan ahli kumpulan Umbrella yang lain sebab dapat jualan sebanyak 80,000 unit untuk album sulung.. dan telah dianugerahkan Cakera Platinum oleh pihak syarikat BMG
    Anuar recently posted..Karnival Kerjaya Dan Keusahawanan Graduan 2012My Profile

    Reply
  15. rose hitam

    As Salam
    Teruja berpeluang mengikuti perkembangan zarul umbrella dari zaman sekolah hingga kini… kalau karaoke x lepas peluang nyanyi lagu kumpulan umbrella… terbaekkkk…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge