Sekitar Rakaman Muzik Muzik 28 (Artis Jemputan)

Bila bercakap pasal Muzik Muzik pasti akan terimbau kenangan aku sewaktu bersama sama Umbrella dan juga Studio C, Jalan Liku Bangsar

Kemeriahan sewaktu membuat persembahan di sana masih lagi jelas dalam ingatan aku dimana lepas je selesai show Live  pada waktu itu, kami sering diserbu oleh peminat-peminat di sana

Tapi itu dulu, kini suasana di studio Muzik Muzik sudah berubah sesuai mengikut peredaran masa dan kehendak serta citarasa sekarang, Kalau dulu siaran secara langsung dengan pengacara serta artis jemputan bersatu dalam satu studio tapi kali ini pengacara dengan artis jemputan dalam satu studio di Sri Pentas Bandar Utama manakala artis membuat pencalonan lagu di Sri Pentas Alam Sentral,Shah Alam dan semuanya adalah rakaman

photo 5

Pada Sabtu lepas aku diberi peluang oleh Muzik Muzik 28 untuk menjadi tamu undangan bersama sama AMy Mastura, dan Nora

Satu gabungan guest artis dari era 90an yang masih bertahan sehingga ke hari ni, salute buat Amy dan juga Nora, sebab kedua dua mereka banyak kali jejak kaki ke AJL sepanjang karier mereka

tshirt ini bakal dijadikan hadiah contest pada AJL nanti

tshirt ini bakal dijadikan hadiah contest pada AJL nanti

photo 4

Banyak nostalgia sempat kami kongsi bersama lebih lebih lagi aku dengan Amy pernah masuk Separuh AKhir Pop Rock AJL tahun 1996

Akhir sekali aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada penerbit Azman Jaafar yg merupakan rakan sekolah menengah aku semasa di Kelantan dahulu(baru skrg baru dapat jumpa)

photo 1

photo 2

 

p/s terkilan sebab Scha tak de hari tu..huh!

Tweet
Share

11 thoughts on “Sekitar Rakaman Muzik Muzik 28 (Artis Jemputan)

  1. lekatlekitgurl

    tengok jugak.. yang kecoh amy mastura. abg zarul malu2 sikit. macam dulu jugak kan?? apapun gabungan 3 artis yang saya memang minat
    lekatlekitgurl recently posted..INILAH SPESIS MAK BAPAK BODOHMy Profile

    Reply
  2. ezlinda hisam

    nak tshirt!
    ezlinda hisam recently posted..Lunch at Saba Restaurant, JelatekMy Profile

    Reply
  3. N'war

    Tak suka format baru MM28 ni sebab hampir sama dgn semua rancangan hiburan skrg. Panggil artis berborak di studio. Dah hilang konsep sebenar MM sebenarnya. Nanti tengok balik episod ni kat TonTon. Keluar beraya tak sempat tengok.
    N’war recently posted..“Apa Khabar, Malaysia?” dari A-PRINCE untuk peminat di MalaysiaMy Profile

    Reply
  4. maszull

    assalamualaikum zarul…wah seronoknya gabungan artis yg best ni…:)
    maszull recently posted..Semakin Besar Semakin berakalMy Profile

    Reply
  5. anuar

    Dapat bertemu kembali dengan rakan artis lama dalam AJL pastinya banyak kenangan manis yang dapat dikongsikan bersama. ..
    anuar recently posted..Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Penerangan S41 Telah Di Buka JualannyaMy Profile

    Reply
  6. akubiomed

    Wah tentu seronok dapat jumpa rakan artis yang pernah sama-sama naik dahulu.
    akubiomed recently posted..Tapau Ayam Goreng Wendy’sMy Profile

    Reply
  7. maszull

    assalamualaikum zarul….seronoknya dpt jumpa kawan sesama artis…;)
    maszull recently posted..Wordless Wednesday # 387…Al-Quran Dan SyaitanMy Profile

    Reply
  8. Fara

    Dari sini la saya baru dengar semula suara dan vokal Zarul yang sangat merdu tu. kenapa dulu2 rasa macam biasa2 je? oppss..sorry..tapi memang suara zarul makin mantap. buat la full album.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge