Boleh tahan jugak crowd yg datang menyaksikan Konsert Tirai AF9 yang dipancarkan secara langsung dari Kompleks beli belah Aeon Jusco SetiaWangssa semalam..Saya pun naik heran,ramai yg mengatakan AF kini sudah tidak relevan,kalau macam ni punya crowd tahun depan boleh buat lagi..masih relevan lagi la kot
Secara keseluruhan peserta peserta AF9 ni biasa2 jer,ini saya komen berdasarkan pada persembahan semalam jer..Ramai peserta yg tarafnya seperti penyanyi karaoke lagi..masih banyak yg perlu dilakukan oleh tenaga pengajar untuk menggilap bintang bintang yg telah mereka petik ni.Ramai yg berpotensi boleh pergi lebih jauh,dari segi vokal saya suka persembahan Amir..Teknik nyanyian yg betul lontaran suara dan sebutan.Pandai memainkan vokal placement nya..cuma dia tak la se hensem Eyrul yg memukau ramai mata peminat2 wanita dengan persembahan ala ala K-Pop beliau.
Azri juga mempunyai tone suara yg bagus cuma semalam dr segi vokalnya agak kurang sampai pitch nya apabila sampaikan lagu Estranged.Azri ni pun saya kira ada potensi untuk di’jual’
Manakala yang paling bosan persembahanya semalam saya kira adalah Laika lah..Dia ni nyanyi macam tak der penonton kat depan..saya dapat rasakan yg Laika ni masih menebal sifat malunya dan sikap yakin diri masih rendah
Tetapi berbeza pulak dengan bekas penyanyi MPAJ ni iaitu Lena,yang begitu sporting sehingga kekadang tu nampaknya mcm terlebih sporting pulak..nampak macam gedik sikit pun ada..susah nak dapat undi dr wanita saya rasa dia ni.Tapi vokal dia saya suka..ada sedikit pitchy here and there tapi sebab konsert tirai kira ok la
Dalam banyak2 peserta wanita yang bakal digilai ramai lelaki da tentu Nera,tapi sayang vokalnya masih ditahap yg saya kira tak layak nak masuk pertandingan sebesar ini..namun tenaga pengajar mungkin bila bimbing beliau saper tahu..boleh ganti tempat Marsha bila dia kawin nanti
Cakap pasal pengetua ni,mmg dari awal saya da menjangkakan yg Amy Search akan mengambil tanggungjawab tu..tetapi sebelum ni banyak kontroversi yg timbul yg memboikot Ahmad Dhani dari kumpulan Dewa menjadi Pengetua AF di tanah Malaya.Dan pihak astro pandai memanupulasi dan memperbesarkan isu ini semasa pengumuman Pengetua yang baru dengan memainkan lagu lagu dari kumpulan Dewa tup tup yg keluar Amy Search..Ramai juga yg kecewa sekejap bila dengar lagu Dewa diputarkan..ingat Ahmad Dhani da..rupenya..yg ado..kena main ngan AF heheh
Ternyata pada malam tadi Pak Nil telah mengembalikan nadi AF sebelum ni yang semaikin suram..mungkin pasal Aznil kot ramai yg kata AF da tak relevan.Tapi bg saya relevan atau tidak bukan jadi masalah tetapi pihak Astro perlu lah memikrkan idea idea kreatif yg relevan dengan situasi zaman sekarang untuk menambah rencah AF agar lebih enak
Share
mmg tak releven..apa yg AMY Search tu bagus sgt? nyanyi pun sumbang,cuma kerana dia otai dari kumpulan Search saje.Kompose musik pun tak bole..buat lirik??..semua lagu search pun org yg buat..
Kesian muzik tanahair..semua kerana ego..baik lagi Ahmad dhani..semua bole buat.. dari produser hingga tulis lirik hingga perform..mmg itu la ahlil muzik sejati..dan ini tak bermakna aku tak support muzik malaysia,..dan tak patriotik..tapi fakta adalah fakta..
hmm…mmg tak maju la muzik mesia ni nampaknya..egois…rock leleh la sampai bila2 pun… kesian….
Amboi bang, blm ape2 dh komen, bagos2, at-least kami tau ape kelemahn dieorg, setuju sgt Amy Search jd Pengetua & Pak Nil sbg pengacara, dielh (Pak Nil) pembuke tirai pengacara & die jugk penutup tirai pengacara AF..
yup dia yg buka dan dia y tutup…tp betul ke da tak de AF musim depan
Itulh yg keluar dr mulut org2 kuat ASTRO, x taulh pulk klu itu pon gimik.. kite tunggu & lihat thn dpn ye bang..