Semalam aku ada citer pasalsejarah lagu Dalam Gerimis ni kan..tp terlebih dahulu sebelum aku menulis lebih lanjut lg,nak tanya korang lah..korang da nengok Ombak Rindu ke belum? heheheeh nampaknya Malaysia dah dilanda demam Ombak Rindu ni yer
Baiklah,berbalik pada citer aku ari ni..sebenarnya lagu Dalam Gerimis ni lah yg telah membawa aku menjadi recording artis dulu…
Masa aku menyertai pertandingan nyanyian di Klang dalam tahun 1993 lagu ni lah yg aku bawak pada peringkat final,yg kebetulan pada masa tu Saari Amri adalah salah seorang drpd juri
Pertandingan tu juga diadili oleh salah sorang ahli kumpulan Kopratasa,seorang guru vokal iaitu Erid yg kemudiannya menjadi cikgu vokal aku dan seorang lagi artis 60an ..nama dia aku dah lupa..
Walaupun malam tu aku hanya diangkat sbg naib juara tapi tak mengapa sebab aku dapat hadiah yg lebih berharga lagi iaitu tawaran menjadi artis rakaman dari Saari Amri (yg pada ketika itu sedang hot dengan lagu2 beliau seperti Seksa,Madah Berhelah,Hajat dsb)
Jadi tu lah serba sedikit citernya..dan terima kasih la pd korang kerana sudi membaca..dan pada korang yg berada di kawasan sekitar KL boleh la datang ke Laman Santai Istana Budaya KL pada 24 Disember ni pukul 9 malam utk menyaksikan persembahan aku dgn Umbrella serta dua tiga org artis lain lagi dan insyaalah aku akan nyanyi lagu ni ..hehehe
Share