Alhamdulillah sempat aku meluangkan masa ke majlis iftar anjuran Denaihati dan Sweetkurma yang pada mulanya aku tak rancang nak pergi disebabkan clash dengan satu lagi majlis Iftar bersama Barisan Artis Nasional.Last minute aku buat arrangement dgn Tuan Denaihati,alhamdulillah ada lagi ruang untuk aku join
Apa-apa pun tak rugi aku datang selain dapat berbuka dengan teman teman blogger dapat juga menjamah juadah2 berbuka yang lazat lazat di Cititel MidValley
Antara yang hadir adalah blogger seperti Eyriqazz, Ariffshah, Jai Ramlee, BroFramestone, Abang Ensem, Fazrol, Jaws Ismail, Anarm, Mia Namia, Cik Siezuka, dan Bro Aqif Azizan dari Majalah Niaga
Aku rasa ramai yg suka layan gambar daripada tengok aku membebel kan..ok lah jom …

Salah satu meja yg telah dibooking

Tuan Denaihati bersama Tn Hj Ghazali dari Utusan Malaysia

Bersama Tuan DH,Jai,Ariff Shah Fazrol,Jaws Ismail dan Aqif Azizan..sessi ramah mesra mengeratkan sillaturrahim

Tu dia Kak Siti –muka ada senyum–bisnes bnyk baguslah tu..hehe,AbangEnsem dah tak peduli kat cameraman dah ..

Dalam banyak banyak gambar, aku suka gambar ini hehehe..sebab dengan tak semena-mena aku jadi duta tapai pulut kepada Kak Siti

Sesi bergambar-satu rutin wajib bg seorang blogger

My Bro from Broframestone atau dalam bahasa melayunya adalah Bro BatuPahat..heheh betul ker Bro?

Cik Nurul Siezuka – terima kasih atas info yg diberikan semalam

Fazrol ni aku tak pernah jumpa tapi masa kat Mid Valley beliau sempat menegur aku..lantas kami bersaing masuk ke Lobby Cititel sama2

Bersama bakal pengantin yg selalu retweet Tweet aku kat twitter iaitu Bro Anarm bersama tunangnya..Selamat Pengantin Baru in advanced to u bro!
Semua yang hadir pada majlis tersebut
kredit gambar dari Kak Siti
Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Denaihati dan Kak Siti Sweetkurma yang telah sudi belanja kami buka puasa.Semoga Murah lagi rezeki anda berdua ..Terima Kasih
Share