Tag Archives: Aizat Amdan

Tujuan utama ahli ahli pada malam tu heheeheh..Duit raya!!

Majlis Pengagihan Royalti dan Kempen Saraan Saksama PRISM

Performers & Artistes Rights Malaysia Sdn Bhd atau PRISM telah menganjurkan majlis berbuka puasa serta Majlis Pengagihan Royalti kepada ahli ahlinya pada hujung minggu lepas.Alhamdulillah aku berpeluang menghadiri majlis ini. Majlis ini adalah kali kedua dianjurkan oleh PRISM dan pertama kali buat aku setelah mendaftar pada tahun lepas

Dimajlis ini juga para ahli menandatangani petisyen Artikel 15 Akta Hakcipta untuk menuntut hak Saraan Saksama keatas karya-karya mereka

Majlis berlangsung di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay,KL dan dihadiri oleh ramai artis2 terkenal dari artis 60an hinggalah artis artis baru,antaranya Ramli Sarip,Ramli MS,Dahlan Zainudin,Aizat Amdan,Azizul Khamis,Rohana Jalil,Nassier Wahab,Shidee,Joe Wings,Black Wings,Hilary Search,Kid Search,Mawi,Herman Tino,Andre Goh,Amir Uks,Kristal,Lena AF,Zaiton Sameon,Sani Sudin,Awang BPR,Roy,Azlan Typewriter,VE,Ani Mayuni,Salwa Abd Rahman,Zur Eda, Afee Utopia,Hattan,Aris Ariwatan,Along Exist,Ujang Exist,kumpulan Nico dan ramai lagi

Seronok jumpa kenkawan lama dan dapat juga berkenal kenal dengan artis artis baru,tapi aku tak dapat nak duduk lama pasal aku terpaksa bergegas pulang kerana ada tugasan kerja menanti dirumah :-(   ..pun begitu dapat juga satu projek ‘baek’  untuk soundtrack filem..(esok i will story to uolls)

Apa2pun alhamdulillah dan terima kasih aku ucapkan kepada Admin PRISM yang bertungkus lumus menganjurkan majlis ini,semoga next year dapat buat lagi grand dan liputan media yang lebih meriah

Bersama bandmate Umbrella,dan sahabat lama Poey Sting,Ajoi Scan dan Daniel Uks

Antara artis yg hadir Shidee,Dahlan Zainudin, Effa Rizan,Andre Goh,Zaiton Sameon,Roy,Awang BPR,Kak Rohana Jalil dan Ani Mayuni

Agak lama tak bersua dengan Abg Dahlan Zainuddin, dulu selalu bawak kami pergi show,tak sangka beliau masih mengingati aku dengan Umbrella

Sessi jejak kasih sesama artis,kelihatan Ramli MS,Herman Tino,kumpulan Nico,Amy dan Amir Uks

Datuk Sharifah Aini dan Papa Rock Ramli Sarip di meja VIP,dan sempat beramah mesra dengan Datuk Azizul Khamis,turut kelihatan Abg Nassier Wahab yg sibuk melayan peminat untuk bergambar

Kempen Saraan Saksama Artikel 15,Umbrella,Aizat dan Ramli Sarip

Tujuan utama ahli ahli pada malam tu heheeheh..Duit raya!!

 

 

 

Tweet
Share
images

Review AJL 2011-Siapa Bakal Juara

Senarai finalist AJL 2011-

Kalau Berpacaran oleh (Shohaimi Mior Hassan Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)
Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)

Seperti biasa tiap2 tahun kita bakal mengetahui siapakah yg bakal menjadi juara,persoalannya siapakah akan jadi Juara pada tahun ini??

Masing masing punya pendapat dan mempunyai lagu2 fevret utk jadikan calon bakal Juara AJL kali ini

Hari ni aku nak review sikit lah berkenaan ngan topik kali ni..

Pada aku semua lagu yg masuk final tu semua da jangka kecuali ramai yg tak sangka lagu Wanita Seluruh Dunia dapat masuk kan!

Lagu2 hot seperti Sedetik Lebih,Beribu Sesalan,Kisah Hati,Awan Nano,Kekanda Adinda dan Kalau Berpacaran mmg sudah dijangka dari awal

Mengikut pandangan aku yg tak seberapa pandai ni,aku dapat rasakan yg lagu Sedetik Lebih,Awan Nano,Sungai Lui dan Wanita Seluruh Dunia bakal jadi Juara

Kenapa aku cakap mcm tu? Ok ini alasan aku..

Lagu Sedetik Lebih – ada potensi sebab menang lagu terbaik AIM yg lepas

Manakala Awan Nano pula berpotensi sebab nama Sifu M.Nasir ada sebagai komposer kat lagu ni

Sungai Lui pula mempunyai kekuatan pada keunikan melodi dan music arrangement dan tema lirik yg agak menarik dan punyai keunikan tersendiri

Wanita Seluruh Dunia juga ada potensi jika berdasarkan kepada kualiti lagu,walaupun ianya tak ler sepopular mana tapi ianya wajar diberi perhatian kerana sejarah telah membuktikan dalam AJL lagu seperti Kau Pergi- Aizat dan Tolong Ingatkan Aku -Ana Rafalli bergelar Juara tanpa sebarang tiket populariti

Begitulah serba ringkas pandangan aku pada AJL kali ini..korang bagaimana? Jom bagi pendapat…jgn malu2

Tweet
Share