Salam semua..
Fuhh finally dapat gak aku mengupdate blog aku hari ni..Semalam kalau korang follow twitter aku korang mesti dapat tahu serba sedikit cerita yg aku nak sampaikan sekejap lagi ni
Ok secara ringkasnya semalam aku kena buat bukan dua tapi 3 kerja dalam satu hari sesuai dgn kerjaya aku sebagai pramugara,penyanyi dan juga blogger dan aku hanya dapat tido 3 jam jer..
Semalam tugas aku dimulakan dgn penerbangan 12 jam dari London(LHR) ke Kuala Lumpur(KUL) pada 5 March pukul 11pagi waktu tempatan UK bersamaan dgn pukul 7pm di Kuala Lumpur dan tiba di Kuala Lumpur pada 6 Mac,jam 0700 atau 7am
Setelah semua passenger dah keluar, sejam lepas tu baru la aku dapat menaiki cab utk pulang kerumah dan dalam pukul 9 tiba di rumah setelah selesai semua mandi2 pukul 9.30pagi tidur sampai pukul 11pagi..
dan dalam pukul 11.30 aku gerak ke KL utk membeli sedikit persalinan khas utk persediaan sessi fotografi Umbrella dengan URTV pada pukul 3pm..Aku kat Mid valley dalam 2 jam cari baju putih/seluar putih yg dikendaki oleh Huzz Editor URTV..
Selesai semua dalam pukul 2 ptg gerak ke Bangi(ofis Utusan) ..alhamdulillah sempat sampai sana sebelum 3 petang..dan sessi fotografi mengambil masa selama 1 jam..Gambar2 semasa fotografi tak dapat nak disiarkan sebab Huzz tak bagi release..nak menjaga exclusivity katanya..Korang tunggu jelah Urtv keluaran 1 April ni kalau nak tgk gambar tu..
Setelah selesai bergambar maka tiba pulak sessi interview..gedebak gedebuk dalam 6 ptg baru settle semua..terus balik umah..Oh ya semasa dok sibuk interview aku ada dapat tweet dari Madammondoq yg mengatakan laman blog aku tak le masuk..bila aku try mmg betul tak le masuk.
Setiba jer dirumah langsung aku grab laptop aku dan menge ‘check’ blog aku..siasat2 rupa2nya blog aku da expired..so kena buat renew payment kat hosting..maka cepat2 lah aku membayarnya..selang 1 jam baru blog aku tu ” back to business”
Dan bila dah settle lepas maghrib nyer tu tugas sebagai blogger dijalankan dengan membuat update dan jadilah entry yg korang baca hari ni nih..
Begitulah citernya 3 kerja dalam satu hari aku ni..penat ko..dengan tak cukup tido pastu kehulu ke hilir tambah pulak dgn sessi bergambar nasib baik shot yg jauh2..kalau bnyk yg dekat2 nampak zombie aku kehkeh..
credit pic to madammondoq.com
Share