Salam semua readers ZarulUmbrella,para bloggers,rakan2 sekerja,rakan2 dan sedara mara yg saya kasihi..chewah..bersalam salaman pulak aku ari ni kan ahahaks..takpelah sekali sekala tak salah bersalam2an ni kan lagi kerap lagi afdal kann
Baiklah hari ni hari agak busy buat aku,sebabnya biasalah hujung2 bulan ni,bila dapat gaji maka dengan secara pantasnya aku akan membayar balik gaji para pekerja2 bank yg aku berhutang tu..dan juga bayar bil2 utiliti,dll
Dan tak lupa juga aku membayar komisyen ejen ejen jualan ebook Rahsia Vokal aku tu..ditambah pulak bulan ni webhosting dgn domain name RahsiaVokal.Com pun da nak expired (esok)..so nak kena settle jugak tu pun
–
-
–
Apa2 pun tu semua aku da kasi settle tinggal nak mengetuk keyboard MacBook Pro aku ni jer (fuhh statement poyo), nak kasi update aku punyer blog ni (….ermmmmm..fuhhh penat menaip hari ni) dan juga blog aku yg lagi satu ni
Ok berbalik kepada tajuk entry hari ni…(cer baca dulu ….[kepada yg masih belum baca])
ok..dah
Dah hampir 6 bulan pakai iPad ni baru le aku tergerak nak settle kan masalah kelembapan tahap maksima dalam aplikasi Youtube kat iPad 2 aku ni
Masalah ni sebenarnya bukan ler punca dari speed internet..sbb apa..bila aku pakai lappy..masuk youtube ok jer..tak de lembab bebenor..sedangkan aku pakai Streamyx jer dgn kelajuan 1Mbps
Kalau pakai UniFi mungkin youtube dalam iPad ni laju kot..tapi kalau korang tak pakai UniFi boleh ler cuba tips aku nak bagi ni
Semalam aku google jer la..so ada ler banyak tips2 yg mat salleh2 tu dok ajar..ada 2-3 tips yg aku cuba tapi gagal cuma yg satu ni jer yg success
Tapi yg tak sedapnyer adalah korang tak leh nak tgk video dalam format HQ dgn cara ni..iaitu korang kena masuk Safari (gambar dibawah) instead of Youtube Apps (gambar dibawah)…lepas tu korang masuk website Youtube dan scroll ke bawah sekali dan klik di link ‘mobile version’ atau korang boleh terus ke www.m.youtube.com
Aplikasi Safari
Aplikasi Youtube
Pastu korang boleh la tgk video mana yg korang nak tgk..tapi sebelum tu pastikan korang klik di butang HQ dibawah video terlebih dahulu..dgn menekan butang tersebut,ianya juga akan menukar warna butang tu dari warna merah ke warna kelabu
Ok tu je lah caranya..senang giler cuma korang tak le tgk dalam HQ la..
Share