Tag Archives: Hafiz Hamidun

Single Ramalanku Benar Belaka (2013) Kini di Pasaran

Screen Shot 2013-08-14 at 8.32.15 AM

Alhamdulillah penantian selama 3 bulan kini berakhir apabila lagu ini mula memasuki iTunes sejak dari pagi tadi (14hb Ogos 2013)

Proses pembikinan single ini dicetuskan oleh pemilik syarikat rakaman Neo Record iaitu Hafiz Hamidun, selepas kemunculan aku di pentas ABPBH2012 pada April lepas.Selepas mendapat kata sepakat maka segala urusan produksi diserahkan kepada AG Coco pada Mei 2013 setelah 2 bulan dalam studio maka siaplah segala2nya pada akhir Julai yang lalu

Secara peribadi single ini merupakan satu kenangan manis buat aku sebab lagu ni memberi banyak makna dalam kerjaya nyanyian aku, ibarat mati hidup semula – (aku dikenali melalui lagu ni dan muncul kembali pun dengan lagu ini melalui versi baru) dan insyaAllah single ini menjadi titik permulaan episod baru dalam kerjaya seni aku, dimana projek single baru dengan lagu terbaru akan mula memasuki studio tak lama lagi

Download Ramalanku Benar Belaka

Setakat hari ni hanya pengguna iPhone/iPad/iPod sahaja yg boleh membeli lagu ini ..insyaAllah pengguna Android boleh dapatkannya melalui Google Play dan Amazon dalam beberapa hari lagi

Diharapkan versi terbaru ini dapat memuaskan hati semua pihak dan dapat diterima oleh segenap lapisan umur peminat peminat seni tanahair

 

 

20130816-081051.jpg

Tweet
Share

Zikir Terapi Diri – Irama Terapi Dari Hafiz Hamidun

Banyak kali jugak aku ternampak cerita cerita mengenai album Zikir Terapi Diri ni dekat internet malah di media elektronik dan juga suratkhabar.Namun begitu aku tak pernah dengar lagi album ni kat mana mana pun sebelum ni, tapi selalu juga aku bertegur sapa dengan Hafiz Hamidun ni dekat Twitter dan Instagram beliau, khabarnya Hafiz ni kawan baik blogger femes kita  yang sorang ni..ChurpChurp nya pun kencang ye Hafiz :-)

Baiklah, berbalk kepada album ni, sebenarnya aku baru dengar melalui preview di iTunes semalam..sekali dengar aku dah mula jatuh cinta dengan hampir kesemua 11 buah lagu lagu dalam album ini.Lantas membelinya terus dari sana.

Lagu lagu dalam album ni kebanyakkannya zikir zikir utama yang telah diolah dan digubah dengan irama yang cukup cukup soothing dan meruntun jiwa.,

The beautiful zikrullah by Hafiz Hamidun. It’s a break through album and very therapeutic. It’s money worth spent! :) ” - sekadar memetik salah  satu review pembeli album ini di iTunes

Pendapat aku album ni memang tak rugi beli dan boleh simpan sampai ke anak cucu. Irama dalam album ni tak kan lapuk sampai bila2 pun ..Lebih indah bila didengar diwaktu2 malam

Album ni juga sudah berada di top 10 iTunes Album Chart sejak 2 hari yang lepas dan telah di rate 5star oleh seramai 16 pembeli

Tahniah buat bro Hafiz Hamidun atas penciptaan karya yang tidak terlampau jika aku katakan sebagai antara yang  terindah untuk sebuah album nasyid

Antara zikir zikir dalam album ini

  1. Astaghfirullah
  2. Lailaha Illallah
  3. Subhanallah
  4. Tawbatan Nasuha
  5. Hasbi Rabbi
  6. La Hawla Wala
  7. Alhamdulillah
  8. Ya Zaljalal
  9. Ya Latif
  10. Allah
  11. Lakawna Bainana (Bahasa)

Jika korang nak dengar preview album ni boleh la search kat youtube atau kalau laptop/pc korang ada aplikasi iTunes boleh la masuk iTunes Store dan search Hafiz Hamidun Zikir Terapi Diri disana untuk mendangar preview

Nak downlad terus sila ke LINK DOWNLOAD ini

p/s my personal fevret adalah zikir “Astaghfirullah”

Tweet
Share