Tag Archives: jenjalan Dubai

DSC_0034

Nightlife : The Streets of Dubai

Dubai ni peak hours adalah malam pasal sejuk sikit ..kalau tgh tu ramai yg takut nak kuar pasal panas nyer ya ampuuunn..terbakar kulit wehh

Gambar2 berikut ni aku snap2 je bagi gambaran sedikit sebanyak bagaimana Dubai di waktu malam..kawasan ni adalah kawasan tumpuan para peniaga menjual pelbagai barangan

layan…

Pelbagai jenis arbaya

Dah penat jenjalan maka aku dan rakan2 yg lain pun melepak la minum jap..masa ni dah hampir 12.30am,bnyk kedai da mula tutup

boss aku tu sempat melawak lagi dengan waiter tu..

walaupun tak cukup tido hari tu masih mampu melemparkan senyuman kehkeh

Selepas minum tu kami pun balik bilik TIDO

Done

Tweet
Share
DSC_0042

The Dubai Mall..Apa Yang Menarik?

Oraite mcm aku ckp dua hari lepas kat entry post pasal Burj Khalifa,aku nak bwk korang semua jenjalan ke Dubai Mall bersebelahan dgn bangunan Burj Khalifa di Dubai

This post i juz make it simple jela ek..

First of all mall ni sama saje mcm mall2 kat Msia ni tak de beza sgt pun,cuma kat sini ada beberapa tarikan unik yg boleh aku highlight kan utk korang ..mana tahu in future korang pun nak kesini nnt

Dalam mall ni ada a few things yg menarik,jom tgk gambar bawah

DUBAI AQUARIUM AND UNDERWATER ZOO

aquarium ni mmg besar..dari luar jelah aku tgk..budget nak masuk ‘bo liau’

pandangan dari Level 1

Aquarium ni mmg terletak betul2 kat dalam mall ni,terdapat lebih kurang 100 jerung dalam ni dan hampir beratus lagi ikan2 dari pelbagai jenis..Bayaran masuk Dhs100,kalau korang nak menyelam sama masuk tgk jerung pun boleh tapi kena charge lain harga,dan korang nak ambil sijil menyelam pun boleh kat sini dan bayaran utk sijil tu kena bayar dalam Dhs1800

Senarai harga tiket dan pakej..kalau tak nampak korang zoom la yer

Next is..

DUBAI ICE RINK

Ice rink sama aja mcm yg kat Sunway Pyramid tu,cuma yg ni besau sikit la kot..bayaran masuk utk 2 jam adalah Dhs50 dan ianya juga dibuka utk korang main Ice Hockey

kebetulan aku sampai sini ada game tgh berlangsung..i think kan semua mat2 saleh tgh main tu..Nasib baik aku bukan kaki ice hoki kalau tak aku pun join hehehe..

Next attraction…,

The Waterfall

Bendalah ni hanyalah hiasan dinding jer,tp dibuat sedemikian rupa menjadikan ianya satu tarikan buat pengunjung2 The Dubai Mall..nice to take picture to show to kenkawan korang

Tarikan seterusnya pula adalah…,

SEGA REPUBLIC INDOOR THEME PARK

Yg ni kalau korang bawak anak2 elok la masuk bayaran varies depend on the package..

Next,Kepada wanita2 yg sukakan emas korang boleh la jamu2 mata kat sini..

THE GOLD SOUK

Itula saja tarikan2 menarik yg boleh korang tgk kat sini,selain tu ada lah kedai2 atau outlet brg2 branded hinggalah ke kiosk menjual pelbagai barangan

jom kita tgk antara kedai2 yg menarik disini

Galeries Lafayette ni mmg terkenal kat Europe especially kat Paris..mcm2 brg dari kosmetik,fragrance etc..syurga membeli belah bg wanita

kedai candy yg paling besar pernah aku tgk..ada 3 lot kedai tu..satu lagi lot tak nampak dalam gambar ni

Well..aku rasa kedai henpon ,ni pelanggan dia adalah terdiri drpd tokan2 minyak je la kowt..paling murah pun aku tgk Dhs36,000..mampu!?

Ok lah da bnyk da tu cukup la tu kan..nnt korang penat tunggu gambar load tak habis,kalau kena internet tgk lembss lagi berjinggut la korang..

Ok jumpa lagi ..

Tweet
Share
DSC_0008

Hari Pertama Di Dubai : Burj Khalifa

Hari ni adalah hari pertama aku kat Dubai setelah hampir dua tahun.Last sekali aku sampai sini korang kira la sendiri..yup 2009..Apa yg menarik kat Dubai ni yg terkinja2 sgt aku nak citer kat korang adalah pasal bangunan tertinggi didunia ni..masa 2009 tu hari aku dah nampak tapi belum siap sepenuhnya lagi..

So kesempatan ni aku ambik untuk ‘berkenal mesra” dengan Burj Khalifa atau Burj Dubai..Actually ada dua Burj kat Dubai ni kalau korang nak tahu..satu lagi adalah Burj Al Arab tu..yg hotel tertinggi didunia tu..nnt aku cover bab tu dalam 2-3hari lagi insyaallah

Perjalanan dari hotel aku duduk iaitu di Hyatt,Deira mengambil masa selama 15 minit utk ke Burj Khalefa iaitu di Jalan Sheikh Zayed dan sebanyak Dhs26 (lebih kurang RM23.50) telah kehulurkan kepada pemandu teksi aku tadi.

Korang nak naik tren pun boleh sebenarnya tapi kalo korang sanggup berpanas ok je la.. murah sikit tambang..but not for me..hehehe..

BURJ KHALIFA,DUBAI

Ok,meh ak citer sikit pasal bangunan ni..bangunan ni adalah yg paling tinggi di dunia..merampas gelaran yg dipegang oleh bangunan Taipei 101 sebelum ni,setinggi 828m,mula dibina pada September 2004 dan siap pada hujung tahun 2009,manakala ianya dibuka officially pada 4 Januari 2010.

Dibangunkan oleh Emaar Properties dan sewa ofis dalam bangunan adalah US4000 per sq ft..manakala Armani Residence dijual dgn harga USD 3500 per sq ft.Sebanyak 900 unit residence available fr sale..Korang nak beli?? Hehehe

Pada asalnya nama bangunan ni adalah Burj Dubai tapi ditukar kepada Burj Khalifa mengambil sempena nama Presiden UAE iaitu Khalifa bin Zayed Al Nahyan

Kalau korang nak masuk ushar2 kat dalam bangunan ni boleh tak de masalah ..dorang buka kepada public dgn bayaran masuk sebanyak Dhs300 sahaja

Manakala bila mana korang sampai disini korang boleh shopping sekali pasal kat sebelah bangunan ni ada satu mall yg paling besar di Dubai ni iaitu The Dubai Mall.Ala2 mcm KLCC la..ada Suria KLCC sebelahnya kan..yg ni nnt aku citer next entry ok..Hari ni jom layan gambo2 aku bermesra dengan Encik Burj Khalifa ni

Tweet
Share