Tag Archives: kak ogy kritikan

Aay Ef??

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Semalam baru dapat tgk konsert AF secara Live,sebelum2 ni tak sempat sbb busy kerja..Dengar dengar citer sebelum2 ni ramai yg komen AF kali ni tak best..saya da agak dah sebab Konsert Tirai sempat jugak saya tengok dan saya tak berapa suka sangat dengan peserta2 kali ni.

So semalam sempat la tengok ..terkejut gak saya tengokkan persembahan peserta2 kali ni,tambah terkejut lagi pasal Kak Ogy mengamuk sakan semalam.

Pada pendapat saya budak2 Af kali ni sebenarnya masih mentah dan kurang pengalaman sebenarnya..Bakat tu ada pakej tak kurang hebatnya,tapi untuk menjadi penyanyi yg bagus pengalaman amat diperlukan,kalau pengalaman setakat karaoke setiap hujung minggu dan masuk pertandingan sebulan sekali takkan menjadikan anda sebagai seorang penyanyi yang berjaya secara keseluruhannya

Pengalaman menyanyi yang saya maksudkan adalah menyanyi dikhalayak dan membuat persembahan dengan muzik live,rata2 penyanyi yng ada pengalaman ni boleh pergi lebih jauh kalau dpat masuk AF sebab dorang ni basic da ada,cuma nak gilap jer,ini terbukti pada Lena dimana beliau sebelum ni menyanyi dengan band MPAJ..kita lihat dia mmg tak kekok diatas stage begitu juga dengan Azri

Mengenai krtikan Kak Ogy saya rasa terlalu pedas dan boleh demoralize para peserta, ada yang ok dan ada juga pada saya amat keterlaluan sbagai contohnya masa dia bagi komen tentang nyanyian Nera..pada saya sebagai penyanyi amatur dn masih lagi dalam proses pembelajaran sepatutnya dia harus dipuji kerana dia da lakukan yang terbaik dalam kelas dia dan Kak Ogy tak sepatutnya menyamakan karisma Sinatra dengan Nera..jurang nya memang amat jauh sekali dan tak sesuai untuk dibandingkan

Amir pula pada saya,ianya merupakan peserta fevret saya bila pertama kali saya tgk dia nyanyi masa kat Konsert Tirai,tapi pada saya AF bukan makanan Amir-saya setuju dengan Hattan ..harap Amir teruskan muzik yg dibawanya sebelum ni,tp dengan syarat pkai modal sendiri la..nak harapkan recording company saya rasa sorry to say la mmg amat susah pasal dorang pilih pakej dari bakat.

Yang pasal gugur ni pulak saya tak tahu apa2..tp sempat la layan Diari 2 jam sebelum konsert so dapatlah gambaran sedikit sebanyak,dan saya tak sangka si Fir tu tak lepas..saya dapat rasakan yg Astro ada main strategi ni..pasal budak Fir ni boleh tahan jugak vokal dan pakej nya..we will see..apa permainan Astro lepas ni.manakala Hazama saya agak kecewa kenapa la masuk AF lagi??da elok2 dengan Meet Uncle Hussein …hai entahlah ikut suka korang la,main strategi jugakla ni kot..MUH?

Apa2 pun da ada 2 peserta baru jadi kita layan je lah apa pulak yg bakal dipersembahkan oleh peserta2 dan apa pulak kritikan kritikan pedas yg bakal di lemparkan oleh kak Ogy

p/s Oh ya satu benda yg saya perasan kat AF ni..kenapa yer peserta perempuan yang selalu keluar dulu dalam 3-4 minggu yang pertama,pastu baru peserta lelaki?

 

Tweet
Share