Tag Archives: karaoke

Tanda Tanda Nyanyian Korang Sumbang Mambang Tahap Gaban

  • Orang akan diam tak cakap apa apa..mereka hanya senyum( aplicable kepada kenkawan yang tak begitu rapat)
  • Orang akan sibuk buat benda lain bila korang menyanyi
  • Muka kenkawan korang berkerut bila korang tarik note tinggi
  • Tepukan yang korang dapat bila korang habis menyanyi adalah suam suam kuku je atau tak de pun yang tepuk
  • Ramai akan buat muka ketat bila korang pegang mic
  • Kedengaran vokal korang seolah olah macam tak masuk dengan muzik
  • Bila korang dengar kenkawan cakap kat korang macam ni “Weh sudah2lah tu ko tu nyanyi sumbang la ‘ so yakinlah bahawasanya korang kena buat sesuatu bila mana rakan rakan ajak g karaoke-jangan malukan diri sendiri
Tweet
Share

Pasangan Duet Yang Tidak Kesampaian

Salam..agak terkilan sebab semalam tak sempat nak duet dengan Diah iaitu pemenang pertama contest karok bersama Zarul Umbrella anjuran Madammondoq,AE dan Eyriqazz

ini terjadi kerana memberi laluan kepada JKKK Telok Anson Idol..hehehehe

Lagi cerita menarik mengenai karok ni akan diupdate secara sedikit demi sedikit mulai esok..

Tweet
Share

Tips Penggunaan Mikrofon Semasa High Note

Salam semua,ramai yg bertanya pada aku bagaimana nak  reach high note semasa menyanyi..tapi tak ramai nak bertanya bagaimana nak kawal mikrofon semasa melontarkan high note

Tipsnya senang saja.. sila perhatikan gambar dibawah..bro Jejai telah melakukan satu contoh kawalan mikrofon yg berkesan semasa high note..Tahniah bro.. sebuah persembahan nyanyian yg begitu berkesan sekali walaupun terpaksa bertarung sengit dengan Juara JKKK Teluk Anson Idol 

Tweet
Share