Restoran ini merupakan salah satu fevret aku dan wife, kalau teringin nak makan masakan tomyam yang super lazat maka kami akan kesini, sanggup walau pun berada 50km dari rumah kami.
Terletak di No 39, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru – berhadapan dengan Universiti KL ( Klik untuk peta lokasi )
Baik, menu masakan yang paling kami suka kat sini adalah siakap stim limau, memang super power dan super sedap..Rasanya setakat ni memang tak le lawan oleh mana2 kedai tomyam yang pernah aku kunjungi sebelum ni
Selain itu menu2 lain juga menarik cthnya yang kami makan ni adalah kerabu perut, sayur kicap, dan aneka seafood goreng
Restoran ini juga pernah dikunjungi oleh crew rancangan popular TV3 iaitu Jalan Jalan Cari Makan
Dari segi harga pula boleh dikatakan agak berpatutan dan kalau macam ikan tu kena ikut harga pasarans semasa-No servis charge dan cukai kerajaan
Share