Korang nak ke Hong Kong? Tak tahu nak makan makanan halal kat mana?
Ok salah satu restoran yg sering aku kunjungi bila ke Hong Kong adalah di
Mr Kebab Pizza & Pasta
Apartment No 6, Haiphong Mansion,
Haiphong Street, Tsim Sha Tsui, Kowloon
Restoran ni agak susah nak cari sebenarnya sebab ianya berada di tingkat atas bangunan, nak senang korang cari Masjid Kowloon dari situ selalunya korang akan nampak ada orang bawa sepanduk iklan restoran ini, korang tegur mamat yg bawa sepanduk tu then dorang akan bawa korang masuk ke restoran
Restoran ini dimiliki oleh warganegara Iran yg menetap di sana, restoran ini menawarkan pelbagai jenis masakan Arab dan Utara India seperti kebab dan nasi beriyani
Dari segi harga pula agak berpatutan (tak mahal dan tak murah), berhawa dingin dan mempunyai sambungan wi-fi
Share