Tag Archives: mangga birthday bash

Interview Melodi Punya Cerita

Salam,baru baru ni aku ada attend Majlis Birthday Majalah Mangga..di Pejabat Utusan di Bandar Baru Bangi..

So masa event tu ada ler artis artis yg datang..kebanyakan artis artis baru ada juga 2.3 kerat yg lama..termasuk aku ni hohoho…

Ok berbalik pada citer aku ni..masa event tu berlangsung ada 2 org krew Melodi membuat liputan..dorang sibuk dok interview Editor serta wartawan wartawan Mangga yg dulu dan yg baru

So masa tu aku hanya sibuk dok memerhati gelagat dorang sambil mengambil gambar utk dijadikan bahan dalam blog aku nnt..masa tgh2 sibuk tu si Haiza (pengacara) tetiba panggil aku utk menyumbangkan lagu..so dgn tidak ada persediaan aku pun nyanyi lerr..

Wah tak sangka aku ramai yg layan lagu Ramalan Ku Benar Belaka kat event tu termasuklah budak2 baru ..

Lepas jer aku nyanyi aku telah secara tiba2  dipanggil utk di interview oleh krew Melodi..Alamak aku terkejut jap..tapi pikir2 bagus gak..boleh promot apa yg patut hehehehe

Nak jadikan citer rupa2 nyer si Nik  Syafik wartawan Melodi tu adalah anak buah kepada bekas Manager Umbrella so dia citer dia pernah jumpa aku masa umur dia baru 5 tahun..alih2 sekarang dia interview aku pulak..cepat betul peredaran masa ..

So apa story yg Melodi dok korek dari aku tu?? Korang tengoklah nnt..bila tu? aku tak pasti tapi yg aku pasti  setiap  hari Ahad 12.30 tgh

Tweet
Share

Adi 6ixth Sense Nak Rakam Semula lagu ‘Ramalan Ku Benar Belaka”?

Salam kepada semua pembaca blog yg saya kasihi dan sayangi..

Korang ada yg minat  Adi 6ixth Sense ? Jangan terkejut!! Sebenarnya Adi tak akan nyanyi  lagu Ramalan Ku Benar Belaka..tetapi aku yang akan nyanyi lagu ciptaan dia ..Insya’allah

Persetujuan telah dicapai semasa pertemuan aku dgn Adi di satu event anjuran Utusan Karya pada Isnin lepas ..Kalau tak de aral dan segala nya berjalan lancar akan muncul lah single solo aku yg kedua selepas ‘Panah Asmara’(2002) 

Tapi nak tanya la kan..korang suka ker kalau aku ada lagu baru? Sebab aku sebenarnya masih berbelah bagi ni nak buat ke tak nak…maklumlah kekadang tu terfikir juga ,boleh ker penyanyi lama nak compete ngan org2 baru..then some more ada ke radio nak putar lagu aku tu..

Tweet
Share