Korang nak ke Hong Kong? Tak tahu nak makan makanan halal kat mana?
Ok salah satu restoran yg sering aku kunjungi bila ke Hong Kong adalah di
Mr Kebab Pizza & Pasta
Apartment No 6, Haiphong Mansion,
Haiphong Street, Tsim Sha Tsui, Kowloon
Restoran ni agak susah nak cari sebenarnya sebab ianya berada di tingkat atas bangunan, nak senang korang cari Masjid Kowloon dari situ selalunya korang akan nampak ada orang bawa sepanduk iklan restoran ini, korang tegur mamat yg bawa sepanduk tu then dorang akan bawa korang masuk ke restoran
Restoran ini dimiliki oleh warganegara Iran yg menetap di sana, restoran ini menawarkan pelbagai jenis masakan Arab dan Utara India seperti kebab dan nasi beriyani
Dari segi harga pula agak berpatutan (tak mahal dan tak murah), berhawa dingin dan mempunyai sambungan wi-fi
Kedai ni agak sempit tapi interior amat menarik
Free Wi-Fi
Malam tu aku dan rakan2 menikmati Nasi Briyani Ayam…sedap dan menyelerakan
Sudah lumrah kalau dah melancong pasti korang nak shopping sikit sebanyak untuk dibawa pulang untuk diri sendiri atau pun sedara mara
Salah satu tempat yang menawarkan barangan jenama dengan harga diskaun hampir 60% di Hong Kong adalah di Tung Chung CityGate Factory Outlet
Tung Chung CityGate ini terletak di Tung Chung MTR Station dan lebih kurang 10 min perjalanan dari Hong Kong International Airport
Secara peribadi, barangan disini pada aku masih lagi mahal, tapi nak banding dengan Malaysia ianya lebih kurang harga dekat Johor Premium Outlet (JPO) jer
Antara kedai kedai disini
View disekitar luar dan dalam kawasan ini
p/s Hampir kesemua barangan disini jauh lebih mahal jika nak dibandingkan dengan Camarillo Factory Outlet di Los Angeles, so aku lebih consider utk beli disana dari di Tung Chung ni
Peniaga : you say , you say sir! {sambil menghulurkan mesin calculator mini kepada aku}
Aku : ok i want HKG 120
Peniaga : Aiyya CRAZY !!!
Aku : So cannot?? Okay never mind thank you..i ll find another shop {dengan nada yg agak tegas sambil berlalu dari kedai}
Peniaga : Hallo sir hallo sir come come! last price HKG150 sir…sambil menarik tangan aku supaya jgn belah dari situ
Aku : {tak ckp apa2} dengan muka selamba buat bodoh je mcm tak de apa2
Peniaga : Aiyya Okay la sir come come HKG120, huh! aiyya!
Begitulah sedikit sebanyak gambaran dialog dialog yang sering kedengaran disetiap pelusuk kedai kedai di Ladies Market di Mong Kok
Sekali imbas tempat ni kelihatan seperti Petaling Street..Barang barang yg dijual kat sini, macam macam ada..sepertimana korang tengok Petaling Street mcm tu lah Ladies Market ni
Bersama Sya dan Izyan,selepas keluar tren di stesyen Mong Kok
Barang barang kat sini adalah barang2 immitation atau pun celup dalam bahasa melayu nya..jadi dengan itu disarankan agar korang janganlah beli barang barang elektronik sebab nanti tak sampai sebulan barang akan rosak..huhu..kalau nak beli, belilah barangan seperti pakaian atau t shirt, aksesori wanita dan seumpamanya
Pose di tengah tengah Ladies Market bersama sama Eddie dan Izyan
Tempat ini terletak berhampiran dengan Avenue Of Stars yang aku tulis semalam…nak jalan kaki pun boleh, kalau larat..kalau malas boleh naik tren je dari stesyen Tsim Sha Tsui ke stesyen Mong Kok (3 stesyen dari Tsim Sha Tsui)-tapi aku suggest nak senang korang naik teksi je
Antara barang barang yang dijual
Pemandangan sekitar Ladies Market dan barang barang yg dijual
Kesimpulan, Ladies Market adalah salah satu lokasi wajib visit jika datang Hong Kong
Avenue Of Stars adalah salah satu tempat tumpuan pelancong pelancong ke Hong Kong. Avenue Of Stars boleh la aku katakan sebagai little Hollywood ‘Walk of Fame’ tetapi dalam acuan Hong Kong
Terletak di Tsim Sha Tsui Promenade,Kowloon.Di sini terletaknya sebuah replica atau patung lagenda Kung Fu Bruce Lee, selain puluhan plag tapak tangan bintang bintang ternama Hong Kong seperti Jackie Chan,Jackie Cheung, Bruce Lee,Leslie Cheung dan lain lain
Yang menarik adalah tempat ni berada di kawasan harbour, jadi pemandangan disini memang amat ‘meriah’ untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan berlatarbelakangkan kota raya Hong Kong
Tapak tangan Jackie Chan – dan Bruce Lee tiada tapak tangan sebab tempat ni diibina pada 2004 so dorang tak sempat nak ambil tapak tangan beliau
Patung Bruce Lee
I’m not a Hong Kong movie star!!
Bersama tuan Director dan heroin heroinnya
Antara pemandangan yang menarik boleh dilihat dari Avenue Of Stars
Jadi kepada korang yang nak bercadang ke Hong Kong jangan ketinggalan untuk melawat tempat ni..kalau naik teksi juz cakap nak gi Avenue Of Stars di Tsim Sha Tsui