Tag Archives: melancong

Tips Pengembara (Bahagian 1)

Melancong ke luar negara mungkin salah satu perkara yang seronok untuk dibuat lebih lebih lagi kenegara empat musim atau kenegara mat salleh

Sebagai mempersiapkan diri korang untuk ke negara pilihan korang haruslah ada sedikit pengetahuan tentang negara yang korang hendak lawati jadi tips yang pertama adalah

1.Goooooogle

Cari sedikit sebanyak mengenai latarbelakang negara yang hendak korang lawati, cuaca, tempat-tempat menarik, perbezaan masa (jet lag), restoran atau makanan halal dan pilihan/kos penginapan

Cuaca - ini penting untuk jenis2 pakaian yang hendak dibawa, jika cuaca adalah dimusim sejuk perhatikan berapakah tahap kesejukannya kalau dalam sekitar 0 darjah celcius ke 10 darjah celcius, bawalah baju sejuk yang paling tebal, sarung tangan,penutup telinga dan snow cap atau penutup kepala (jika korang ada penyakit asthma aku sarankan janganlah datang melancong waktu musim sebegini). Kalau suhu sekitar 10 darjah ke 24 darjah cukup sekadar dengan baju sederhana tebal tanpa sarung tangan, penutup telinga dsb.

Contoh pakaian untuk suhu sekitar 0-10 darjah celsius

Cth pakaian untuk suhu sekitar 10-24 darjah celsius

Melalui pengalaman aku, adalah lebih berbaloi jika korang datang melancong sewaktu musim luruh atau musim bunga. Masa ni cuaca adalah amat nyaman sekali dan banyak tempat yg boleh korang lawati tanpa halangan faktor cuaca

Tempat tempat menarik – kebanyakan negara mennyediakan Tourist Centre, manfaatkan sepenuhnya. Jika ada bas hop in hop off atau tourist sightseeing bus lagi bagus..jimat masa dan wang. Jika ada budget lebih, eloklah sewa kereta atau upah personal tourist guide

Perbezaan masa (jet-lag) - Ini penting bagi memastikan badan kita bersedia untuk adapt dengan timing di tempat yang ingin kita lawati, contohnya kalau di London perbezaan masa adalah antara 7-8 jam. Seelok-eloknya jika boleh latih badan kita untuk tidur dan bangun tidur ikut waktu tempat yang ingin kita lawati , kalau tak boleh pun tak pe tapi buat permulaan mungkin rasa jet lag ini akan berlarutan selama dua hari

Makanan Halal – jika korang cerewet pasal makanan, eloklah bawa makanan sendiri dari KL tetapi dinasihatkan agar korang tidak membawa daging, sayur2an dan buah2an sebab kebanyakan negara tidak membenarkan ianya dibawa masuk, cukup sekadar membawa sardin, tuna dalam tin, masakan/lauk yang di sejuk beku. Jika ada smartphone (iPhone atau Android) sila download aplikasi Zabihah, ini amat bermanfaat untuk mencari restoran restoran halal sekitar dimana korang berada

Zabihah Apps

Pilihan/kos penginapan - Kos dan pilihan adalah tertakluk kepada budget korang sebenarnya, dinasihatkan cuba cari hotel yang dekat dengan tempat2 menarik atau hampir dengan stesyen MRT/LRT/TUBE dsb. Ini kelak akan memudahkan pergerakan korang nanti

Tweet
Share
DSC_2577-1

Streets of Istanbul Bhg 2

Post ni adallah sambungan kepada post semalam,dek kerana bnyk gambo terpaksalah saya pecahkan kepada 2 bahagian..ok ..terima kasih terlebih dahulu sebab masih setia dengan blog saya ni..

Ok mari kita mulakan..

kedai souvenior ni mmg yg paling vogue berbanding yg lain..ada aura..dan tersendiri

peronda kawasan pelancongan..ni kalau buat balik pun ok ni..senang bawak g kedai mamak depan umah..kuikui

Turkish Delight – salah satu cenderahati yg mesti dibawa pulang ke tanahair

Salah satu kedai yg menjual manisan..Baklava adalah salah satu yg popular..mmg sedap Baklava ni..ada dihidangkan didalam penerbangan MAS as a dessert

tuh tgk,budak ni ajak korang nikah ngan dia…ahahaha actually budak ni tukang promote kedai2 barangan hantaran nikah..yg saya perhatikan barang barang nikah dorang ni mcm kat Msia gak ..

see…cincin kahwin nyer dulang..mcm kita gak kan…tp Msia lagi lawa lawa la jika nak bandingkan dgn dorang ni..ye dok

matawang Turkis Lira..TL20..ni jer yg tinggal…apa nak makan ek dgn duit sebanyak ni?ok mari follow saya g makan tempat2 budget sekitar kawasan ni

ni jelah yg boleh saya layan..jika nak makan hak lain2 tu rasa macam tak selera..kebab is the best at that time fr me..hanya TL2.50

ok la, not bad jugak kebab ni

yg ni pulak adalah tempat mandi cara tradisional org2 Turki..ala ala spa..kalau rasa nak dimandikan jom le layan kat sini..

ini dia nyer leaflet…eksklusif wooah..

Ini pula pintu masuk Grand Bazaar Istanbul..saya tak nak citer lagi pasal ni hari ni sebab kat dalam ni memerlukan satu lagi post khas utk Grand Bazaar ni..esok saya post ok..

Well itu jer la antara gambaran sedikit sebanyak mengenai apa yg ada di sekitar jalan,tepi jalan,tgh jalan dan atas jalan Istanbul ni..

Jumpa lagi esok….

Sign Off!!!

Tweet
Share