Tag Archives: PRISM

Tujuan utama ahli ahli pada malam tu heheeheh..Duit raya!!

Majlis Pengagihan Royalti dan Kempen Saraan Saksama PRISM

Performers & Artistes Rights Malaysia Sdn Bhd atau PRISM telah menganjurkan majlis berbuka puasa serta Majlis Pengagihan Royalti kepada ahli ahlinya pada hujung minggu lepas.Alhamdulillah aku berpeluang menghadiri majlis ini. Majlis ini adalah kali kedua dianjurkan oleh PRISM dan pertama kali buat aku setelah mendaftar pada tahun lepas

Dimajlis ini juga para ahli menandatangani petisyen Artikel 15 Akta Hakcipta untuk menuntut hak Saraan Saksama keatas karya-karya mereka

Majlis berlangsung di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay,KL dan dihadiri oleh ramai artis2 terkenal dari artis 60an hinggalah artis artis baru,antaranya Ramli Sarip,Ramli MS,Dahlan Zainudin,Aizat Amdan,Azizul Khamis,Rohana Jalil,Nassier Wahab,Shidee,Joe Wings,Black Wings,Hilary Search,Kid Search,Mawi,Herman Tino,Andre Goh,Amir Uks,Kristal,Lena AF,Zaiton Sameon,Sani Sudin,Awang BPR,Roy,Azlan Typewriter,VE,Ani Mayuni,Salwa Abd Rahman,Zur Eda, Afee Utopia,Hattan,Aris Ariwatan,Along Exist,Ujang Exist,kumpulan Nico dan ramai lagi

Seronok jumpa kenkawan lama dan dapat juga berkenal kenal dengan artis artis baru,tapi aku tak dapat nak duduk lama pasal aku terpaksa bergegas pulang kerana ada tugasan kerja menanti dirumah :-(   ..pun begitu dapat juga satu projek ‘baek’  untuk soundtrack filem..(esok i will story to uolls)

Apa2pun alhamdulillah dan terima kasih aku ucapkan kepada Admin PRISM yang bertungkus lumus menganjurkan majlis ini,semoga next year dapat buat lagi grand dan liputan media yang lebih meriah

Bersama bandmate Umbrella,dan sahabat lama Poey Sting,Ajoi Scan dan Daniel Uks

Antara artis yg hadir Shidee,Dahlan Zainudin, Effa Rizan,Andre Goh,Zaiton Sameon,Roy,Awang BPR,Kak Rohana Jalil dan Ani Mayuni

Agak lama tak bersua dengan Abg Dahlan Zainuddin, dulu selalu bawak kami pergi show,tak sangka beliau masih mengingati aku dengan Umbrella

Sessi jejak kasih sesama artis,kelihatan Ramli MS,Herman Tino,kumpulan Nico,Amy dan Amir Uks

Datuk Sharifah Aini dan Papa Rock Ramli Sarip di meja VIP,dan sempat beramah mesra dengan Datuk Azizul Khamis,turut kelihatan Abg Nassier Wahab yg sibuk melayan peminat untuk bergambar

Kempen Saraan Saksama Artikel 15,Umbrella,Aizat dan Ramli Sarip

Tujuan utama ahli ahli pada malam tu heheeheh..Duit raya!!

 

 

 

Tweet
Share
DSCN0771

Daftar PRISM

Salam hari minggu semua,semoga ceria selalu,hari ni aku nak citer pasal PRISM.Ada mungkin yg dah tahu dan ada juga yg tak tahu langsung pasal PRISM ni

Baiklah…PRISM atau nama panjangnya adalah Performers and Artistes Right (M) Sdn Bhdadalah merupakan badan pemungut royalti bagi pihak artis dan pemuzik rakaman.Ianya telah ditubuhkan pada 2001 dan didaftar dibawah Akta Penubuhan Syarikat 1965

Tujuan atau objektif utama PRISM adalah

1.Memungut dan mengagihkan royalti berdasarkan persembahan artis dan pemuzik dalam industri rakaman muzik

2.Membantu dalam pembangunan artis dan pemuzik serta mempertahankan hak mereka

3.Menggalakkan artis dan pemuzik agar menjadi lebih profesional dalam bidang mereka

Langkah Pelaksanaan

1.Mendaftarkan artis dan pemuzik rakaman sebagai ahli serta mengemaskini segala maklumat dan hasil rakaman ahli dan pengguna lesen muzik

2.Mengumpul maklumat berkaitan serta melobi

3.Mempromosikan hak serta kepentingan artis

PRISM ni disokong dan bernaung dibawah Majlis Muzik Malaysia (MMM) bersama 12 lagi persatuan persatuan lain antaranya adalah PAPITA,RIM,MALEP,MAM,PENYIAR dan lain lain

Selain PRISM terdapat 2 lagi badan pemungut royalti muzik di Malaysia iaitu MACP (Music Authors Copyrights Protection (M) Bhd) yg memungut serta mengagihkan royalti kepada komposer, penulis lirik serta penerbit muzik,PPM (Public Performance Malaysia Sdn Bhd)-membuat kutipan royalti bagi syarikat rakaman /syarikat produksi muzik

Jadi 2 hari yang lepas aku baru ler nak pergi register setelah hampir 6 bulan tertangguh..huhu..Nasib baiklah proses pendaftaran tak de le sesulit mana pun juz isi borang,isi nama lagu2 yg dirakamkan serta butiran lengkap sesebuah lagu,salinan IC dan cover album..selesai..aku kini da jadi anggota PRISM

dan Insyaallah tahun depan dan setiap tahun berikutnya dapatlah duit extra hasil dari royalti lagu2 yg telah aku rakamkan

Tq to PRISM

PEACE YAW!!

Tweet
Share
largepiratebank1nz0

Artis Malaysia Kaya Ke?

Salam,kali ni post saya agak serius sikit la..sebab Ahad lepas saya ada terbaca dalam Mingguan Malaysia,berkenaan dengan masalah masalah artis artis tanahair.

Seperti biasa kalau masalah artis ni korang mesti da tahu kan..apalagi kalau bukan cetak rompak.Isu ni mmg da gak lapok jika nak dikira2..sejak saya nyanyi lagi isu ni da berkurap dalam industri muzik tanahair

Ramai artis artis kita yg ‘makan hati’ dengan isu ni…persatuan persatuan seperti Papita,Karyawan dan Seniman berapi2 memperjuangkan isu ni yg hasilnye masih sama…tiada tindakan drastik yg diambil

hanya kini jer kita boleh nampak kerajaan mula membuka mata dan meminjamkan telinga untuk mendengar masalah artis ni.

Bayangkan jika 1000 unit  album dicetak rompak artis akan kehilangan RM500-RM1500 royalti yg sepatutnya mereka dapat.Seingat saya jualan album Umbrella Seribu Rahmat dulu mencapai 80,000 unit…kalau termasuk cetak rompak paling kurang kitorang boleh jual 100,000 unit,dari hasil royalti sebanyak 80,000 unit tu kami dapat RM40,000 share 5 orang,tu pun lepas setahun jualan album..

Sekarang ni pulak isu cetak rompak zaman digital..download free..lagi best..kalau dulu atleast org ramai kena keluarkan RM5 utk satu kaset cetak rompak,ttp kini semuanyer percuma..bayangkan berapa banyak download free lagu2 tempatan sehari?berapa bnyk laman2 muaturun haram bersepah di internet..bayangkan kerugian yg ditanggung oleh artis2 kita..Kerja siang dan malam menghasilkan lagu utk hiburan korang..ttp sesen pun korang tak bayar..kalau kat oversea..yg busking tepi jalan tu pun dorang bayar sekupang dua tau..sedih kalau kita fikirkan..Masyarakat sering menyalahkan yg artis kita kurang kualiti..ttp korang fikir tak mana nak datang kualiti jika hasil karya mereka tak memberi pulangan…dorang takkan dapat nk improve pasal da tak de modal utk berkarya..sedangkan untuk menghasilkan karya yg hebat usaha berterusan kena ada..takkan korang aspect hari ni keluar album terus dapat 5 star rated album..mmg ada yg da buat tapi jumlah nyer hanya sedikit.

Amy Search

 Lagi satu jika tiada cetak rompak ni saya rasa ramai da otai2 seperti jamal Abdillah,Amy Serach dll dok boleh hidup senang lenang,makan tak habis sampai anak cucu..tapi apakan daya..Mengikut kata Amy dalam Mingguan Malaysia hari tu belaiu kehilangan RM12juta hasil yg telah dicuri oleh lanun cetak rompak dan download percuma ni

Pengurus Besar Prism,Ong Peng Chu

Isu ni telah dibangkitkan oleh PRISM (iaitu badan yg bertanggungjawab mengira dan mengaudit royalti artis)  kepada kerajaan baru2 ini dan kerajaan telah mengambil tindakan dengan memblock website website laman download.Walaupun ini sedikit sebanyak membantu namun ianya masih ditahap permulaan.

Dek kerana pengharaman laman2 muaturun ni muncullah plak manusia2 yg tak kenal dek untung ..tak puas hati dgn isu ini,hanya sebab da tak le download habis semua website kerajaan nak di hack nyer..konon2 isu download ni adalah human right…what??? Human right amendenyer..korang tu yg patut tanya soalan tu pada korang.Please la weh cukup2lah korang mencuri …kalau harta korang kena curi korang suka ker?..cukup2lah tu

Masalah yg lagi satu ni pun masih tak habis habis…terkejut jugak masa saya baca MM tu hari..kenapa artis kita ni dibayar murah..??Saya masih ingat bayaran yg saya terima RM25 adalah yg paling murah selama saya nyanyi..

Pasal bayaran ni saya harap artis kena bersatu dan buat satu garis panduan..harga mesti kena selaras…tak kira artis popular ke tak,lama ke baru ker mesti ada keseragaman..atleast kalau tak dapat nak seragam pun biarlah jumlahmyer tak jauh beza antara artis

Artis dan masyarakat kena faham…artis adalah satu jenama,bila berjenama maka bayaran pun kenalah berjenama sikit,kekadang tu saya juga kesal dgn sesetengah stesyen tv yg mengeksploit artis..panggil artis utk sesebuah rancangan mereka ttp bayaran hanya cukup utk duit minyak dan tol jer..kalau boleh kasi up lagi sikit..atleast boleh la artist kita buat bayar bil api air dorang bulan tu..

Banyak lagi masalah masalah ni sebenarnyer,tapi cukuplah tu ..kang citer lebih2 kang ibarat membuka pekung didada plak..

Sign Off!!

Tweet
Share