Tag Archives: rintihan si peniaga apam balik

DSC_2423

Telenovela Pendek Si Penjual Apam Balik..

Korang mmg tak kan dapat citer ni kat mana2..hanya empunya badan jer yg tahu segala jerih perih ketika disaat susah,masa ni lah segala macam ujian dan dugaan aku tempuh demi membina hidup harmoni.. kononnya ..,ketika itu.

Korang tahu tak? Hanya insan bernama Zarul Umbrella sahaja yg menjadi cover sebuah majalah hiburan ternama tempatan yg hanya berseluar pendek,berbaju t lusuh dan berselipar,tanpa sebarang touch-up dr make-up artis hebat dan tanpa persalinan2 bersalut sutera cina apatah lagi songket berbunga2—wah!!hebat tak metafora saya tu kahakah..adoi sedih sebenarnya ni tp cover jer

#—————————–#

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul,nasib baik ada keluarga aku yg sanggup menolong walau hanya dengan upah cukup2 utk membeli pampers anak dan buat makan dalam 2-3hari,namun begitu ku tabahkan juga walau dalam hati meronta ronta kesakitan,namun beralah aku ini demi sesuap nasi utk anak dirumah

Segala kerdipan sinar neon glamer persalinan labuci kelip2 aku lipat elok2 dan aku simpan jauh2 dalam gobok yg tak akan mungkin aku buka lagi..Ada yg memuji tindakan aku namun org yg paling dekat dgn aku hanya memandang tanpa menghulur sedikit rasa penghargaan,walaupun apa yg aku buat ni demi memenuhi hasrat mereka.

Kenapa aku mengambil keputusan ini???

Ramai yg menerjah aku dgn persoalan keramat ini walaupun hakikatnye mereka sudah mengetahui apakah alasan aku …cuma mungkin hendakkan kepastian agaknyer..

Ya!!!

Hari ni aku iyerkan segala2 persoalan yg bermain dibenak pemikiran korang tu.Sebab aku dah tiada apa apa alasan lgi utk aku menyembunyikannya lagi

Nah…terungkai segala persoalan…lega bukan kepalang,namun begitu hidup harus diteruskan,perjalanan suka duka kehidupan, setiap manusia mengalaminyer,bukan niat nak menyalahkan sesiapa namun diri sendiri juga aku persalahkan..biarkanlah segala memori ini sampai disini sahaja.Tak mungkin aku jejak ke tempat itu lagi

Peace!!

Tweet
Share