Tag Archives: saari Amri

maxis

Sayang Bersebab Kini available for Caller Ringtone

Single terbaru saya bersama Umbrella Sayang Bersebab..dah boleh dibeli melalui Maxis,Celcom,DiGi dan U Mobile dengan harga RM3 sahaja.Untuk mendapatkan caller ringtone ini sila ikut arahan berikut

Maxis (CRT) Taip *131*<223423>dan tekan Send/Call


Bagi Digi Taip CT BUY <122537>Hantar ke 2000


Bagi Celcom Taip *118*<0126197> dan tekan Send

Bagi U Mobile Taip CT<304926>hantar ke 28118

Tq dan selamat berpuasa

Tweet
Share
254663_268354803180965_100000193418147_1309221_4413395_n

“Sayang Bersebab” da release

Cover Album “Rock Berbisa Saari Amri” didalamnya mengandungi single Sayang Bersebab

Finally penantian hampir 2 bulan terhenti sampai disini..chewah ayat tak boleh belah..Ok kenkawan meh la beli CD Rock Berbisa Saari Amri ni..kat dalam tu ada 2 buah lagu baru dari Amir Uk’s dan saya sendiri bersama Umbrella..CD ni ada dalam 22 buah lagu  ..ada 2 CD dalam satu harga iaitu RM30 tunai..

Kalau nak caller ringtone pun ada kat cd tu ada tulis..jgn lupa download lagu Sayang Bersebab yer..Sokongan anda diucapkan jutaan terima kasih

semalam tgk kat Speedy Video da ada dah..

Lagu “Sayang Bersebab” berada di track 11 CD1

Jom dapatkan yg ORI!!

p/s Del dan Noor Ain ..CD ni akan dihantar ke rumah anda tak lama lagi

Tweet
Share

Kembali ke studio rakaman

Alhamdulillah selesai juga rakaman untuk single Umbrella yg baru iaitu ‘Sayang Bersebab’ semalam.Perasaaan saya bercampur antara nervous dan tidak,maklumlah da lama tak nyanyi kat studio rakaman..nyanyi stage dan studio adalah dua proses yang amat berlainan dan proses rakaman memerlukan ketelitian dan stress sikit lah

Apapun lagu yang diberi taklah susah sangat cuma lirik je tak berapa nak boleh feel..tp buat2 feel jer huhu..Saari Amri pun ada bagi guide untuk sedapkan lagi nyanyian saya..chewahh

Saya ambil masa selama sejam untuk siapkan lagu ni,lepas je saya selesai Amir UKs pulak masuk studio untuk record single baru dia iaitu ‘Kasih Terlihat’

Pada saya dua dua lagu,Sayang Bersebab da Kasih Terlihat mempunyai kekuatan pada melodi dan mampu menghiburkan anda yang layan rentak ala2 90an ni..adik ipar saya yg baru 18tahun da dengar ,dan dia amat suka dgn lagu ni..

Saya diberitahu kedua2 single baru ini akan dimuatkan dalam album koleksi Saari Amri dan bakal release insyaallah dalam bulan depan atau Jun ini.nantikan kemunculannya!!

Dengarkan lagu Sayang Bersebab

Tweet
Share

Lama Tak Masuk Studio..Adoi Aku Nervous!!

Alhamdulillah tak lama lagi saya akan bergabung dengan Saari Amri sekali lagi untuk merakamkan lagu beliau yang akan dimuatkan dalam album kompilasi lagu lagu hit beliau.Bila krelease saya tak pasti.Tapi ini adalah projek saya dengan Saari tanpa Umbrella atas sebab sebab teknikal dan financial.

Saya akan terima lagu tu dalam minggu depan insyaallah..Cuma disini saya hanya nak berkongsi betapa saya tengah nervous jugak sebenarnya ni.Maklumlah da lama tak record kat studio dan berdepan dengan Saari yang saya tahu begitu teliti dalam proses rakaman vokal

So terpaksa nak kena jaga suara sikit dari sekarang ni..adoi nervaous nyer..Ok lah tu sajer untuk post kali ni,perkembangan mengenai single ni akan saya post di post yang akan datang

Tweet
Share