Bila bercakap pasal Muzik Muzik pasti akan terimbau kenangan aku sewaktu bersama sama Umbrella dan juga Studio C, Jalan Liku Bangsar
Kemeriahan sewaktu membuat persembahan di sana masih lagi jelas dalam ingatan aku dimana lepas je selesai show Live pada waktu itu, kami sering diserbu oleh peminat-peminat di sana
Tapi itu dulu, kini suasana di studio Muzik Muzik sudah berubah sesuai mengikut peredaran masa dan kehendak serta citarasa sekarang, Kalau dulu siaran secara langsung dengan pengacara serta artis jemputan bersatu dalam satu studio tapi kali ini pengacara dengan artis jemputan dalam satu studio di Sri Pentas Bandar Utama manakala artis membuat pencalonan lagu di Sri Pentas Alam Sentral,Shah Alam dan semuanya adalah rakaman
Pada Sabtu lepas aku diberi peluang oleh Muzik Muzik 28 untuk menjadi tamu undangan bersama sama AMy Mastura, dan Nora
Satu gabungan guest artis dari era 90an yang masih bertahan sehingga ke hari ni, salute buat Amy dan juga Nora, sebab kedua dua mereka banyak kali jejak kaki ke AJL sepanjang karier mereka
Banyak nostalgia sempat kami kongsi bersama lebih lebih lagi aku dengan Amy pernah masuk Separuh AKhir Pop Rock AJL tahun 1996
Akhir sekali aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada penerbit Azman Jaafar yg merupakan rakan sekolah menengah aku semasa di Kelantan dahulu(baru skrg baru dapat jumpa)
p/s terkilan sebab Scha tak de hari tu..huh!
Share