Semalam sedang aku dok melepak selepas balik kerja,seperti biasa da mandi2 semua aku akan lepak depan tv sambil aku tengok2 email serta layan comment2 kat blog ni dan juga komen2 kat FB aku, Masa tgk2 fb tu kat News Feed tu aku ternampak la 2 org fren dok shared link youtube dokumentari DCT kat History Channel (Saluran 555 Astro) dengan aku…dalam hati aku cakap ‘apa kena mengena dgn aku’…pastu aku buat bodoh je lah
Lepas da settle semua aku pun tutuplah laptop dan layan tv…then aku scroll every channel macam korang dok buat selalu la kan bila baru2 bukak tv..scroll punyer scroll aku ternampak akan dokumentary Datuk Siti Nurhaliza yg kawan aku dok share kat FB tu..so aku pun pilihlah channel tu kebetulan ianya baru nak start.
So aku layan lah ….masa dok layan tu aku senyum sorang2 sebab tengok gambar DCT masa diawal kemunculannya..sbb bukan apa…pasal waktu dia baru2 muncul Umbrella dah ada nama ..pernah di suatu persembahan di Jengka…DCT buat opening untuk konsert kami disana..Aku juga tersenyum pasal dok teringat kisah aku duet dgn beliau dalam satu persembahan HMI(yg ni aku belum citer lagi..next entry aku nak citer lah)…
Terus aku menonton ..tetiba aku terperanjat chimpanzee kerana gambar aku dgn DCT yang femes tu di highlight kan dalam dokumentari tu..gambar tu tu muncul bagi menceritakan kejadian disebalik gambar dimana DCT agak kekok bergambar dgn artis lelaki dan DCT agak memilih baju2 yg hendak dipakainya sewaktu fotografi tersebut…kalau nak tahu citer lagi klik kat SINI yer
Sememangnya gambar tu merupakan satu titik sejarah dalam perkembangan karier beliau dan aku respek prinsip yg ada dalam diri beliau yg masih beliau pertahankan sampai kini..walau pun bnyk kritikan buruk dan baik beliau terus survive dlm industry ..tak macam aku kehekeh…well.., setiap manusia ada jalan hidup masing2..aku pilih jalan aku sendiri ,utk keluar dari bidang seni pada waktu tu..Apa2pun aku bangga gak lah sebab aku sempat bergambar kenangan dgn DCT dan gambar tu pulak dihighlightkan oleh DCT sendiri dalam dokumenatri tu..walaupun nama aku tak disebut tapi tak pelah..
So kalau korang tak de chanel History kat umah jom layan kat youtube..’gambar’ tu muncul di minit ke 11
Share