Tag Archives: takut naik pentas

Naik Pentas

Salam

Apa perasaan korang bila berada dipentas ini??Kelihatan samar2 semua mata dan kanta kamera dihala ke arah korang yg seorangan diatas pentas tu..Ada rasa seram sejuk tak?

Okay ni pengalaman aku sendiri bila naik pentas,walaupun dah berpengalaman menyanyi dah lama tapi gugup naik pentas sentiasa menghantui aku..cuma skala nya berbeza2 mengikut tempat/jenis event/profile odien/jenis media(tv/radio/live telecast)

Gemuruh ni sebenarnya pada aku hanyalah mainan perasaan jer..manusia normal pasti akan merasa gemuruh bila nak naik stage tak kira lah utk berucap ke,menyanyi ke,membentangkan hujah ke atau apa saja,tak banyak sikit pasti akan merasa gemuruh..Tak caya cuba tanya blogger muda Ariff Shah,masa dia memberi ucapan di Majlis Sepetang Bersama Blogger Denaihati tempohari..Apa yg perlu korang buat bila gemuruh ni adalah dgn ‘menikmati’ gemuruh ni..maknanya korang telan je atau redah buat bodoh jer..cuma jgn korang sampai di ‘telan’ oleh perasaan gemuruh korang tu..nnt semua benda takkan menjadi masa korang on stage…Just enjoy it

Dari sudut seorang penyanyi seperti aku ni ehem ehem..berada dipentas bukan sahaja kena menyanyi tapi nak kena gak tarik odien utk sama sama menghayati apa yg korang buat atas stage tu..inilah yg paling mencabar bagi aku sebenarnya..selalunya benda2 ni yg selalu buat aku nerves

Tapi selama menyanyi paling aku nerves adalah bilamana aku terpaksa menyanyi depan kenkawan blogger aku semasa di majlis ini..hakikatnya menyanyi didepan org yg kita kenali memang hebat gemuruhnya namun nasib baik rakan aku yg Hensem dan Sweet Sister aku ni bnyk membantu aku masa di majlis tu..fuhh lega lah sikit..sebab depa ni sporting..

Kesimpulannya,pada aku nak naik pentas ni sebenarnya ada thrill nyer yg tersendiri dan aku memang suka thrill tu..korang bagaimana??

Tweet
Share