Hari ni adalah hari pertama aku kat Dubai setelah hampir dua tahun.Last sekali aku sampai sini korang kira la sendiri..yup 2009..Apa yg menarik kat Dubai ni yg terkinja2 sgt aku nak citer kat korang adalah pasal bangunan tertinggi didunia ni..masa 2009 tu hari aku dah nampak tapi belum siap sepenuhnya lagi..
So kesempatan ni aku ambik untuk ‘berkenal mesra” dengan Burj Khalifa atau Burj Dubai..Actually ada dua Burj kat Dubai ni kalau korang nak tahu..satu lagi adalah Burj Al Arab tu..yg hotel tertinggi didunia tu..nnt aku cover bab tu dalam 2-3hari lagi insyaallah
Perjalanan dari hotel aku duduk iaitu di Hyatt,Deira mengambil masa selama 15 minit utk ke Burj Khalefa iaitu di Jalan Sheikh Zayed dan sebanyak Dhs26 (lebih kurang RM23.50) telah kehulurkan kepada pemandu teksi aku tadi.
Korang nak naik tren pun boleh sebenarnya tapi kalo korang sanggup berpanas ok je la.. murah sikit tambang..but not for me..hehehe..
BURJ KHALIFA,DUBAI
Ok,meh ak citer sikit pasal bangunan ni..bangunan ni adalah yg paling tinggi di dunia..merampas gelaran yg dipegang oleh bangunan Taipei 101 sebelum ni,setinggi 828m,mula dibina pada September 2004 dan siap pada hujung tahun 2009,manakala ianya dibuka officially pada 4 Januari 2010.
Dibangunkan oleh Emaar Properties dan sewa ofis dalam bangunan adalah US4000 per sq ft..manakala Armani Residence dijual dgn harga USD 3500 per sq ft.Sebanyak 900 unit residence available fr sale..Korang nak beli?? Hehehe
Pada asalnya nama bangunan ni adalah Burj Dubai tapi ditukar kepada Burj Khalifa mengambil sempena nama Presiden UAE iaitu Khalifa bin Zayed Al Nahyan
Kalau korang nak masuk ushar2 kat dalam bangunan ni boleh tak de masalah ..dorang buka kepada public dgn bayaran masuk sebanyak Dhs300 sahaja
Manakala bila mana korang sampai disini korang boleh shopping sekali pasal kat sebelah bangunan ni ada satu mall yg paling besar di Dubai ni iaitu The Dubai Mall.Ala2 mcm KLCC la..ada Suria KLCC sebelahnya kan..yg ni nnt aku citer next entry ok..Hari ni jom layan gambo2 aku bermesra dengan Encik Burj Khalifa ni
Share