Tag Archives: tips naik bukit broga

Pengalaman Mendaki Bukit Broga

IMG_3791

Aku pasti semua tahu mengenai Bukit Broga ni bukan? Aku mula tahu pasal bukit ni bila ramai kenkawan FB sibuk dok mengepost gambar2 dorang naik Bukit Broga ni kat FB, dan bila search kat Google lagi ler bersepah cerita pasal bukit ni

Aku mula merasa teringin nak try bila diajak oleh wife beberapa lama dahulu cuma dek kekangan masa kami tak dapat nak tunaikan hasrat kami yg terpendam tu, jadi dikesempatan cuti beliau tempohari dapat la kami menawan puncak Broga..Finally!

Sebelum memulakan pendakian kami ada ler usha2 blog orang nengok2 kalau ada tips2 yg berguna untuk pendakian yg selesa bagi kami.Pelbagai tips telah kami baca, rata rata bilang jgn daki selepas hujan, bimbang takut2 licin dan soal pakaian juga ditulis agar memakai pakaian yg sesuai untuk mendaki

Ok ini pula pengalaman aku dengan wife, tempohari : – Kami memulakan perjalanan dalam pukul 4ptg, pada mulanya kami agak risau sebab masa dalam perjalanan ke sana cuaca hujan renyai2,bimbang gak aku, boleh ke nanti nak naik ni, tp tak mengapa apa2 hal kami tengok dulu, kalau tak boleh naik jugak kami tunda je la

So sesampai sajer dikaki Bukit Broga, hujan dah mula berhenti dan kami pun memulakan pendakian, dengan harapan perjalanan kami tidak akan mengalami rintangan jalan becak atau licin

Masa kami sampai sana tak ramai orang sebab bukan hujung minggu, so kami berdua je, perjalanan ke puncak agak mencabar jugak la dan jalan sedikit becak dan agak licin, nasib baik kami memakai kasut yang sesuai untuk jalan seperti itu

Dinasihatkan kepada korang yang nak naik Bukit Broga ni agar jalan atau daki dengan perlahan-lahan, jangan laju2 atau tergesa2 takut nanti korang cepat penat atau pancit, nanti kalau dah penat susah nak menikmati keindahan panorama sekitar bukit, rugi jer heheh

Setelah hampir 20-30 min dengan beberapa pit-stop maka kami selamat sampai ke puncak.Alhamdulillah

Oh ya satu lagi nak citer, kalau korang datang time tak de orang macam kami ni, sila berhati2 dengan anjing2 liar yg berkeliaran, anjing2 ni suka mengekor, aku dan wife puas lah dok halau anjing ni dari dok follow kami tapi tak makan saman ..last2 kami buat bodoh jer walau pun anjing tu follow  kami sampai kami ke puncak dan turun semula ke kaki bukit

Keseluruhan pengalaman ni memang menyeronokkan dan sesuai untuk aktiviti beriadah bersama rakan2 dan keluarga dihujung minggu

IMG_3763

pose dikaki bukit

trek pendakian ke puncak yang agak curam

trek pendakian ke puncak yang agak curam

IMG_3778

Pemandangan dari atas

Pemandangan dari atas

IMG_3804

Dari puncak Bukit Broga

Dari puncak Bukit Broga

Tweet
Share