Tag Archives: zarul umbrella

Sekitar Rakaman Muzik Muzik 28 (Artis Jemputan)

Bila bercakap pasal Muzik Muzik pasti akan terimbau kenangan aku sewaktu bersama sama Umbrella dan juga Studio C, Jalan Liku Bangsar

Kemeriahan sewaktu membuat persembahan di sana masih lagi jelas dalam ingatan aku dimana lepas je selesai show Live  pada waktu itu, kami sering diserbu oleh peminat-peminat di sana

Tapi itu dulu, kini suasana di studio Muzik Muzik sudah berubah sesuai mengikut peredaran masa dan kehendak serta citarasa sekarang, Kalau dulu siaran secara langsung dengan pengacara serta artis jemputan bersatu dalam satu studio tapi kali ini pengacara dengan artis jemputan dalam satu studio di Sri Pentas Bandar Utama manakala artis membuat pencalonan lagu di Sri Pentas Alam Sentral,Shah Alam dan semuanya adalah rakaman

photo 5

Pada Sabtu lepas aku diberi peluang oleh Muzik Muzik 28 untuk menjadi tamu undangan bersama sama AMy Mastura, dan Nora

Satu gabungan guest artis dari era 90an yang masih bertahan sehingga ke hari ni, salute buat Amy dan juga Nora, sebab kedua dua mereka banyak kali jejak kaki ke AJL sepanjang karier mereka

tshirt ini bakal dijadikan hadiah contest pada AJL nanti

tshirt ini bakal dijadikan hadiah contest pada AJL nanti

photo 4

Banyak nostalgia sempat kami kongsi bersama lebih lebih lagi aku dengan Amy pernah masuk Separuh AKhir Pop Rock AJL tahun 1996

Akhir sekali aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada penerbit Azman Jaafar yg merupakan rakan sekolah menengah aku semasa di Kelantan dahulu(baru skrg baru dapat jumpa)

photo 1

photo 2

 

p/s terkilan sebab Scha tak de hari tu..huh!

Tweet
Share

Ajek Hassan Dan Aku Bergabung

Ajek Hassan

Alhamdulillah akhirnya cita cita nak menyanyikan lagu Ramalanku Benar Belaka dalam versi yang berbeza dari asal akhirnya tercapai jua bila mana saudara Ajek Hassan gitaris akustik tersohor melalui YouTube bersetuju untuk menyumbangkan muzik akustik beliau kepada aku

Dikesempatan ini aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Bro Ajek yg sudi berkongsi seni beliau dengan aku, dan mulai dari hari ni bila mana aku membuat persembahan tanpa Umbrella maka nama Ajek Hassan aku selalu lah disebut sebagai tanda penghargaan kepada muzik beliau

Tweet
Share

Zarul Umbrella di Galaksi TV9

Sebelum diinterview Kiah Propa dtg kat aku “..bang nak interview sikit boleh bang?”..”Oh ok boleh ..jawab aku dan dengan nada bergurau aku bertanya kepada Kiah, “Soalan apa ko nak tanya aku ni??..Lalu Kiah jawab..’Alah bang biasa lah mana yang boleh kita jadi kan kontroversi sikit sikit tu kita tanya je lah bang”..jawab Kiah.

Secara jujurnya interview ni dilakukan secara spontan tanpa skrip tanpa rehearsel,tanpa apa apa persedian mental dan fizikal

Tweet
Share

Lirik lagu “Penyesalan” OST Kerat 14 by Zarul Umbrella

PENYESALAN (OST KERAT 14)

Andai bisa kuunduri, memutarkan  waktu

Takkan aku terus berdiri dalam gundah ini

Sendiri….

 Andai mampu ku miliki hari yang telah pergi

Namun pasti esok bukanlah hari untuk ku lagi

chorus;

Benar ia terjadi…atas angkuh sendiri

Benar itu semua terjadi…sesal ku tak terperi

Tuhan ampuni aku…kerna menolak cintaMu

Ampunkanlah hamba kerdilMu tak layak berdiri

Diatas bumi suciMu…

Diatas kebesaranMu…

Nyata esok bukan untukku…sesalku tiada erti

Biar aku pergi membawa akhir penyesalan ini…

Lagu Dan Lirik : Amy Uk’s

Susunan Muzik : Amy Uk’s / Is Wow

Artis : Zarul Umbrella, background vocals by Eeza & Scha

 

 

Tweet
Share

Misi Tercapai

photo-2

 

Hasil usaha penat lelah selama berbulan-bulan membentuk dan merapi 6ixpack diperut menjadikan berat badan ku kini sudah berada diparas yang aku mahukan, walaupun hakikatnya 6ixpack aku tak de la seberapa hot sangat pun hehehe, walaubagaimanapun dengan usaha untuk membuat 6ixpack tu la membolehkan aku mencapai target yang dimahukan iaitu mencapai berat badan dibawah 70kg

Kenapa bawah 70kg?? well sebenarnya berat badan bawah 70kg itu adalah berat badan aku sebelum mencapai umur 30 tahun iaitu sepuluh tahun lepas.

Jumlah penurunan berat badan aku utnuk tahun 2012 adalah diantara 5-6kg

Walaupun misi ini terlewat selama 14 hari, tapi tak mengapa, atleast ianya dapat dicapai dan aku rasa korang  pun boleh buat jika ada kesungguhan dan serba sedikit ilmu pengetahuan mengenai pemakanan dan latihan latihan mengurangkan berat badan

Gambar diambil sekitar awal 2011..ketika ini berat badan mencapai 78kg

Gambar ini diambil sekitar April 2012 – berat dalam 74-76kg

Gambar terbaru

Gambar terbaru

 

 

 

Tweet
Share