Taklimat Keselamatan

Taklimat keselamatan yang aku maksudkan disini adalah taklimat keselamatan dalam penerbangan.Taklimat keselamatan ini dilakukan secara ‘live’ oleh anak anak kapal dan ada juga ditunjukkan dalam bentuk video

Sejak aku mula buat perkhidmatan dalam negeri beberapa bulan yang lalu aku dapati ramai dari penumpang penumpang khususnya rakyat Malaysia yang tidak memberi perhatian serius kepada taklimat keselamatan yang ditunjukkan oleh anak anak kapal

Mungkin mereka sudah bnyk kali naiki pesawat tetapi barang diingat setiap pesawat mempunyai ciri ciri keselamatan yang berbeza2 oleh itu tumpuan kepada taklimat keselamatan setiap kali sebelum berlepas adalah sangat penting

Kenapa taklimat keselamatan ini amat penting? Sebabnya ia adalah untuk keselamatan anda semasa berada didalam kapalterbang.Dalam setiap taklimat keselamatan ditekankan cara penggunaan tali keledar…Tali keledar ini wajib dipakai sewaktu berlepas, mendarat dan dalam keadaan cuaca yang buruk

Selain itu corong oksigen juga antara alatan keselamatan yang diutamakan dalam taklimat tersebut.Corong oksigen ni akan ‘dijatuhkan’ secara otomatik dari siling tempat duduk anda ketika tekanan dalam kabin menjadi rendah.Perhatian kepada ibubapa yang membawa anak kecil, sila pakaikan corong oksigen kepada anak anda terlebih dahulu

Perhatian juga harus diberikan kepada taklimat mengenai jaket keselamatan, ini amat berguna sewaktu pendaratan cemas diatas air atau ‘ditching’, sila beri perhatian kepada cara penggunaan dan ciri ciri atau spefikasi jaket tersebut ini kerana setiap pesawat atau syarikat penerbangan mempunyai ciri2 jaket keselamatan yg berbeza

Pintu pintu keluar (EXIT) juga adalah amat penting untuk anda beri perhatian sebab sewaktu kecemasan anda perlu keluar dalam masa yg singkat.

Untuk keselamatan korang aku sarankan setiap kali menaiki pesawat berilah perhatian sepenuhnya setiap kali taklimat keselamatan disampaikan.Tak rugi pun malah ianya amat amat amat berguna jika berlaku kecemasan

 

 

Tweet
Share

3 thoughts on “Taklimat Keselamatan

  1. Anuar

    Betul tu Bro.. Bagi yang dah biasa menaiki kapal terbang mereka dah tak berapa nak ambil perhatian tantang taklimat keselamatan… Macam saya ok jer, sebab yang memberikan taklimat keselamatan tu biasanya peramugari yang comey.. hehehe
    Anuar recently posted..WW : Dulu Lain, Sekarang lainMy Profile

    Reply
  2. Hafiz Rahim

    tak pernah lagi tak tumpu perhatian bro..sebab time gua naik flight mesti yang buat demo tu awek cun..terpaksa tak kelip mata..hehehe
    Hafiz Rahim recently posted..Mood Kelaut? Blogrrr?My Profile

    Reply
  3. maszull

    assalamualaikum zarul…best juga dpt info ni… bila nak naik kapalterbang nanti dah tahu serba sedikit…:)
    maszull recently posted..Awisy Dah Pandai Merajuk PulaMy Profile

    Reply

Leave a Reply to Anuar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge