Tip Pernafasan

Kaitan Antara Nyanyian dengan Pernafasan

Kita semua maklum dan dah tahu bahawa pernafasan adalah amat penting dalam setiap nyanyian.Persoalannya apakah kaitannya antara nyanyian dan pernafasan ni??Saya kira anda juga mungkin tertanya-tanya kenapa nak belajar menyanyi kena belajar cara bernafas pulak??Bagaimana pernafasan boleh menjadikan kita menyanyi dengan bagus??

Ok baca perenggan seterusnya ini…….

Secara amnya,nyanyian dan pernafasan ibarat  aur dengan tebing,atau macam irama dan lagu bak kata P Ramlee dan juga macam makanan dalam perut kita,kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain.

Hakikatnya kita tidak boleh menyanyi kalau kita tidak bernafas!!

Kita perlu bernafas untuk kita membunyikan suara walau pun sekecil.kecil note atau serendah2 note ianya memerlukan pernafasan,dan sokongan pernafasan adalah penting dalam membantu kita  mengeluarkan bunyi  yang stabil dan mantap.

Persoalannya kini bagaimana kesemua latihan latihan pernafasan asas dan advanced itu tadi dapat membantu kita dalam menyanyikan lagu dengan bagus??

Jom kita kaji latihan asas pernafasan yang telah kita buat sebelum ini dan cuba kaitkan latihan latihan tersebut dengan cara kita menyanyi .Kalau masih kurang jelas saya sarankan anda belek semula mukasurat yang berkenaan sebelum ke perenggan yang seterusnya,nanti ternganga plakJ

Dalam latihan asas yang pertama ke telah belajar bagaimana mengeluarkan bunyi ‘ssss’, sustain bunyi ‘ssss’ dengan pernafasan,dan mengawal serta menstabilkan volume yang kita  hasilkan.

Ini amatlah penting dalam nyanyian kita bila kita perlu sustain note yang panjang  contohnya kta kena nyanyikan “AAAN” dalam kiraan 10 beat dan kita perlu stabilkan dan tidak goyang apabila bunyi tersebut dihasilkan

Ianya juga dapat membantu kita agar mampu mempelbagaikan volume nyanyian kita  dengan memvariasikan  jumlah tekanan yang kita gunakan dlam menghasilkan bunyi ‘ssss’ . Sedikit tekanan keatas otot dikawasan perut/abdominal  akan menghasilkan  bunyi “sss’ yang lebih kuat dan bila menyanyi  akan menghasilkan  perkataan yang kuat atau note yang sustain

Didalam latihan asas yang kedua pula,kita telah berlatih bagaimana hendak menghasilkan ‘SSSS’ yag KUAT dengan menggunakan nafas kita,melatih otot diafragma kita agar dapat bertahan  dan berupaya untuk menahan tekanan tekanan yang kuat.

Ini adalah amat penting dalam nyanyian apabila kita berhadapan dengan  note yang memerlukan  kita menghasilkan bunyi yang kuat/tinggi atau kita perlu sustainkan note yang tinggi

Salah satu cara nak bayangkan  betapa kuatnya tekanan yang perlu  kita hadapi semasa menyanyi adalah membayangkan mengangkat  guni beras seberat 30-50kg dengan tangan kita,cuba angkat dan kita akan dapat rasakan yang otot-otot lengan kita bertindakbalas dan menegang dan menjadi keras..Begitulah perumpamaan tekanan yang perlu dan harus mampu bagi kita hadapi untuk menyanyikan note note yang tinggi/kuat dalam nyanyian.

Manakala dalam latihan asas yang ketiga pula,kita telah berlatih bagaimana nak menghasilkan lantunan bunyi ‘sss’ yang ringan dengan menggunakan nafas kita,ini amat berguna apabila kita menyanyikan lagu lagu yang berentak laju atau rancak ctnya lagu dari kumpulan Slam “Kembali Merindu” dan kumpulan Umbrella “Bukalah Hatimu” .Ianya juga berguna apabila jumlah perkataaan yang banyak dalam satu frasa . Ini penting agar kita tak tercungap-cungaplah senang citer J

Lagi satu latihan ini juga melatih diapragma kita agar mampu dan lebih fleksibel  yang mana ini amat diperlukan ketika menyanyikan lagu lagu yang saya utarakan tadi yang mana lagu tersebut memerlukan keupayaan kita untuk mengawal suara dalam kepelbagaian tekanan dan variasi note tinggi/rendah tempo yang laju serta note yang  ‘ringan’ dan lembut

Ini amat berbeza dengan lagu lagu balada yang lebih slow rentaknya yang mana ini memerlukan kita menggunakan teknik teknik latihan 1 dan 2,yang mana memerlukan sustain dan kepelbagian dinamik dari lembut ke kuat dan sebaliknya

Ok diharapkan anda telah pun faham kaitan antara pernafasan dan nyanyian dan bagaimana teknik pernafasan ini dapat membantu kita dalam menyanyi nanti J


Tweet

2 thoughts on “Tip Pernafasan

  1. EncikTomato Gonzalesz

    tips ni dari e book rahsia Vokal.. hehehe. tips yang berguna.. hope pasni Vokal lg baik hehee

    Reply
  2. SuManje

    teringat…
    Flah.
    Mie……………………….

    sebutan untuk vocal
    SuManje recently posted..Puisi KelukaanMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge