Melancong ke luar negara mungkin salah satu perkara yang seronok untuk dibuat lebih lebih lagi kenegara empat musim atau kenegara mat salleh
Sebagai mempersiapkan diri korang untuk ke negara pilihan korang haruslah ada sedikit pengetahuan tentang negara yang korang hendak lawati jadi tips yang pertama adalah
1.Goooooogle
Cari sedikit sebanyak mengenai latarbelakang negara yang hendak korang lawati, cuaca, tempat-tempat menarik, perbezaan masa (jet lag), restoran atau makanan halal dan pilihan/kos penginapan
Cuaca - ini penting untuk jenis2 pakaian yang hendak dibawa, jika cuaca adalah dimusim sejuk perhatikan berapakah tahap kesejukannya kalau dalam sekitar 0 darjah celcius ke 10 darjah celcius, bawalah baju sejuk yang paling tebal, sarung tangan,penutup telinga dan snow cap atau penutup kepala (jika korang ada penyakit asthma aku sarankan janganlah datang melancong waktu musim sebegini). Kalau suhu sekitar 10 darjah ke 24 darjah cukup sekadar dengan baju sederhana tebal tanpa sarung tangan, penutup telinga dsb.
Melalui pengalaman aku, adalah lebih berbaloi jika korang datang melancong sewaktu musim luruh atau musim bunga. Masa ni cuaca adalah amat nyaman sekali dan banyak tempat yg boleh korang lawati tanpa halangan faktor cuaca
Tempat tempat menarik – kebanyakan negara mennyediakan Tourist Centre, manfaatkan sepenuhnya. Jika ada bas hop in hop off atau tourist sightseeing bus lagi bagus..jimat masa dan wang. Jika ada budget lebih, eloklah sewa kereta atau upah personal tourist guide
Perbezaan masa (jet-lag) - Ini penting bagi memastikan badan kita bersedia untuk adapt dengan timing di tempat yang ingin kita lawati, contohnya kalau di London perbezaan masa adalah antara 7-8 jam. Seelok-eloknya jika boleh latih badan kita untuk tidur dan bangun tidur ikut waktu tempat yang ingin kita lawati , kalau tak boleh pun tak pe tapi buat permulaan mungkin rasa jet lag ini akan berlarutan selama dua hari
Makanan Halal – jika korang cerewet pasal makanan, eloklah bawa makanan sendiri dari KL tetapi dinasihatkan agar korang tidak membawa daging, sayur2an dan buah2an sebab kebanyakan negara tidak membenarkan ianya dibawa masuk, cukup sekadar membawa sardin, tuna dalam tin, masakan/lauk yang di sejuk beku. Jika ada smartphone (iPhone atau Android) sila download aplikasi Zabihah, ini amat bermanfaat untuk mencari restoran restoran halal sekitar dimana korang berada
Pilihan/kos penginapan - Kos dan pilihan adalah tertakluk kepada budget korang sebenarnya, dinasihatkan cuba cari hotel yang dekat dengan tempat2 menarik atau hampir dengan stesyen MRT/LRT/TUBE dsb. Ini kelak akan memudahkan pergerakan korang nanti
Share
supersonic.. sonic boom!!! from shakiddo.com
KiD recently posted..Harapan Untuk Janji Asmara Nurani
Tips yang berguna buat bakal ke luar negara pertama kali.
anif recently posted..Harapan Dan Impian Bajet 2013
tips yang bagus dari vokalis Umbrella.. ada dengar zabiuhah apps dari entry DH dulu
KiD recently posted..Harapan Untuk Janji Asmara Nurani
berguna sangat tip yg bro kasi… leh buat panduan utk semua……
Terima kasih di atas tips yang diberikan.. Namapak gayanya kena survey harga baju sejuk dekat Bundle berdekatan sekiranya nak pergi ke Kutub Utara.. hehehe..
Anuar recently posted..Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2
dkna tak pernah lagi melancong ke negara orang yang kena pakai baju macma tu ehheeee.. :p
Dkna Abza recently posted..Aplikasi "WeChat"
Saya pernah mempunyai pengalaman pergi Medica Exhibition di Koln Jerman. Macam bro sarankan saya mengunakan Google untuk mendapatkan informasi pada sama apabila jejak kaki di bumi asing mulut perlu ringan. Bak pepatah Melayu, “Malu bertanya sesat jalan”.
akubiomed recently posted..Live Streaming Bajet 2013
agree ngan semua tips bro.. tapi zuan belum rasa jetlag tu lagi, sebab perbezaan masa thailand dan msia cuma 1 jam..hehe
zabidah aps, aplikasi menarik tu.. thanks
zuan recently posted..> Apa Yang Aku Lihat dan Apa Yang Aku Pelajari
tips yang berguna untuk mereka yang suka mengembara..
donnyien recently posted..Siaran Langsung Pembentangan Bajet 2013
Guna Zabihah ni kena tengok status Halal tu yg terbaik ada logo dipintu.
Denaihati recently posted..Budget 2013 idea Blogger untuk PM @NajibRazak
memang tip yang amat berguna kepada yang pertama kali hendak keluar negara.
hatiputera recently posted..Harga iphone 5 murah di malaysia
sebuah tip yg baik untuk dikongsikan
Juan recently posted..Janji Ditepati – RM200 Untuk Belian Telefon Pintar
wah……….bagusla… ada juga tips sebegini… mana la tahu ada rezeki nak ke obersea lagi… leh la cr tips kat sini…
nanti perbanyakkan sikit tips nya lagi yek… trick pun bg la tahu gak…
sbb mcm sesetengah tmpt, derang kata duit kene sorok kat dalam kasut.. sbb ada sesetengah tmpt,polis suka rampas duit pelancong… tul ker?
Sumijelly recently posted..Inti Pati Bajet 2013
assalamualaikum zarul….memang menarik tips2 yang diberikan ini semoga tips2 ini akan jadi panduan pada sesiapa yang akan bercuti di luar negeri…:)
maszull recently posted..Segmen E’raz Fadli : Blogwalking
setuju dengan tips2 yang diberikan..yang paling penting google dlu..kalau nak amik pakej, try compare dulu kalau plan sendiri berapa perbezaan belanja..pakej tak semestinya murah
hafizrahim recently posted..Wordless Wednesday : 1Malaysia
always check these before travelling. hehe
Jardness recently posted..Ayuthayya – Temple Hopping via Tuk-tuk
Tips yang bagus bila hendak bepergian ke luar negeri.
Tetapi belum punya pengalaman pergi keluar negeri sahabat
Blog Keperawatan recently posted..Tanda Gejala Penyakit Jantung
Nice post ni bang,
boleh lah kita coba trik dari abang.