Dua hari lepas aku kembali bergabung dengan Umbrella utk satu persembahan sempena hujung minggu di Laman Santai Istana Budaya,KL
Mungkin ramai yg tidak tahu akan keujudan tempat ni bukan..almaklumlah nama Istana Budaya yg gah tu jer korang tahu..actually Laman Santai ni merupakan tempat berehat sambil makan2 di gerai bersebelahan dengan Istana Budaya dan diuruskan oleh pihak pengurusan Istana Budaya
gambar- bersama Aishah AF7
gambar bersama Mya Ruslee dan Aishah AF7
So every weekend ada lah persembahan2 artis tanahair yg lama, yg baru,yg tgh popular,yg tgh nak naik dan mcm2 kategori artis lagi lah
Pada malam Umbrella buat persembahan ..kami bersama sama artis seperti Maya dan juga Aishah AF7..
Persembahan ini adalah meruakan persembahan kami yg ke dua dalam tahun ni di Laman Santai ni..alhamdulillah..rezeki..
Aku tak sangka gak malam tu mcm2 feedback yg aku dapat selepas aku buat persembahan.Antaranya ;-
i) ada yg dtg dr Taiping satu famili semata2 nak tengok Umbrella..
ii ) ada juga yg sebelum ni tak pernah dengar pun nama Umbrella,cuma pernah dengar je lagu Ramalanku Benar Belaka thru radio..
iii) ada juga yg secara kebetulan ada di Laman Santai mengambil kesempatan utk nengok persembahan kami
iv) ada juga yg sanggup tunggu persembahan kami dari mula sampai habis walaupun acara lain mem’boring’kan mereka
v) ramai yg tanya mcmana saya boleh kurus balik?
vi)ada jugak yg kenal Umbrella..tapi tak tahu nama aku hahahaha…betapa tak popularnyer aku..apa2pun minah tu cool siap nak bergambar dgn aku walaupun tak tahu nama aku…ok je lahhh
Overall,secara peribadi aku puashati dgn persembahan vokal aku kali ni berbanding dgn sebelum ni..ni berkat berhenti merokok selama hampir sebulan sebelum ni..yg lain2 tu ada ler sikit kurang sana sini dan akan diperbaiki dari masa ke semasa
Dan kepada yg sudi datang malam tu aku ucapkan jutaan terima kasih dan semoga terhibur,kalau ada kekurangan tu kami minta maaf la yer
p/s terima kasih kpd akuzle ayu-blogger Nasi Kerabu Buah Tanjung yg sudi menghadirkan diri
Hafiz on Guitar
Saiful on drum
Share
gua ada baca review kat blog akuzle ayu…
rugi tak sempat pegi!
alamak bro…next time ler
dari blog akuzle ayu ku dapat tahu.. hahaha.. (jeles sikit)
my wife dan adik2 ipar minat lagu u all beb!
alangkah ruginya tak dapat pegi,….huhuhuhhuhhhhhuuuuu
alamak.. sorry bro.. tak dapat dtg… oh.. rugi sungguh.. kalau tak boleh mintak sign!!
tu lah..saya tunggu gak kot kot madam ngan laling madam dtg
hahaha..soalan yang paling cepumas tu ialah,macam mane boleh kurus..hehehehe..yang tu memang menjadi soalan paling hot malam tu..haha
hahahaahaa..ko antara yg tanya..si Rose dr Laman Santai pun tanya,si Rosnan MC malam tu pun tanya
Alamak.. camne aku boleh lupa ni.. Arrrrgggghhhhhhhhhhhhhh..
tu lah tu..saya dok tunggu gak…saya pk mungkin awak penat kot lepas buat seminar tu
minah2 yg serbu reramai masa zarul ngah rest tuh eks? tatau nama? kuikuikukuikui…tp kira bolelaa tuh, asal depa tau awk retis kan3? mmg sy suker ur voice mlm tuh. tak semput, x mengah. sama jeks mcm dulu. kalo ada show yg dekat2 lagik, jgn lupa ‘shout’ kat sini or FB yer, bro…
Tak minah ni dia dtg lepas kami dah habis show
gitaris yang pakai baju bolang2 tu den konal tu bro… RKS…ehehehhe