Salam semua,hari ni tak de apa sangat nak citer..tp aku adakan jugak citer yg tak seberapa ni buat tatapan korang yg sudi singgah,atau mmg selalu singgah atau yg tersinggah secara tak disengajakan akibat tersalah klik link blog cabuk aku ni kat mana mana
Oklah cakap banyak tak guna tendang tak kena,kembali kiter ke topik perbicangan kiter hari ini….Yellow Fever Vaccine
Korang tau ke menatang apa Yellow fever vaccine ni?..kalau translate dalam BM …’Kuning Demam Vaksin” hahaha tu straight fwd translation je..sebenornya maksud dia Vaksin Demam Kuning
Seumur hidup aku yg aku tahu demam kuning tu kena kat newborn je..tp rupa2nya ada beza..yg budak2 tu kita panggil jaundice..tp demam kuning ni kes berat lagi ni boleh kena kat org dewasa gak..oh betapa bangangnya aku ni ek? tu pun tak tahu ahak ahak
Semalam aku ke Twin Tower Medical Centre kat KLCC utk amik injection vaksin ni..ni semua gara gara company aku nyer arahan..so saya yg menurut perintah la ni aku sampai ke sini semalam
Vaksin ni lepas 10 hari br dia jalan maknanya lepas 10 hari dari semalam barulah badan aku yg tak berapa nak muda da ni akan immune atau kebal dengan kuman2 atau virus2 demam kuning
Actually vaksin ni kami para pramugara/i perlu ambil kerana pihak berkuasa Argentina tidak akan benar kami masuk negara dorang tanpa sijil vaksin demam kuning ni jika datang dari South Africa (yg kebetulan kapal kami mmg singgah Cape Town sebelum ke Buenos Aires) ..Nasib baik vaksin ni tahan sampai 10 tahun kalau tak agaknyer hari hari aku tak de kerja asyik dok jep aja kerjanya ..ngalahkan mat pet pulok kehkeh
Apa2pun aku redha jer,lagipun company aku yg bayor so insyaallah dgn adanyer vaksin ni selamat la ku dari demam kuning..sebelum ni pun H1N1 pun company aku bg jepp gak kitorang semua..maklumlah kami ni bnyk terdedah dengan segala mcm penyakit kat dunia ni
Ok tu saja ..mata aku da rabak da ni..tq fr reading..
Peace Yaw!
Share
hmmm,..nak kena g amek gak vaksin ni,..
huhu…aku ingat bayi je yang kena demam kuning ni.rupanya orang dewasa pun boleh kena jugak.huhu..
Pingback: Anugerah Industri Muzik 2011 | | Pacifista
aku pun tak tau orang besar pun leh kena.. huhuhu.. tq for info bro!
yes saya pun