
Pagi semalam aku ada rasa sikit pelik bila tengah dok online..email masuk bertalu-talu..tp aku buat dek je ingatkan email2 biasa jer..namun tak lama lepas tu aku dapat re-tweet dari MummyMerah mengenai cerita gambar aku ngan DCT tempohari,then baru aku jenguk email aku..dan semua email tu adalah dari Google Connect..semua dok pakat sign-up jadi member blog aku tu..aku menjadi terkejut campur panik jap sebab ramai giler kot yg sign-up..tak pernah2..so aku ke blog aku..dan aku tgk yg sedang online kt blog aku masa tu hampir mencecah 700 org..whooaah!! aku tambah terkejut!!
Then aku memulakan siasatan aku dan aku dapati ianya berpunca dari blog femes ni ..yg telah sedekahkan aku sedikit dari trafic ribu riban dia tu kat aku semalam melalui artikel diblog nyer..syukur
Dan backlink dr artikel tu telah hampir merobohkan bandwith blog ni lagi sekali,walaupun telah ditopup pada bulan lepas..dan kini insyaallah hari ni aku kena topup lagi
Terima kasih pd AbangNara yg sudi siarkan artikel tu..dan alhamdulillah hasil dari itu bukan setakat trafik je (7500 UV semalam) tp yg lebih utama adalah dapat menemukan semula peminat/penyokong/atau pembeli2 album Umbrella dulu yg ramai lagi diluar sana yg masih tak tahu perkembangan terbaru aku dan Umbrella
Ramai yg masih ingat pada Umbrella dan lagu “Ramalanku Benar Belaka” serta“Bukalah Hatimu”cuma mereka tak tahu yg aku dah ada lagu “Sayang Bersebab” dan juga sibuk berblog dan kini masih lagi menyanyi secara sambilan..nampak semuanya menyatakan kegembiraan dapat ditemukan semula setelah lama terpisah..chewahh ..
Dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat datang kepada yg baru saja masuk ke blog ni semalam atau hari ni dan jgn lupa datang lagi ..dan insyaallah mana2 yg ada blog tu akan saya terjah nnt,juga terima kasih tak terhingga kepada Abang Nara yg sudi bagi sedikit trafic dia kat blog buruk aku ni
Last sekali aku kena say thanx juga kat Datuk Siti ..disebabkan beliau,tak pasal2 benda ni jadi isu dan dapat jadi story utk aku tulis dalam blog aku dan beliau pun story gak citer ni dalam History Channel pada 10 Jan lepas
p/s sedih baca komen2 yg mengecam DCT..
p/s dan kepada pembaca setia serta pengomen setia blog ni sokongan kalian mmg aku hargai sangat2
Share