
Korang pernah dengar AsyikFM? Aku rasa ramai yang tak pernah dengar kan, aku pun hanya pernah dengar nama je tapi tak pernah mengikuti siarannya
Semalam aku diberi kesempatan untuk muncul keudara selama setengah jam bersama Amy Uks bagi mempromosikan lagu baru Penyesalan

Menurut DJ yang bertugas pada ketika itu Kamal Aleng atau lebih dikenali sebagai KA di radio AsyikFm, para pendengar bukan sahaja dari kalangan orang asli sahaja yang mendengar malah kaum melayu juga ramai yang mengikuti siaran AsyikFM ini, bahkan menurut KA lagi ada sorang mat salleh bangsa Amerika turut mengikuti siaran AsyikFM melalui internet

DJ KA (Kamal Aleng)
Dj KA sendiri merupakan kaum asli Temiang sekali sekala menuturkan bahasa ibundanya sewaktu keudara, menurut beliau ada lebih 18 dialek bahasa Orang Asli yang ada di Malaysia ini tetapi hanya 4 sahaja yang dituturkan di konti Asyik FM



Kalau korang sekali sekala nak tukar angin nak cuba dengar lagu lagu Orang Asli boleh la ke Asyik FM di 91.1fm di Lembah Klang
gambar -kredit UKS Records Entertainment
Share